hari ini!
Terbuka~suka hati August 11th, 2009
Hari ini hari Selasa. 11 ogos 2009! betul kan?

Hari ni aku lesu! Tensen buat kerja! Tengah buat kerja, lappy aku restart! aku tak save lagi! grrrrrrrrr

Aku bingit betul! macam dalam gambar bawah ni

Alangkah bestnya dapat relaks! ilangkan penat!

Lepas tu dapat tidur dengan lena! Fuhh… meleleh!

sebelum tu berangan nak mimpi dapat duit banyak2! Macam ni! HAHAHA

menikah!
Terbuka~suka hati August 11th, 2009
Thread ini aku terjumpa dalam forum mana tah… lupa.. sowi ekh kalau tak dapat nak creditkan dari forum mana. Tapi aku berminat dengan isinya… Sementalaah si majid ( bukan nama sebenar) ada posti pasal kahwin …Siapa tak nak kawen???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula sibuk2 tanya
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak ( mak aku tak kesah pun?)
Si dara, ayah takut bergelar andalusia ( zaman skang tak kesah kot, iskh2… tu kan sunnah Nabi!)
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya ( dok sibuk na kenen2kan ngan sape2 tah )
Bila dijawab jodoh belum ada ( memang la,kalau dah ada, confirm kawen punya!)
Kata mereka, kita kenalah usaha ( usaha akar jaya – UiTM )
Mandi bunga salah satu caranya ( adohai ni ape kes…)
Tah-tah bau hapak tak mandi sebulan, tu yg tak ada jodoh…huhu
Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya ( mestilah, xkan lah nak amik cm amik baju… syok gak, kang nanti kata haprak plak )
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata(aku ambil tunang @ isteri kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( tapi korang sponsor la.. skang demand beb )
Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan makan ABC ( tak senang juga, kene beratur nak beli…)
Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Bila nak kawin???
oi dok… ko ni syik ty aku jer… ko xpaham2 ker…
bila aku cakap nak kawen dulu korang kata, muda lagilah, gatallah, itu lah inilah…
skang korang dok sibuk ty2 jer…
dah ilang semangat bekobar2 tuk kawen tu la… lantak p lah…
apa ad kesah…
korang ty lagi, aku ty korang, korang dah kawen ??
dahhhh… ( masing2 jawab )
bagusss….
cukup bulan cukup duit x?
korang dok melepak ni x kesah ker, aku bujang ap ada hal…
korang ni dok sibuk ikot aku men boling.. anak2 korang tu main per kat umah? pasir tanah… p jaga lah…
ha? asal senyap?????
huishhhh
Komen aku!
Ilmiah~, Terbuka~suka hati August 11th, 2009
Okay untuk posting aku tu berkenaan tajuk HIV untuk bakal pengantin. Aku tahu benda ni dah lama di bincangkan dan tak semua negeri setuju. Up to them la. Kalau di tanya baik buruk ujian tu pada aku, aku akan kata aku SANGAT-SANGAT SETUJU!!! kenapa dan mengapa?
Aku ada pengalaman kat Pejabat Agama dalam 6 bulan. Walaupun aku bukan praktikal bahagian Undang-Undang Keluarga (UUS), tapi aku develope mini sistem untuk department ni. Secara tidak langsung aku terbabit, secara langsung atau tidak. kerana aku kena tahu flow proses kerja bagi memudahkan penghasilan sistem tu. selain tu aku turut jadi budak kaunter. hehe. So keluar masuk masalah aku tahu sikit-sikit la. Tempias aku kena juga! hehe.
So bagi isu berkenaan Ujian HIV tu, memang sangat wajar!… Pihak Jabatan Agama Negeri tidak pernah menghalang pasangan untuk meneruskan perkahwinan kerana itu hak mereka. Namun mereka tetap diberikan Kunseling berkenaan Pro dan Kontra nya. Maka tidak timbul isu bahawa Pejabat Agama Menghalang perkahwinan mereka!…
Antara kebaikan ujian itu adalah. Kita sebagai pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga sememangnya mengimpikan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga! Namun sejauh mana kita mengenali pasangan kita? adakah kita mengetaui latarbelakangnya? siapa dia sebelum ini? dan sebagainya. Persoalan ini seharusnya terungkai dengan jawapan yang memuaskan hati kita dan bukan sebaliknya. Dari ujian tersebut kita dapat mengetahui status kesihatan pasangan kita! sama ada hasil ujian tersebut positif atau negatif.
