Archive for July, 2009

menyetan bersama sitam

Hari ni masuk hari kedua juga hari terakhir tugasan di Muar! ya aku akan balik Kampung! Tapi sebelum tu aku nak melawat  Mak Cik aku. Kalau di kira-kira dah masuk hari ke-3 atau ke-4 dia warded!. Yang pasti bukan berkenaan penyakit Selsema BABI!.. doctor juga tak dapat nak kenalpasti secara tepat penyakitnya! Tapi kalau aku kelaskan, salah satu sebab adalah kerana kencing manis!…

Sempat aku singgah kejap. Hubby dia gi check sebab badan rasa tak sedap. Mula dari awal Hubby dia temankan, jaga dia. Masa aku sampai, She got good News. Her daughter got special holiday!.. Sebab selsema BABI, maka banyak Univ holiday!. So atleast, anak dia boleh temankan. Aku diarahkan untuk merahsiakan hal ini. Yeah, no probs!

Malam tu aku tak terus balik, sebab Sepupu aku mintak tolong betulkan Lappy adik dia. So take over an hour. Siap format n so on, tapi virus tu still ada lagi. So aku try a lot of software yang aku ada. Ada satu yang berkesan. Yeah Great!. Aku kena study virus ni. huh! menggangu nampaknya.

Malam aku terus Gerak balik, over 11.00 PM. erm tak banyak kereta dan tak sesak! speed macam biasa. cuma ada kadangkala makhluk-makhluk  pelik naik kereta, dengan kelajuan 30 KMJ! macam sampah!. Perjalanan dari Muar ke Batu Pahat biasa sahaja dan tidak mecabar. Selepas Roundabout simpang rantai, barulah satu perasaan “gila” muncul. YA! aku mencari-cari kalau ada kereta yang agak boleh di makan. Tak ada hasil nampaknya. Sampai di Bukit kelicap aku jumpa kereta “CHARADE” kuning. Sepanjang jalan aku follow dia, tak kira selekoh, bukit, atau apa, aku sentiasa di belakan dia. Kali ini mata aku agak “segar” dan “bersemangat”. kelajuan berbuah-ubah, namun kelajuan mencecah sehingga 150 KMJ!. Agah Thrill jugalah dengan apa yang aku buat ni. haha. Bayangkan ada lori Trailer yang perlu di potong! dengan keadaan jalan Kampung!… Namun akhirnya aku mengalah setelah samapi di kawasan Rengit disebabkan keadaan sesak!. Kesian aku dengan Sitam! sorry baby! haha.

Sempat lagi aku nak singgah kedai, beli roti telur!

Sampai dalm JAm 12:00 am!

madu tiga oleh Ahmad Dhani

Lagu madu tiga yang didendangkan satu ketika dahulu, kini telah disegarkan muziknya oleh Ahmad Dhani kumpulan dewa 19. Lagu ini menjadi isu apabila Ahmad Dhani memainkanya, kononya Lagu itu milik Malaysia. Camon lah, muzik tu universal. Kenapa ada pihak yang beria-ia menghalang lagu itu di mainkan semula dengan mix muzik yang rancak? Adakah khuatir hilang hakmilik? Adakah kerana takut hilang hak asal P.Ramlee? helo camonlah, A.Dhani siap declare lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Allahyarham P.Ramlee. Tak payah la nak bising2 lagi. Hargai kemampuan orang lain yang dapat memeriahkan dunia muzik kita. Masa memula dengar tu trus rasa WOW! Best2.. Muzinya jadik segar, dengan tambahan irama trompet dan bass yang dipertingkatkan. Senang kata I Like It. So untuk memuaskan hati cuba comparekan dengan lagu asal. Ok sangat la.

 

Kalau pihak tu nak simpan lagu tu, alamat jadi pekasam lah. Huahuahuah..

Kata member aku yg 1st time dengar, muzik awal cm lagu raya. Hehe

 

Aku bg link tuk download lagu yang di nyanyikan oleh A.Dhani click here

 

Ni pula lagu asal click here

 

 

 

 

Thaniah Ahmad Dhani sebab bagi best bertambah best pada muzik lagu ini. Nak tunggu pihak yang menghalang tu apalah agaknya jadi. huhu

Lelaki hadirnya adalah untuk melukakan hati wanita…

Ahaha jangan salah paham ye. ni bukan dari akar umbi pale otak aku. tapi ni status YM orang, aku namakan sebagai rini(bukan nama sebenar). Aku dok merhati je apelah salah lelaki yek. dok semua lelaki je kena. Kalau betol lelaki yang salah tak ngape di kata macam tu, tapi ni masalahnya betul ke puncanya lelaki? ha… tah2 dia kot puncanya, dan2 salahkan orang lelaki.

bayangkan… ~~~

sang lelaki hadir dalam hidup wanita… pas tu di telah melukakan hati wanita tersebut… 

komen aku… Padan muka lah, yang hang bg masuk line tak ber salam sape suruh! hamek ko. Lepas tu nak salahkan lelaki pulak. haha…

kalau dah tau si lelaki seorang yang suka melukakan, apesal ko layan? ayat yg biasa didengari ” dia seorang yang caring, loving bla bla…..” pas tu derita dok salahkan lelaki lain. Allah dah bagi full set Pale otak, siap tempurung, add on akal yang waras. so gunakanlah.

