test

1_malaysia

( ni logo kemerdekaan ke-52 ke? Ak tatau )

Syukur Alhamdullilah, kini negaraku menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52… iskh2 dah tua la kiranya tu…dah ada cucu la kiranya kalau itu adalah manusia… hehe…

Apa yang ak harapkan adalah semoga kemanan dan kesejahteraan yang ada sekarang ini terus berkekalan…Semoga negara ak Malaysia ni terus dirahmati dan dilindungi oleh yang esa Allah S.W.T… Aminn..

Lagi yang ak harapkan adalah, kepada parti2 politik, kalau korang nak berpolitik teruskanlah… kalau dah itu yang korang suka, tetapi janganlah sampai mengadaikan maruah negara ak!…Tak kira dari pihak mana sekalipun, sama ada kerajaan ataupun pembangkang… Kalau nak masuk politik semata-mata nak buat kacau nak main tahi, atau apa-apa sahaja, silalah berhenti… Menyusahkan sahaja… Kalau masuk politik nak cari kroni, nak cari untung silalah berhenti… Korang dipilih oleh rakyat untuk menjadi kuli kitaorang! bukan kitaorang jadi kuli kau! ingat tu ye pak2 menteri…Kalau jadi YB tapi batang hidung tak pernah masuk wilayah korang baik tak payah… juga tak payah nak berbicara pasal MERDEKA!… Ak tak nafikan hanya segelintir sahaja yang suka main chak-chak ba, tapi ingatlah, bilamana korang berebut nak jadi YB, bukan untuk berseronok atau Yang Bebal…tapi Yang Berkhidmat!… Golongan-golongan sampah macam nilah yang menjadikan negara Malaysia merdeka menjadi merSEDIHka?….

Tak kiralah 1Malaysia ke 2Malaysia ke… jangan jadikan itu hanya slogan… RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN jangan nanti KRONI didahulukan, KEUNTUNGAN diutamakan ala ni ak saje2 cakap je, janganlah sampai ak di sedut masuk I.S.A pula… Tak ada sentimen mempengaruhi pun, cuma kalau sapa makan sos tomato mestilah rasa tomato… mustahil rasa nenas… kecuali paket sos tomato tu dah di gadaikan… ahaks

Apa-apa pun sama ada kerajaan atau pebangkang yang sudah terpilih diberi mandat untuk mengulikan diri silalah berbuat demikian… Terimas.



Leave a Comment

blank