test

lambang_oku

Sticker? tahu apa tu? haha. Ala yang boleh lekat2 tu… tampal2… ha tu lah Sticker… Tapi sticker yang ak nak cakap ni memang best! baiek punya… Masa ak on the way pi Muar Khamis lepas. Sedang ak mengekori dua biji BMW… ak agak pelik kenapa dua-dua BMW ni perlahan pemanduanya waaupun berada di lorong kanan!… Kalau setakat 140kmj tu senyum2 je JLD ak henjut… Bas express pun agak perlahan, walaupun ada ura-ura untuk memotong namun seperti main chak2 ba pulak… apa sebenarnya ada kat depan tu yek?… Kebetulan ada selekoh, so ak nampak ‘ makhluk ‘ yang dapat menundukan BMW 5 siries & Bas express! dan ‘ makhluk ‘ tu adalah sebuah Proton Waja! lol la… ape kena dengan waja tu? setelah BMW tadi dapat memotong bertalu-talu barulah ak perasan yang Waja tu dimiliki oleh O.K.U ( Orang Kurang Upaya )… di sebabkan Sticker O.K.U berwarna merah itulah yang menundukkan BMW dan bas express tu! hahah… Namun jangkaan anda meleset sekiranya Sticker itu menjadi punca utama! sebenarnya pemanduan Waja itu yang agak mengerikan… sekejap ketengah sekejap ketepi! huhuhu patutlah… Bila turn ak memotong, ak tengok pemandu tu adalah seorang uncle tua… Adakah beliau benar2 O.K.U atau sebaliknya… ??? biarlah ia menjadi misteri lebuh raya!!!

P/S : Korang2 yang rasa bukan OKU, sila jangan parking kerte anda di tempat OKU! Kesian lah pada diorang ye… jadilah orang yang bertimbang rasa! Kalau korang parking jugak, maka korang adalah OKA ( Orang Kurang Akal ) betul apa…Kalau cukup akal, korang mesti tahu tu parking untuk OKU! Lu pikir la ramai-ramai!

O.K.U kini dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya. Dengar berita hari tu. Harapnya bukan hanya nama sahaja yang di naik taraf. Tetapi kemudahan Untuk mereka.



Leave a Comment

blank