Lagi satu, kalau nak berkawan boleh saja. Tapi biarlah nak kena caranya, kalau dah awal2 cara macam sial kutuk2, babun kat hutan arizona pon tak mahu kawan. jadah. Lepas tu letak status cm nak berdemonstrasi a.k.a berpiket merusuh. haha

ada apa dengan ADUN (ahli dewan undangn negeri )

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin .. DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

4 PETANDA PEREMPUAN YANG BERKAT

1. Perempuan yang cepat kahwin

komen akue : Zaman sekarang payah sikit kot, consider la sebab banyak aspek perlu di titik beratkan.

2. Perempuan yang Banyak Anak

komen akue : Ada lagi ke? Alhamdulilah kalau ada. Bukan ke perempuan sekarang tak nak banyak anak. Takot badan tak cantik. hehe

3. Perempuan yang Murah Maskahwin

komen akue : maskahwin memg murah pun. Kalau kat johor 22.50. Tetapi hantaran tu yang sakit. Tapi aku paham, keadaan ekonomi pon mempengaruhi, namun jangan melampau sangat permintaan.

4. Perempuan yang baik Maruah dan akhlak

komen akue : kalau zaman sekarang susah sikit la nak cari. Tapi masih ada lagi. Bagaikan permata di celahankaca kerdipnya sukar tuk di bezakan.

4 PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

- Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman “Hiduplah dengan apa yang engkau suka”

komen akue : Ada yang degil, tak faham ke tu wajib. Ada gak yang jahil tapi nak pertikai. Adohayyy..

- Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim

komen akue : gulpppp… Guano ni, abis dah terpandang, tenok la sekarang.. keliling pakai macam tu.public place dah macam tepi pantai…

-Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka ia tidak akan mencium bau syurga

komen akue : gulpppp… Guano ni, abis dah terpandang, tenok la sekarang.. keliling pakai macam tu.public place dah macam tepi pantai…

-Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat

komen aku : tapi lau zaman sekarang nisbah perempuan ngn lelaki 10 nisbah 1… kalau macam tu 10K lah lau di calculation..

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg.menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg.seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah dirisendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja
kita. Nanti som bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam

p/s : Yelah kita ni sempurna mana je, even tak dapat semua dapat sikit pon bagus. Try to the best.

lawak idea…

Aku sengaja merayap2 dalam tenet semalam, saje jalan2 dalam tu. tergerak pulak aku nak tengok MPV dr produa nih. so aku carilah. dalam aku cari mencari tu, aku tertarik dengan dengan satu link ni. menamakan perodua MPV baru ni. Ni bukan takat bagi nama, nai boleh bg nama badut nieh. semfal pon ad ka? 

haha tapi idea diowang ni bikin aku ketawa jer la.. haha click sini

aku bg screenshoot sikit :

 

gggg1

Batin derita Hidup selesa.

chaitt mana aku dapat idean nih har? masa aku balik kg, so malam tu member2 aku ajak lepak minum2, biasalah bukan dapat jumpa selalu. duduk sekampung kerja kat JB, terserempak pun susah. haha. so kebetulan dah lepak ni carilah port. mula ingat nak lepak kat Rengit, tapi aku baru lepas balik sana minum2 gak. so for 2nd trip tu kitorang lepak dekat Parit Betak. ha time tulah terjumpa member2 skool dulu. huh ada yg dah kawen, ad yang dah itu, ad yang dah ini. leol la. haha. so sedang aku lepak ni ada member lama kepada member aku. dia dah kahwen, tapi hubby dia ni memgong la, seh nak enjoy lg, seh main kantau2 lg. sambil borak2 tu boleh pulak member aku yg sorang ni cakap,

” batin derita tapi hidup selesa” pas tu ketawa cm syal…

” ah apa makna hidup selesa kalau batin derita terseksa” balas lagi sorang.

” nak pikir apa je, masuk cuma cuci kaki jer, nak pakai kereta ap? pakai jer… kantau pon banyak” balas member aku yg 1st td.

aku dok memerhati n tgok jer. tapi dalam pale aku terfikir sesuatu.

zaman sekarang cm tu erk. Janji idop selesa, apa saje boleh di cuba waima batin derita.

aku kesian wife dia. Terpaksa folow jer laki dia punya rentak. Perempuan ni pon kadang bodow gak ek. tak semua.

polis main chak2 ba…

Adakah saman aku bertambah lagi? Tadi aku rasa aku kena capture ngn pak polisit. aku ingat paparazi mana tadi nak amik gambar aku memandu. haha. port baik punya, bawah flyover Pontian - Skudai. huhu.. situ speedLimit 80KMJ kot. Oleh keranan jalan tu clear tadi, aku bawak tak sampai 100KMJ. wait & see lah yerk. aku dak kumpul RM 900.00 tuk saman speed trap. kalau tambah ni Jadi RM 1200.00. Bulan ogos ni aku renew roadTax n insurance. Kalau tak lepas nasiblah. haha