Langkah melaksanakan ujian ini juga dapat mengelakan pasangan rasa tertipu atau terinaya pada amsa akan datang. Tidak terasa bahangnya sekiranya pasangan menghidpai penyakit biasa, namun HIV adalah sebaliknya.
Sepengalaman saya, terdapat pasangan yang meneruskan perkahwinan dan ada juga tidak. Terpulang kepada individu. Kita dikurniakan akal yang sempurna dan tujuan hidup yang jelas. Di sini bukanlah saya hendak mengasingkan si penghidap, namun tidakkah kita terfikir akan kesannya dimasa akan datang?. YA! ada yang menyatakan bahawa mereka akan mengambil langkah keselamatan sebelum melakukan persetubuhan dengan menggunakan Kondom. Namun sejauhmana kerbekesanannya? adakah kita dapat beringat semasa nafsu menguasai diri? fikir-fikirkanlah.
Tidakkah perkahwinan itu diserikan dengan hadirnya cahaya mata? bagaimana kiranya pasangan pembawa HIV dapat memberikan benih kepada pasanganya? bukankah satu bentuk penyebaran telah berlaku? Adakah hasil anak itu nanti bebas dari HIV?. Sanggupkah kita meningalkan waris kita sendirian di pandang serong kerana menghidapi penyakit yang di warisi dari anda?
Nah sedikit sebanyak kesanya yang mungkin tidak kelihatan kerana dilindungi oleh asmara cinta. Cinta hanya sementara namun kebahagiaan itu yang didambakan!… Yang pastinya terdapat juga pasangan yang menyesali perkhwinan mereka yang lalu kerana mengikutkan perasaan sahaja. Kerana akibatnya pasangan pembawa dan anaknya menderita untuk selamanya!
p/s : Pandangan dan apa juga tindakah dalam penulisan ini adalah pandangan persendirian, Saya tidak akan bertangunjawab terhadap kesan dan akibat
sumber imej : disini . TQ
Wajib uji HIV untuk nikah
Ilmiah~, Terbuka~suka hati August 11th, 2009
sumber : sini
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua semua pasangan Islam di negara ini yang mahu berkahwin, diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata dasar itu dapat dilaksanakan tahun depan selepas semua majlis agama negeri memberi persetujuan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama anjuran Jakim, Julai lalu.
Walaupun bakal pengantin yang ingin berkahwin didapati positif HIV melalui ujian itu, mereka tidak akan dihalang bernikah jika tetap mahu meneruskan perkahwinan.
“Sebaliknya pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berperanan membantu pasangan terbabit dengan memberi kaunseling dan khidmat nasihat supaya langkah pencegahan serta persediaan lengkap dari sudut fizikal dan mental dapat diambil,” katanya kepada Berita Harian.
Pada 2006, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Mustapa Abdul Rahman mengumumkan bakal pengantin di seluruh negara akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV/Aids mengikut modul Jabatan Agama Johor (JAJ), yang mewajibkan semua bakal pengantin Islam mendapatkan sijil kesihatan sebelum bernikah.
Bagaimanapun, dasar yang dipelopori Johor sejak 2001 itu tidak dapat dilaksanakan kerana Jakim tidak boleh mengeluarkan arahan kepada semua kerajaan negeri bagi mewajibkan ujian berkenaan berikutan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa mereka.
Setakat ini, Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan mewajibkan ujian saringan itu bagi bakal pengantin, manakala Sarawak belum melaksanakannya.
Pahang dan Sabah pula tidak mewajibkan ujian itu sebaliknya memberi pilihan kepada bakal pengantin sama ada untuk melakukannya atau tidak.
Wan Mohamad berkata, ujian saringan yang akan dijalankan ke atas pasangan yang bakal berkahwin itu juga akan ditawarkan secara percuma.
Ruang?
Terbuka~suka hati August 11th, 2009
Sejauhmana kita mempunyai ruang lingkup untuk bersuara dengan bebas?

