Archive for July 11th, 2009

Tak kenal maka tak cinta, dak kenal maka tahulah…

Automatif~, Terbuka~suka hati July 11th, 2009

Huh masa mula2 BLM keluar punyalah aku prejudice, dengan enjin campro yang di sarungkan. Yelah mana tidaknya, Gen-2 masa 1st keluar dulu punyalah banyak probo. 1st enjen yang proton ‘usha’. aku memang serius tak minat gilez ngn BLM ni masa launch dia dulu, tengok macam tak cara je, tap nampak potential boleh pergi jauh. Aku decide nak ambil Mai vai (MyV), tapi oleh kerana harga dia maahal, aku hold dulu. Then aku usha ViVa, erm test drive sat kat produa Pontian. i fall in Love wift ViVa. so decide nak angkat, tetapi hati aku berbelah bagi.. mana taknya, bonet kecik, dalah aku ni suka bawak barang banyak, muhahaha. pas tu kecik dalamnya sama macam kancil aku sebelum ni, apa barang… Namun segalanya berubah selepas aku di bawa test drive oleh Bro mawi. whoaaaaa… so far so gud la.. aku suka Handling dia time ambil corner. Perfect!..Sejak tu aku mula mengubah presepsi terhadap BLM. dan2 tu jugak lepas test Drive tu, aku terus bagi dokumen pada Bro tu, ” Bang ni semua dokumen, abg uruskan, Kalau nak duit call saya, saya tau settle” tu lah ayat malas aku..Selang seminggu aku d suruh sign agreemen kat Bank Islam. Selang 2 3 hari bro tu call kata kereta dapat dalam seminggu lagi. WOW! cepatnya. walaupun aku tak dapat warna yang aku nak Gernite Gray. tapi aku tak da hal punya, hitam pun Smart beb. Yang paling aku suka, aku tak perlu tunggu selama 6bulan seperti yang dperkatakan. dan tk ada masalah serius seperti yang di diperkatakan dalam internet. so far enjin pon smooth n gud. Agak2nya lah, orang2 yang menyalak dalam forum2 tu kata BLM ni tak bagus, dah memiliki BLM ke? kalat takat test drive n buat conclusion je baik tak payah.

Mereka ni nak harga yang murah tetapi setanding dengan Import car, pas tu membandingkan itu ini… Adohayy, payah orang2 macam ni sebenarnya. Kalau anda rasa BLM ni tak bagus dan tak Setanding dengan kereta luar, apa lagi, korang belilah import car tu.. Tu Pun Kalau Mampu.. Tak payah dok bising2 kutuk…

Aku suka ruang bonetnya yang besar! macam2 aku sumbat, haha… Speed? so far aku penah bawak 180KM/J… stable… kalau kat expressway, BLM ni maintain 140KM/J..

Banyak lagi kelebihannya, mungkin ada yang tak nampak dan hanya tahu mengutuk sahaja. tetapi bila di tanya kepada mereka2 ini, ” belilah Honda tu cepat”… jawapnya adalah ” nantilah, tak ada duit lagi la, bulan2 mahal pulak tu”.. kahkahkah… tak mampu rupanya… so pada aku, kita pakailah apa yang kita mampu, jangan ikutkan selera sangat, selera manusia ni tak pernah puas… aku sendiri pun teringin nak pakai BMW 3series, tetapi aku sedar diri, aku tak mampu nak efford tu tu, so aku pakai apa yang aku mampu. Jangan jadi macam pepatah ni… BIAR PAPA ASAL BERGAYA… dah jadik papa, nak bergaya jadahnya HAHAHA..

Antara Memilih dan Terpilih, antara tepat dan terbaik

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, memo July 11th, 2009

Kehidupan ini penuh dengan sesuatu yang sukar dijangka, penuh teka-teki, penuh rintangan dan cabaran. Pastinya dalam kehidupan kita seharusnya kita perlu membuat keputusan untuk apa-apa perkara. Namun bagaimanapun, setiap keputusan yang kita ambil tidak semestinya tepat, ini kerana kita tidak akan tahu baik buruk yang berlaku pada masa akan datang. Dalam hal ini, kita beranggapan kita telah membuat sesuatu keputusan yang benar-benar tepat, tetapi tatkala kita telah menjalani keputusan itu, kita baru sedar bahawa keputusan yang kita ambil itu bukanlah yang terbaik seperti yang kita harapkan. Sekiranya kita sedar dan dapat mengubah keputusan itu, maka ia adalah cara terbaik, namun ada sesetengah perkara, kita tidak mamu untuk memulakannya semula. Pastinya kiat berasa kecewa dan geram, namun itulah yang kita putusinya. Dalam hal ini, seharusnya kita mengambil pandangan orang lain dan juga memohon petunjuk Allah S.W.T. Pastinya kita memperolehi pandangan yang berbeza-beza, namun kita dapat mengenalpasti yang manakah terbaik dan tepat. Bagi mengukuhkan hati dalam membuat keputusan itu, seharusnya Kita sebagai umat islam, meminta dan memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Sentiasa berdoa agar di beri petunjuk dalam memilih ruang lingkup yang terbaik. Sesungguhnya kita merancang, dan Allah S.W.T juga merancang, namun perancanganNYA adalah yang terbaik…

wallahualam…

blank