Kisah dan Tauladan…
Terbuka~suka hati, memo August 29th, 2009

Kali ini thread posting aku mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa, mungkin juga mengangap aku keterlaluan. Namun itulah hakikat yang aku nak sampaikan. Lebih tertumpu kepada kaum adam, namun kaum hawa juga boleh mengambil iktibar darinya, mungkin untuk pasangan atau kekasih atau sesiapa sahaja. Ini juga bukan untuk mengaibkan sesiapa. Jelasnya ini adalah pengalaman sebenar dan tindakan yang tidak ambil peduli terhadap diri sendiri.
Al kisah suatu hari seorang lelaki yang telah berusia bersiap-siap untuk pergi ke Mesjid. Aku namakan lelaki ini sebagai Mentol ( bukan nama sebenar ) dan. Telah lengkap dia berpakaian, kemas dan harum dengan aroma wangian minyak wangi. Dalam lengkapnya dia berpakaian ada satu perkara yang telah menjadi tabiatnya iaitu tidak suka memakai seluar dalam!.. Namun malang tidak berbau, pada hari tersebut beliau telah mengalami kemalangan. Beliau telah di langgar dari arah belakang oleh sebuah lori. Malang bagi Mentol apabila beliau jatuh tergolek, dan berguling-guling. Tatkala itu kain yang dipakai telah tersingkap. Maka terlihatlah ‘rahsia’nya. Untungnya semasa kejadia itu hanya kaum-kaum adam yang datang membantu. Beliau amat malu tatkala itu, namun kerana sakit akibat jatuhan itu, maka beliau hanya pasrah sahaja. Sejak dari kejadian itu, Beliau senantiasa mengenakan seluar dalam.
Moral of da story : Kalau rasa-rasa nak keluar berjalan pakai kain pelekat sahaja, silalah kenakan seluar dalam!. MAlu weyh kalau jatuh@tersingkap kain tu!. Lain la kalau pakai pants.
Kepada anda-anda yang telah menjadi habit atas perlakuan itu, silalah ubah. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri. Namun fikirlah juga sensitiviti orang lain, bilamana terpaksa melihat ‘ hutan ‘ belentara. Sila-silah nasihatkan orang yang rapat dengan anda!.
Ini bukan kisah mainan atau gurauan lucah. Ini adalah kisah benar. Sekian!.
September 1st, 2009 at 4:04 am
ni cam citer pasal ko jek nan
September 1st, 2009 at 5:14 am
haha… tak lah… tak kan aku… Alhamdulillah tak pernak lagik la….
September 3rd, 2009 at 4:45 am
hahahahahahahahahahaha.
aku hanya mampu tergelak besar.
September 3rd, 2009 at 1:45 pm
ha gelak… gelak… muhahaha… ingat tu wahai Jannah! jangan ko pakai baju kurung tanpa mengenakan pakaian dalam…. malang tak berbau… tapi orang bernama en.malang akan berbau…