
February 8th, 2010

narndesqa
Haha entah kenapa rindu pulak aku kat budak bertuah sorang ni….
Dengan muka seposen… geram aku… Mungkin dia anak sedara 1st, so tumpuan pada dia…
Tapi sayangnya dia duduk nun di Penang sana… Last jumpa 2 bulan lepas… masa akak aku nikahan…
Kadang2 aku 3g gak ibu dia… saje nak tengok muka dia… Keletah dia… even tumbesaran dia tak berlaku depan mata aku… At least improvement dia sentiasa aku ikuti…
Tapi sayangnya akhir2 ni aku tak dapat nak 3g dia… sebab dia ikut mama dia (pengasuh) pindah Balik Pulau… sana tak ada coverage 3g.. Tapi apa2 pun semoga dia membesar dengan sehat & menjadi seorang yang berguna kepada Agama, bangsa da negara…ameen :D..

Alalala sopannya dia dengan atuk sawit…

Alah2.. manja dia! geram.. hehe

Kata demam… letak tangan kat dahi… bila bawak masuk kereta lincah pegan setereng… ajim2.. haha
Well itulah anak sedara aku… so aku cuma menumpang kasih je… belum rezeki aku untuk ada anak … hehe…

February 8th, 2010

narndesqa
Peluang bertugas di luar daerah aku manafaatkan sepenuhnya… setelah selesai tugas & masa untuk pulang ke rumah tumpangan ( sepupu aku)… sempat aku singgah kat kedai mee bandung sekitar kawasan Tanjung Agas.. dengarnya kat situ sedap…

So inilah mee bandung yang aku jajan kat Muar..
Mula-mula aku cuba kuah dia dulu! emmmm pekat! sedap…. Rasa rempah2 sangat kuat ditambah baunya yang pehhh… ( Aku ngah update ni pun rasa kecho ayaq lio haha)…
Kalau nak cuba boleh pergi ke Tanjung Agas… Tepi jalan dekat ngn Shell… nama kedai… Aku lupa la.. haha..
Sesi malam..
Read the rest of this entry »

February 8th, 2010

narndesqa

Aha… Masa memula aku dengar tajuk movie ni dr member n sepupu aku… time tu aku tak percaya & cm pelik je bila dengar… haha…
Selang dua minggu trailer movie ni keluar… wachaaa… aku meng suggestkan pada member2 office aku… ada yg nak join ada yg tak…
Banyak halangan dan dugaan sebelum menonton… memasing ada hal tetiba… okay tak pe postpone… sambil2 tu ramai yang dah bagi feedback mengatakan movie ni charer!… arghhh tak sabo aku nak tengok!
plan seterusnya berpinda lagi sebab Kemangkatan DYMM Sultan Johor… so memasing balik kg…
Dan akhirnya dapat lah aku menonton… sebelum ni dengo orang cerita je…
Tak sampai 5 minit aku duduk… hati aku dah digeletek untu ketawa…. tapi aku cover… sebab member2 aku bising nanti… hahahaha… namun aku sememangnya sukakan ketawaan makan tak dapat di bendung apabila si adnan whelley dan jatuh… start dr situ aku dah tak peduli… aku gelak n gelak… ha ha ha.. charer…
Bukan sekadar gelak ketawa.
Read the rest of this entry »

January 25th, 2010

narndesqa
Cakap banyak tak guna la… Berani buat berani tanggung la… Rasa-rasanya ada telo ke idak makhluk ni… lol entah2 jantan entah2 betina…
Punyalah semangat aku nak tengok betapa hebatnya dia mengutuk Kemangkatan Sultan aku. Sekali dia dah remove la pulak entry dia.. wakakaka pengecut!

Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak tulis dalam blog leh remove!
Read the rest of this entry »

January 22nd, 2010

narndesqa

Hari ni hari Jumaat… 22 januari 2010… Al-Fatehah untuk DYMM Baginda Sultan Johor…

January 22nd, 2010

narndesqa
Hari berganti hari. Masa menjarakkan usia. Tahun bersilih ganti. Itulah natijah kehidupan ini. Antara sedar dalam kehidupan nyata mahupun fantasi kehidupan ciptaan sendiri. Usah menuding jari telunjuk menyatakan kesalahan, yang pastinya ia kembali menyalhkan diri kita sendiri bilamana satu tudingan dibalas dengan empat tudingan kesalahan. Itulah yang berlaku kepada diri kita tidak terkecuali aku.
Kesibukan melayan kerenah dunia membuatkan aku alpa. Ya alpa mengejar kehendak dan keperluan hidup waima tuntutan pengabdian terhadap yang Esa tetap terlaksana. Termanggu seketika, berapa banyak bejana amalan sudah di kumpul? Cukupkah menjadi pemberat timbangan di ’sana’ kelak?
Read the rest of this entry »

December 18th, 2009

narndesqa

Salam Maal Hijrah 1431! Kali ini membawa tema :
Memantap Ukuwah Memperkasa Ummah.
Pada pandangan daku yang serba kekurang ini… Perpaduan sesama umat islam haruslah di mantapkan semula.. bagi membentuk sebuah komuniti islam yang saling bergandingan dan saling melengkapi bagi menyegakkan syiar islam… Bukannya tujuan kita diciptakan sebagai sia-sia… Dilengkapi dengan Kebijaksanaan Akal… dan kesempurnaan anggota… namun ada ‘ medium’ yang menjadikan ‘kucar-kacir’ dalam hal ini… Seperti khutbah Jumaat tadi… Jangan samapi satu tahap nanti status ‘islam’ hanya ada pada nama sahaja… namun hakikatnya adalah sebaliknya…
~~~~~~~~~~
1 Muharam detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…
p/s teringat se join nasyid sekolah tadika… berbaju biru bersongkok lilit… ahahaha

December 18th, 2009

narndesqa
Hari yang bermakna dipenuhi aktiviti yang berguna menikmati kehidupan yang sempurna! apa dia?
1. Syukur Alhamdulilah bertemu kita semula dengan tahun baru Hijrah! ha inilah sambutan yang sebenar bagi tahun baru dan disinilah segala mala azam dan penghijrahan yang patut dilakukan dan bukanya di tahun baru masihi… 1 Jan..
2. Dapat mencilok masa untuk berdoa akhir dan awal tahun.. Semoga ‘Buku’ ini dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah.
3. Sempat meluangkan masa melawat opis baru yang dalam proses renovation. So harapnya tak timbul masalah kesesakan meja.. hehe..
4. Berhati-hati di setiap persimpangan di Setia Tropika… Aha sebijik ViVa dijajan oleh lori…
5. Malaysia menang mengatasi Vietkong! Tahniah!
Dipenuhi hari2 yang mengegarkan kosentrasi masa dan penumpuan.
Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia!
Tahniah buat pasuka bola sepak Malaysia… kerana berjaya menewaskan vieatnam dalam perlawanan akhir sukan sea dia laos… juga menamatkan penantian selama 20 tahun untuk memenangi emas.. dalam pada masa yag sama membuktikan kepada pengkritik2 yang menyatakan bahawam Malaysia sudah layu dan tidak mampu… syabas!


December 17th, 2009

narndesqa
Assalamulaikum.Tanggal 18 Disember 2009 bersamaan 30 DzullHijjah 1430. Hari ini kita akan melangkah ke Tahun baru islam. Oleh yang demikian di anjurkan untuk kita sama-sama, mengakhiri tahun ini dengan Doa Akhir Tahun, dan menyambut Kehadirannya denagan Doa Awal Tahun.
Sumber salinan doa dari : sini
Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 Kali pada akhir waktu Asar.

Doa Awal Tahun.
Dibaca 3 Kali pada selepas maghrib.
