Rindu Sakit?
Terbuka~suka hati August 9th, 2009
Genap seminggu aku demam. Masih terasa lenguh-lenguh di setiap sendi! Batuk pula masih dialami. Huh! desah dalam hati. Ni ujian atau bala? Namun syukur bukan selsema H1N1 seperti yang melanda, walaupun tanda-tanda wabak 80% menyamai. Payah dan sukar urusan kerja. Kerap tertangguh akibat keletihan yang datang tiba-tiba! Bukan sengaja nak curi tulang, namun sememangnya kudrat seoalah-olah tersekat!.
Kalau diamati, memang sudah lama aku tidak sakit! Ya, aku baru perasan, agak kurang aku demam untuk Akhir-akhir tahun ini. Cuma aku terlantar akibat Sakit “batu” itu sahaja, namun Alhamdulilah ia sudah sembuh!… Kalau sebelum ni, memang kerap benar demam!. baguslah mungkin antibodi aku semakin kuat.
Sakit itu sebagai ujuan, membakar dosa-dosa kecil!… Ah kalau nak di kira dosa, mungkkin dah bergung aku kumpul! Tapi sedikit demi sedikit aku cuma perbaiki diri, InshaAllah!… Kehidupan yang baik adalah berjalan atas kesilapan yang pernah dilakukanya! Ya! belajar dari kesilapan.
Mata mula menggantuk! nak tidur.