Archive for August 25th, 2009

les memoristas during ramadhan part 2… universiti

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 25th, 2009

Kenangan masa belajar memg best, kalau kita pandai mencorakkanya… haha… Masa tak akan berulang tetapi kenangan mampu kita imbau semula… :D

tido pose

Ni aku masa kat univ… kelas programming… bulan puasa masa tu… lect kat depan ngaja aku pon mengaja mata gak…

sempal2 pose

Ni pulak masa kelas BEL ( english comm ) kat univ… lect tak masuk, so kami beraksi sempena puasa… atas aku, tengah amin tua kutuk, bawah nuek.. kalaulah nuek atas sekali alamat ak mati syahid sempena bulan pose lah… huhu…

sempal3pose

tidur dalam iman…

les memoristas during ramadhan part 1… meriam buluh & tanah

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 25th, 2009

meriam_buluh1

 

Bila tiba ramadhan, pasti kalian ada kisah2 atau pengalaman menarik kan? terlalu banyak untuk dikenang… bermula dari kechil hinggalah dewasa… dari bermain bunga api sehinggalah membuat meriam tanah@buluh… Tu untuk ak yang duduk di kampung, kalau duduk di bandar confirmlah tak ada peluang tu… Dari batang buluh bertukar kepada palang besi@tiang penghadang ketinggian jalan di bedal untuk dijadikan meriam… tin shieldtox ( penyembur nyamuk tu) pun di jajan untuk dijadikan meriam, kekereatifan mengatasi segalanya tatkala ramadhan bermula, gara2 bosan untuk beraktiviti semasa berpuasa… ngeh2.. nasib baik zaman tu tak ada kamera lagi ak, kalau tak mesti aku attachkan… Peperangan meriam memg seronok, bermula dari kampung sebelah mula membuat panggilan dangan dentuman yang membingitkan gegendang telinga… maka panggilan tersebut perlu di jawab tak kira jam berapa sekalipun… kalbaid telah tersedia… maka cucuhan durjana memecah kesunyian bermula, tatkala itu sahutan dentuman bermula untuk rakan2 seperjuangan… Namun bila difikiran kembali, Alhamdulilah tiada sebarang kemalangan berlaku… walaupun kenakalan kami membuatkan ibu bapa risau, namun langkah2 keselamatan tetap kami ambil… sebagai contoh mengikat meriam buluh dengan beladar ( getah tayar) & rantai besi… kayu pencucuh pula panjang… bagi meriam tanah pula pastinya ia ditanam dengan ukuran 45 darjah condong… sambungan di ikat dengan dawai kelilingnya… disalutu dengan tanah liat yang pejal… ditanam dan kemudia di tindih dengan sebesar-besar batu… akan ditambah mengikut kada gegaran yang dihasilkan… sekiranya gegaran kuat dan meriam berganjak pastinya batu akan di tambah lagi… begitu juga dengan batang besi… biasanya kerjasama akan dilakukan… bagi hasil yang menajubkan…. dan tatkala malam menjelma, maka rumah akan menjadi port tuk berperang sakan…

Bilamana pasukan pancaragam bermaharajalela…

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 25th, 2009

Hari ini kerja macam biasa… hari kedua dalam bulan Ramadhan ni… Namun hari ini ak rasa sangat letih, bukan lapar atau dahaga… Mungkin disebabkan ak naik turun ambil kertas rim banyak kot, nak siapkan sebelum pi Muar… Ditambah dengan buat comparison data yang sama, nak pilih yang mana satu yang tepat, tu yang mind ak letih… So waktu lunch apa lagi, ambil bantal ( Man Beyta.mymmc.net yang bagi hehe) terus melingkar, ditambah dengan kedinginan air-con, fuyooh nikmat sungguh… Lepas tu memg segar semula, waima waktu tengahari tu, pasukan pancaragam mula bergelandangan didalam perut ak… aiseyhh..

tidur

rehat seketika bersama dinding…

———————————————————————

Petang ak manja-manjakan sitam… haha tak batal pusa punya sebab sitam keta ak… tak ada maknanya…

—————————————–

juadah-berbuka-puasa-tadi

berbuka bersama kawan2 opeace ( gambar tidak berkaitan )

Ingat petang nak berbuka dengan makcik ak, tapi member2 dah ajak berbuka sama… ni yang dalam delema ni, di luah mati mak di telan mati bapak, tak telan tersangkut pulak kat tekak… haha… Tapi member punya pasal ak On je… Tapi hari ni ak rasa sayu sangat, tak tahu kenapa… erm nape erk? entah la… Ok lah nak balik terawih, nampak gayanya terawih sendiri lah macam ni… Apa-apa pun Alhamdulilah dapat tempuh hari yang ke-4 ni.. InshaAllah kalau panjang umur sampailah hingga penghujung penghulu segala bulan ini… Amin…

blank