Terkezutttt….
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, memo August 22nd, 2009

Ak balik kampung nak sambut puasa bersama Family, mesti best la kan… malam gi lepak kat surau terwih, time2 canilah dapat jumpa kawan2 kg… Harap je kerja kat JB tapi tak pernah nak terserempak… haha… Tapi yang tak menyedapkan ak adalah, ak dapat berita yang member ak kena tangkap pasal DADAH! damn!… Ape kes ni Bro! sius ak tak percaya… Tapi tadi ak saje bual2 ngan member lain… Dia pun dah sahkanya! member ak ni pun tak percaya dia buat macam tu sekali… Alahai ape kes ni bro!… Skang dia kat penjara simpang renggam tunggu bukak kes… untung nasib la lepas ni, katanya tali gantung!… Member ak cakap dia kene masa bawak 36 KG! dadah…. ak tak sure jenis apa, sama ada ganja, pil, what ever lah, yang ak di beritahu dadah, umum…
Apa yang ak harapkan dan doakan, semoga dia bebas dari tuduhan itu… Jauhkanlah dari Tali gantung! MasyaAllah… Cukuplah sekadar penjara, semoga itu dapat memberi kesedaran dan keinsafan pada dia… Dia terlalu muda, peluang masih terbuka untuk dia perbaiki diri… Serius ak kata, dia memg seorang yang baik, dan aku terhutang budia pada dia.. dia pernah sanggup bersusah untuk ak satu masa dahulu… sebab tu aku macam tak percaya… Semoga apa yang berlaku ni, jadi pengajaran pada kawan2 aku yang lain… Tapi aku juga harap pada muda mudi yang baru nak ‘naik’ kelam dewasa, cubalah fikir sebelum berbuat sesuatu… Tak ingat orang lain tak apa, tapi ingatlah diri di masa akan datang… Apa yang bakal kita jawab kelak bila DIA tanya ‘disana’ kelak…
Jem oh Jem…
Terbuka~suka hati August 22nd, 2009

Lepas office hour Jumaat tu, ak terus lincah nak balik kampung… Nak cepat sampai leh Terawih… Tapi kena amik sepupu ak, sebab dia pun nak balik kg… Tapi dalam kepala ak tak lain dan tak bukan Jalan mana patut ak lalu! paham2 lah time2 cani memang jem… Walaupun aku dah lalu jalan dalam, yang cilok2 taman, namun ak terpaksa juga lalu main road! Adohayyy… Sabar je time tu, bayangkan Jalan dr bandar sampai skudai sampailah Tol Skudai Jem Jugak! perghh perghh… hati panas je… Kalau aku lalu Hway Pasir Gudang confirm bertelo ak dalam kereta! haha… Paling tak boleh bla, kat Hway pun Jem!… Bayangkan biasanya 45 minit, tapi 2 jam 30 minit… Kul 8 malam baru aku sampai! iskh2… Sebab tu ak suka duduk Kampung!
Al kisah sehari sebelum ramadhan…
Terbuka~suka hati August 21st, 2009

Hari ni jumaat, esok dah mula puasa… Macam biasa sebelum pi solat jumaat kitorang akan lunch dulu sebelum pi solat jumaat…Tapi kali ni ada yang best sikit, ak namakan dia Muaz(bukan nama sebenar).. Al kisah, macam biasa kali ni pergi naik dua kereta, pi reramai…Termasuk Muaz, so aku bawak 4 orang… Kali ni bawak kerte ak sitam ngn kereta ajeez(bukan nama sebenar) sicil… selesai solat pas berdoa cm biasalah trus lincah, lagipun hujan renyai2… Ak lincah je masuk kereta, member2 yang naik dengan akupun dah masuk kereta… Masa nak gerak tu aku tak pulak nak pandang seat belakang, ak perasan cukup empat orang… KAmi pun bergeraklah… tatkala samapi dihadapan office, tiba2 phone aku bergetar… iskh Muaz ni… confir tanya pasal kunci office, getus hati aku…
” Halo babe… pehal” … tanya aku sambil berborak2 dengan nabil…
” ko kat mana?”… Tanya Muaz…
” Dah samapi office ler, apesal”… jawab aku relax, (tak sedo yang muaz TERcicir..haha)
dan dan tulah baru ak teringat yang aku telah TERcicirkan si Muaz… Astagfirullah al-azeem… haha…
Apa lagi lincah la pi amik dia kat mesjid… Nasib baik dekat… kiki…Si Ajeez(bukan nama sebenar) pon pi semula kemesjid nak ambil dia ( rupa-rupanya si ajeez ni balik semula ke masjid sebab nak cari henfon dia.. ingat tercicir dalam mesjid, rupanya kat seat kereta.. haha semFal mamat ni - sumber yang sangat2 boleh dipercayai-)…Sampai je punyalah ak cari, rupanya Muaz dok bawah pokok…iskh2..

