Archive for July 17th, 2009

Fadhilat beristighfar

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah July 17th, 2009

Sumber : email

 

a. Sabda Rasulullah SAW :

 ”Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari,
dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari… Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita..

b.  Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya” .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

ada apa dengan bantal?

Terbuka~suka hati, memo July 17th, 2009

Bantal? Whoaaa….. akue! Suka yang empuk, yang dapat menelan kepala adu kedalam kerana empuk!  Tidor selesa n terjamin kualiti tido. Haha

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

 

Komen akue! : Peluk sebab sejuk, peluk sebab berangan peluk bini… Hahaha…

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Komen akue! : Seorang yang sangat yakin!… dapat menguasai semua! Tamak haloba! Haha..

Pantas membuat keputusan dengan merembat semua stok bantal yang ada dalam store sebelum tidur!


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

 

Komen akue! : Sebab bantal lain tak best! Satu jer yang best…

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

 

Komen akue! : sebab banyak sangat bantal, saje port kat kaki.. Tapi agak kurang aja sikit lah, sebab bantal kan letak kat kepala.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

 

Komen akue! : Ni sebab tertidor kat ruang tamu! Bantal kena rembat dengan member!

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul… pergi kedai belilah satu

Komen akue! : ni ape kes?

 

P/S : Saje layankan email aku dapat dari mana tah ni!

Dugong kembali dengan solekan anggun!

Automatif~, Terbuka~suka hati July 17th, 2009

Dugong? binatang?

oh tidak… kereta Vios yang terbaru, kerana design dia nampak “Gemuk” dan depannya yang agak “membojol” laksana kepala dugong..

Namun segala penderitaan atas ejekan itu berakhir apabila warkah ini diterima  ”PENANTIAN peminat kenderaan berprestasi daripada Toyota berakhir apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd, melancarkan model Vios TRD Sportivo yang ranggi dan menarik”.

Okaylah, selepas di sarungkan dengan KIT TRD, maka vios ini nampak Sporty la sikit…

dugong

Cinta suci…

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, memo July 17th, 2009

Adapted from Harian Metro

 

RAMAI yang tahu mengenai cinta. Ramai yang tahu menyebutnya. Bahkan ramai yang tahu meluahkan kata-kata indah sekadar menzahirkan keindahannya. Tetapi apakah sebenarnya cinta?

  • Sifat cinta
  • Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.

    Komen akue! : Definisinya juga luas, tarikfannya juga luas… Cinta pada Allah, Nabi, Ibu Bapa dan Keluarga. 

  • Cinta wujud sejak dilahirkan
  • Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih. 

    Komen akue! : sudah wujud dr awal kelahiran, cuma fokus pada sesuatu yang berlainan.

  • Cinta bersedia
  • Bila sampai masanya di setiap tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya, jiwa bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.

    Komen akue! : Ya betul.. dan sekiranya Tuhan tidak membuka kan hati untuk menerima cinta, maka tiada apa2 yang di rasa, waima cinta tu memenuhi ciri2 yang kita inginkan.

  • Cinta itu indah
  • Walaupun kewujudan cinta tidak mampu dilihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlapan dan putih bersih.

    Komen akue! : Ya betul, tiada hiprokrasi dan mampu untuk menjadi diri yang sebenar tanpa rasa rendah diri. tetapi zaman skang, susah nak cari yg original. wayang lebih.

  • Cinta itu mengharapkan balasan
  • Cinta antara manusia itu menjurus kepada jodoh atau pasangan, daripada diri yang punya persamaan. Apabila dapat apa yang dicari, bermakna cinta itu sudah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tetapi juga memberi.

    Komen akue! : confirm punya cinta mengharapkan balasan. tipulah kalau tak harapkan balasan, hati mana yang tak terusik di sentuh alunn cinta. haha

  • Cinta itu menakluk
  • Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ia dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tetapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

    Komen akue! : betul2. Tapi tu kadang kala membosankan. boleh menjadikan cinta tu bosan. nak bebas pon susah. haha. jangan tipulah kalau lama2 t br rasa bosan d takluki. aku ingin menakluki diri aku sendiri buakn di takluki oleh orang lain.

  • Cinta itu mengetahui
  • Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel cinta.

    Komen akue! : Tol tu, xpayah ada guideline pon terjatuh cinta. tetapi janganlah bercinta tanpa panduan, sakit. NOPE, kadangkala orang bercinta tidak tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta itu telah membutakan hatinya. sius beb, see newspaper. Budak2 perempuan sanggup lari ikot boy meka.. yg nak terjun dr LRT tu.

  • Cinta itu hidup
  • Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis.

    Komen akue! : Betul2. tapi ramai yg silap, asal cinta je mesti ngn aweks/pakwe.. NOPE, banyak lagi definisi. so jangan salah faham.

  • Cinta itu suci
  • Sebagaimana yang banyak diperkatakan, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa.

    Komen akue! : cinta suci bukan lahir dari kata2 manis berpuitis tahap dewa langit ke seratus, tu pandai ngayat jer. ia lahir dari kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, dan perkongsian hidup bersama. tanpa noda dan dosa.

  • Cinta itu pesona
  • Cinta itu bukan saja indah tetapi mempesonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita. Kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.

    Komen akue! : YA betul! tengok baby boleh jatuh cinta.. sedap jer hati mandang sebab dia suci!

  • Apakah itu bukti cinta?
  • Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang dimahukan kekasih. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, cinta itu tidak tinggi nilainya.

    Anggapan itu sebenarnya tidak tepat. Jika kita memberikan semua yang diingini kekasih, apa yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita bila dia mahukan pengorbanan kita?

    Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang sering membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa saja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.

    Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan nafsu. Nafsu itu tidak boleh dikalahkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.

    Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkannya daripada godaan nafsu yang tidak ada batasan. Disebabkan nafsu, cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

    Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tetapi ramai orang berharap supaya cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun sudah mati.

    Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu peraturan cinta jika tidak diberikan panduan.

      Seterusnya, sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

    Komen akue! : Asal cinta je nak di buktikan dengan menyerahkan segalanya. maka SILAP lah di situ. bukti cinta adalah kejujuran, kesetiaan, keikhlasan dan kesanggupan untuk berkongsi ruang lingkup kehidupan, samada susah dan senang. Apa yang kita tahu, pada masa kini, untuk membuktikan cinta, perlu menyerahkan mahkota dir. SILAP disitu!.. itu telah jelas menunjukkan ketidakbertanggungjawaban. bila sudah berlaku, maka sengsaralah yang menyelubungi diri, kekesalan, maka tiada gunanya! belajarlah dr kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain. itu lebih baik.. Maka tidak rugi untuk mempertahankan EGO diri semata2 untuk menjaga kehormatan diri. jangan terlalu murah untuk mendapatkan cinta murahan..

    ia

    Terbuka~suka hati July 17th, 2009


    blank