les memoristas during ramadhan part 1… meriam buluh & tanah
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 25th, 2009

Bila tiba ramadhan, pasti kalian ada kisah2 atau pengalaman menarik kan? terlalu banyak untuk dikenang… bermula dari kechil hinggalah dewasa… dari bermain bunga api sehinggalah membuat meriam tanah@buluh… Tu untuk ak yang duduk di kampung, kalau duduk di bandar confirmlah tak ada peluang tu… Dari batang buluh bertukar kepada palang besi@tiang penghadang ketinggian jalan di bedal untuk dijadikan meriam… tin shieldtox ( penyembur nyamuk tu) pun di jajan untuk dijadikan meriam, kekereatifan mengatasi segalanya tatkala ramadhan bermula, gara2 bosan untuk beraktiviti semasa berpuasa… ngeh2.. nasib baik zaman tu tak ada kamera lagi ak, kalau tak mesti aku attachkan… Peperangan meriam memg seronok, bermula dari kampung sebelah mula membuat panggilan dangan dentuman yang membingitkan gegendang telinga… maka panggilan tersebut perlu di jawab tak kira jam berapa sekalipun… kalbaid telah tersedia… maka cucuhan durjana memecah kesunyian bermula, tatkala itu sahutan dentuman bermula untuk rakan2 seperjuangan… Namun bila difikiran kembali, Alhamdulilah tiada sebarang kemalangan berlaku… walaupun kenakalan kami membuatkan ibu bapa risau, namun langkah2 keselamatan tetap kami ambil… sebagai contoh mengikat meriam buluh dengan beladar ( getah tayar) & rantai besi… kayu pencucuh pula panjang… bagi meriam tanah pula pastinya ia ditanam dengan ukuran 45 darjah condong… sambungan di ikat dengan dawai kelilingnya… disalutu dengan tanah liat yang pejal… ditanam dan kemudia di tindih dengan sebesar-besar batu… akan ditambah mengikut kada gegaran yang dihasilkan… sekiranya gegaran kuat dan meriam berganjak pastinya batu akan di tambah lagi… begitu juga dengan batang besi… biasanya kerjasama akan dilakukan… bagi hasil yang menajubkan…. dan tatkala malam menjelma, maka rumah akan menjadi port tuk berperang sakan…
Leave a Comment