urm… mungkin tu rezeki akue!… aku kena temankan mak akue!pegi haji… so every week aku ada class… waa besh tol, dalah lama abis blaja… yang syiok nyer Ustaz tu buat lawak dalam loghat jawa… kompom tak ngantuk..
Okay ni mukadimahnya dulu… slow2, jangan gopoh…
Definisi Haji:
| Haji dari sudut bahasa: | Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. |
| Haji dari sudut Syarak: | Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. |
dari sudut syarak pekerjaan2 tertentu itu membawa maksud, perkara2 wajib haji serta rukun yang perlu d laksanakan… ia juga dilakukan pada masa2 yang telah ditetapkan mengikut cra atau perlakuan yang telah ditetapkan dalam kata lain adalah garis panduan… ini semua akan sy terangkan pada edisi seterusnya…
Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.
p/s : uih mesti ramai orang kan time tue… tak jame ker… har mulut jangan celupar kat sana… on the spot dpat!
saya masih lagi blajar, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sila lah tunjuk ajar… saya menerima segala teguran dengan hati terbuka…