menyetan bersama sitam
Automatif~, Terbuka~suka hati July 31st, 2009
Hari ni masuk hari kedua juga hari terakhir tugasan di Muar! ya aku akan balik Kampung! Tapi sebelum tu aku nak melawat Mak Cik aku. Kalau di kira-kira dah masuk hari ke-3 atau ke-4 dia warded!. Yang pasti bukan berkenaan penyakit Selsema BABI!.. doctor juga tak dapat nak kenalpasti secara tepat penyakitnya! Tapi kalau aku kelaskan, salah satu sebab adalah kerana kencing manis!…
Sempat aku singgah kejap. Hubby dia gi check sebab badan rasa tak sedap. Mula dari awal Hubby dia temankan, jaga dia. Masa aku sampai, She got good News. Her daughter got special holiday!.. Sebab selsema BABI, maka banyak Univ holiday!. So atleast, anak dia boleh temankan. Aku diarahkan untuk merahsiakan hal ini. Yeah, no probs!
Malam tu aku tak terus balik, sebab Sepupu aku mintak tolong betulkan Lappy adik dia. So take over an hour. Siap format n so on, tapi virus tu still ada lagi. So aku try a lot of software yang aku ada. Ada satu yang berkesan. Yeah Great!. Aku kena study virus ni. huh! menggangu nampaknya.
Malam aku terus Gerak balik, over 11.00 PM. erm tak banyak kereta dan tak sesak! speed macam biasa. cuma ada kadangkala makhluk-makhluk pelik naik kereta, dengan kelajuan 30 KMJ! macam sampah!. Perjalanan dari Muar ke Batu Pahat biasa sahaja dan tidak mecabar. Selepas Roundabout simpang rantai, barulah satu perasaan “gila” muncul. YA! aku mencari-cari kalau ada kereta yang agak boleh di makan. Tak ada hasil nampaknya. Sampai di Bukit kelicap aku jumpa kereta “CHARADE” kuning. Sepanjang jalan aku follow dia, tak kira selekoh, bukit, atau apa, aku sentiasa di belakan dia. Kali ini mata aku agak “segar” dan “bersemangat”. kelajuan berbuah-ubah, namun kelajuan mencecah sehingga 150 KMJ!. Agah Thrill jugalah dengan apa yang aku buat ni. haha. Bayangkan ada lori Trailer yang perlu di potong! dengan keadaan jalan Kampung!… Namun akhirnya aku mengalah setelah samapi di kawasan Rengit disebabkan keadaan sesak!. Kesian aku dengan Sitam! sorry baby! haha.
Sempat lagi aku nak singgah kedai, beli roti telur!
Sampai dalm JAm 12:00 am!
Leave a Comment