Archive for June, 2009

benang bulu berpintal-pintal

Terbuka~suka hati June 11th, 2009

Tahu apa guna benang bulu? gunanya buat mengait, jadikan baju hangat macam zaman2 dahulu… Tapi korang cuba bayangkan.. shringgggggg.. benang bulu tu masuk dalam kepala H****K anda dan menjadikan saluran darah serta otak berGomolan menjadi seperti rojak… Andaikan rojak sedap juga di ratah serakusnya… tetapi ini berlaku didalam tempurung kepala anda… itulah yang saya maksudkan… lantak kau lah kalau tak paham.. bukan masalah akue! time2 ni lah migrain akue! datang… sius aku last kena masa blaja kat skool teknik.. time tu presure nak pass SPM ngn cmelang… time kay Univ ada gak tapi sikit jer, tak da hal punya… tetiba semalam dia datang…

dia datang…

dengan perlahan-perlahanNya…

dia serang dengan senyapnya….

ahaks… mlm td dah macam ape tah, sampai rumah terus terbongkang.. not terkangkang… depan tb.. kipas on…xsempat basuh muka atau mencuci kaki…

dan terlelaplah akue!… dan tiba2… aku bermimpi hantu… cm syall… hantu moden…akue! yang kejar hantu… penat punya kejar akue! tersedar… uh kul 3.00AM… pindah masuk bilik lah… opsss.. nampak sebotol air…aku tonggak sampai abis… burpppp….

sampailah….

bangun2… sambahyang subuh… la..kul 6.00Am dah… kejap beno.. rasa cm br tanam kepala ker.. tak puas langsung…

Hola…

Terbuka~suka hati June 10th, 2009

welcome to my blog not goblok… haha… so far ini blog aku yang keberap erk? berapa2 je lah… banyak yang aku buat tapi satu penyakit ni adalah malas nak update… last2 tersadai…kus0t ( pinjam ayat kak sorang tue hihi ).. so yang ni pon d sponsor oleh mymmc.net... TQ Mr ABCDEFareeZ..

Akue! akan post apa yang aku nak post bergantung kepada tahap kebosanan serta kerajinan aku… kalau tak suke nengok kowang boleh suh2… kalau nak kutuk pon silakan… Kalau Dah Itu Yang Kau Suka~~~

nukilan dr sanubariku…

Lawak Sempal, memo June 10th, 2009

Duduk aku termenung di hadapan komputer… malam menginjak pekat… suasana menjadi sunyi… waktu menghampiri detik 12… ah terkenang aku cerita2 dongeng hantu yang diceritakan rakan2ku… hembusan angin aircond membuatku kesejukan… kepala ku buntu, memikirkan setiap masalah yang berlaku dalam hidupku… aku terkedu sendirian… tiba-tiba sesuatu menunjal-nunjal didalam perutku… aku menjadi gelisah… adakah kisah dalam keliwon menjadi kenyataan? siapakah musuh ku sehingga sanggup memperlakukan aku sebegini? apa salahku… aku bingkas bangkit mamperkemaskan cengkaman di perutku… Ah tak boleh jadik ni… aku nak kena g berak… babai…. haha

main rogol-rogol kenyataan…

Terbuka~suka hati, memo June 10th, 2009

Jangan salah tafsir ya… ini adalah KHIDMAT MASYARAKAT… akue! sampaikan saja…

KEPADA WANITA2 KAT LUAR SANA ….

Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan, menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI, beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke  SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut.

2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.

Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.

Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.

Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang . Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menuruh wanita tersebut memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).

So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum. Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita ” MAKE SURE LOCK YOUR CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! .”

MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS KERETA, WARNA KERETA,CIRI- CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.

PLEASE…… . TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!

Bang***t punya e-mail

Lawak Sempal, Terbuka~suka hati June 10th, 2009

bang**g tak b**gang la, kreatif pon kreatif.. tapi macam syall… punyalah akue! bersemangat waja scroll down, sekali hasilnya cm ni… iskh2… Kisahnya pasal Stadium Kat Terengganu yang runtuh tu…

bengong

Agaknya Kerajaan Ganu Tak bayar Gaji Otroman Kot, Tu Yang Reksaksa Datang Senang Lenang Jer… Kerajaan Penang Jaga2… Kang Reksasa Serang Jembatan Pulau Pinang… Kang Nanti Tukar Jembatan Batang Pinang…

Port Baek Untuk Rest..

Terbuka~suka hati June 10th, 2009

Kepala ho**k aku dah crowded dengan macam perkara… kusot la.. nak bagi rest ni, tapi tak ada port yang terbaekkk la.. so ada sesiapa yang taw port2 yang menarik dan tidak membosankan tak? kalau boleh aku nak stay terus kat situlah cm fall in love 1st sight.. ewahhh… Kepala jub anda.. Akue! nak g kedah la… cm best jer… last aku g tahun 2003 sekali g lengkawi… fuhh yang aku tergoda tu… liuk lentoknya… cantiknya… tarikanya… fuh memg mengancam… apa dia? Sawah Padi yang kaler dia hijau2 kuning… damai giler beb… tu yang aku nak g sane… dok2 rehat, kot2 ada homestay ker… untung2 dapat jodoh orang sana… haha… alang2 seluk perkasam biarlah sampai ketiak masam…

Alahai Ajim…

Terbuka~suka hati June 10th, 2009

Bertuah punya budak… pe hal ko takot ngn aku.. dalah setahun sekali balik kg.. cehh kurang asam… ganas ker muke aku? haha… Tapitak pa, skunk ko dah masuk setahun… dah makin menginjak usia… tapi aku memg tak boleh bla, aku dekat ngn ko jer ko nangis, cehh hampeh ko… dalah nangis berlagu cm siot ar… By da way, semoga k jadik anak yg soleh… Amin…budak bertuah eee

Buat Muka Plak Budak Bertuah Ni…eee aku gigit dagu ko buat minyak dagu… baguskan pakcik ko ni…

blank