wahai Muaz, maafkan daku yah… tiada unsur2 pedajal dalam hal ini…
… Apa2 pon selamat berpuasa & minta maaf ye wahai Muaz…
ukuwah ramadhan al-mubarak
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah August 20th, 2009
Subhanallah…Alhamdulillah…Berjumpa lagi kita dengan bulan kemuliaan iaitu Ramadhan…Bulan yang penuh barokah, bulan ibadah…Semoga kita sama-sama menambahkan ibadah…Sama-sama kita lawan tadarus…InshaAllah…

mana milik kita?
Ilmiah~ August 19th, 2009
siapa kita?
apa yang kita miliki?
tiada apa yang kita miliki… sedarlah…
Klik sini untuk mendengar -> sini ler.. yes disini… bijak2
Antara bait2 lagunya…
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
daku,kad pengenalan dan nenek kebayan…
Terbuka~suka hati August 19th, 2009
Yeszza… malam kelmarin ak dah semak online sama ada KP ak dah siap ke belum. so esok paginya boleh la ak ambil. Pagi-pagi sebelum pi office ak ambil kesempatan memanjangkan langkah ambil Kp ak. Setelah 11 tahun baru ak tukar. hehe cip dia dah patah, ak ingat cipsmore, tu yang ak gigit. haha. By da way, ak berpuas hati dengan service kat JPN Rengit. thumbs up! ad improement compare dengan 11 tahun lalu. yang bestnya boleh check online sama ada dah siap ke belum. Kalau 11 tahun lalu, asal nak tahu status siap kenalah datang. Lepas 2 or 3 bulan baru siap, lepas tu kalau tanya status, confirm muka nenek kebayan yang menjelma. huh! dalah duduk front counter, mukan nak macam nenek kebayan!. Tapi alhamdulillah… Semakin hari semakin baik dan bagus… so masa ak buat & ambil KP tu, tak jumpa pula nenek kebayan! haha… (pstttt… orang tu ada lagi ke?) entah…

Haa nilah KP baru ak… Nampak kemas dan berkilat la plastiknya, kalau yang lama, aku rasa dah macam apa tah…huhu… ni dah pegi modify kat kedai larn tuck arequo… Ok la service kedai ni… Harap-harap lepas ni polis@ JPJ @ badan-badan berkanun tak cari ak, sebab dah mengubah suai KP ak… haha… JPN buat dah cun, tapi macam biasalah, kita harus bagi cun ikut selera kita… katanya Malaysia Buleh! 1 Malaysia 1 Idea! Yeahhh
Turn Futsal bermaharajalela…
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 15th, 2009
Okay hari ni team futsal pula yang beradu tenaga serta kekuatan selain skill untuk memenangi RM 1000.00 hengget!
Khabar terbaru dari Pom-Pom gurl menyatakan bahawa ketewasan mengatasi segalanya! yeoll….
Aku tak dapat pegi la… Ada kerja for next monday!
Promo

PC fair 2009 di persada convention centre
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 15th, 2009
Pc fair kembali lagi, jom beramai-ramai mengunjunginya… macam-macam gadget dan pelbagai keperluan untuk Pc dan laptop anda!
Sebelum Festival Bowling tu, kami sempat singgah untuk usha-usha barangan atau apa-apa yang berkenan di hati.
So aku ungat nak angkat earfon tapi tak ada!
hampeh benar!… Nak angkat headfon besar sangat la… saja nak buat kerja sambil dengar lagu… erm tak apalah, cari kat kedai tayar je nanti.huhhu…. Usha punya usha so amik AV NOD 32 lah… 3 user… Aku, Majid & Topak…
Walaupun wabak H1N1 dikhabarkan sedang merebak, namun itu tidak menghalang para pengunjung untuk hadir! Namun tidak terlalu sesak, mungkin hari pertama… so tak ramai lagi kot…
Para pengunjung juga ada yang mengabaikan kesihatan! halop tolong la pakai mask! cam amoi bawah ni! bukan apa, kan ramai yang hadir dalam tu, dikhuatiri wabak semakin bebas merebak! UTAMAKAN KESIHATAN :D.

Gadis litar NOD 32… hehe…

Confirm nak beli!

So dapatlah mask… HEBAT! bukan virus maya sahaja dapat di perangi… malah H1N1 pun kita dilindungi oleh NOD 32! Mantop! ( di cop atas mask )
kami pun berusaha!
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati August 15th, 2009
Ya! kami pun turut berusaha… usaha cari port makan… lapar sangat. Korang gilah main dulu…

Aha! jumpa pun port makan-makan! yang penting halalan toyibba…

aku order cappuccino.. cambest je.. layankan tekak yang baru baik demam ni… huhu

Fareez order nasi lemak Jombali…. cam sedap…

Mr Fareez & En Nabil sedang stim menikmati minuman~~~

Zam makan nasi lemak rendang! oyo sedap nampaknya! eleh dia tak abis makan…. sedap ke?

ha aku order makan ni! cambest je dalam gambar… saje try.. nama dia Braised chicken cutlet rise!.. echeh sedap je nama… kalau aku bg nama nasi halia banjir… huhu… rasa halia… confirm berangin je pas tu… burpppp… kiki…
Siap makan jer kami trus naik keatas, agak-agak dah masuk game keberapa er… check it out!
Sekitar festival…
Terbuka~suka hati August 15th, 2009
Aku nak piala tu!!! cover line beb!
Peserta dan penyokong mementikang kesihatan! no H1N1…. ( mask di sponsor oleh NOD 32 )
Pembelot mendapatkan maklumat a.k.a Abe Kireel engineer ( jangan mara ye bang… lala)

Kamilah ” super estima man “… Disisi Kereta sponsor & En Nabil…

Apa??!! Kita tak dapat no-1? aaaaaa

Alamak beb! Ape kes? jangannnnnn!!!! i tak rela uuu…. wakakaka