Archive for August 13th, 2009

Tahniah!

memo August 13th, 2009

Tahniah di ucapkan kepada johan qariah tilawah al-quraan.

Ustaz Asri Rabbani meninggal?

memo August 13th, 2009

Adakah benar berita ini, aku dapat baru sebentar ni dari seorang kawan. Walau apa pun takziah di ucapkan. dan mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah….

asrirabbani

 

petikan yang aku terima :

” PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

UPDATE

Berita berkenaan adalah benar, ini kerana petang tadi sempat mendengar radio ERA, dimana aznil menghubungi adik Allahyarham iaitu Ustaz Ghazali, menyatakan pengesahan hal tersebut.

Nampaknya kita kehilangan satu lagi permata dalam duni Nasyid. Sesungguhnya kita mengetahui bahawa Allahyarham amat komited dalam dunia seni nasyid dan sering mengeaplai majlis2 kerohanian. Dianugerhkan dengan kelunakan suara yang menyentuh naluri.

Semoga Roh Allahyarham di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, insyallah.

blank