minyak RON 95…sesuaikah untuk kereta anda?
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo September 3rd, 2009
Salam2 dan salam sejahtera sekalian…. Banyak kisah dan banyak review berkenaan minyak RON 95…. Adakah sesuai atau tidak secara teknikalnya… Susah untuk aku katakan… Namun bilamana kehendak dan keperluan menjadi satu… Minyak miliku ( ponti sunda mlm)… aku senang kata tak berapa paham pasal RON ni… RONda-RONda tu sangatlah aku tahu, walaubagaimanapun untuk kita RONda-RONda, kita memerlukan minyak… sudah pastinya YA! kecualilah anda naik beskal, becha cha cha, bas & teksi (tambang naik nanti), mahupun naik angin!… maka untuk lebih penjimatan terpaksalah guna minyak RON 95… 1.80 kalau tak silap. berbanding RON 97 rm 2.00+ eh?… Dalam hal ni boleh la mereviewkan di blog Majid.. buat apa aku nak revew kalau dah ada… kita kongsi-kongsi sahajalah… So aku cuma postingkan bejenis kereta dan kesesuaian bersama RON 95… kalau tak ada kereta anda dalam list, sila bagi tahu… Yang ni special sikit sebab kereta aku berkubang sama!….

haha… tak jelas ea? aku tahu… baiklah, dengan segala hormatnya sila download disini untuk semua jenis kereta….
Orang bertanya sebab lagi?
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo September 3rd, 2009

Ada orang bertanya kepadaku lagi. Ya semestinya inginkan sebab masakan mereka ingin bertanya. pertanyaanya bergini.
” dude kenapa ko buat blog? merepek je… poyo siot… bukan ada kejadah pun…”
Well… well… well… Aku tak marah pun pada member aku nih, Tak terlintas rasa kechil hati mahupun kecawa waima terguris tatkala persoalan itu diajukan… So aku tak anggap pertanyaan dia ni sebagai isu besar yang mengkehendakkan aku mengadakan sidang DUN di bawah kanopi bersama pemilik-pemilik blog yang lain… Mungkin dia ingin tahu rasionalnya penubuhan blog persendirian ini… Kita seharusnya berfikiran terbuka dan rasional dalam menangani isu ini… ini jawaban aku, pandangan aku, pendirian aku dan kata-kata aku… bukan apa, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku… so terpulanglah, kalau dah itu yang aku suka… kita mulakan sebab kenapa aku ada blog…
1.Sebab aku tak rasa benda ni menyusahkan sesiapa. ( Paris tumpang space sikit… )
2.Sebab aku boleh posting apa yang aku suka.
3.SebabtTak timbul berkenaan sebarang masalah.
4.Sebab blog persendirian biasanya adalah pandangan pemilik itu sendiri, mungkin juga di sokong oleh fakta2 yg soheh.
5.Sebab blog ni menjana idea, mentuntaskan minda, kenapa? ini kerana anda perlu untuk berfikir sebelum membuat sebarang posting.
6.Sebab menjadikan anda seorang yang peka terhadap sesuatu perkara. contohnya, berkenaan sesuatu issue…Adalah sesuatu yang baik lagi elok dan bermanafaat sekiranya ada sebahangian posting kita itu menjana pandangan serta cadangan yang dapat memberi manafaat.
7.Sebab berBlog ini adalah untuk melakukan perkongsian sebarang material mahupun item2.
8.Sebab masing-masing boleh mengExpressikan sebarang pengolahan Blog, sama ada dari segi posting, design dan sebagainya.
9.Sebab yang postitf banyak… Rasanya ini adalah cara terbaik meluahkan sebarang pandangan mahupun ketidakpuashatian berbanding anda menconteng arang di dinding bangunan.
10.Sebab poyo? itu adalah tidak releven sama sekali… Kiranya ada yang tidak suka corak posting atau penulisan sesuatu blog itu, adalah dengan mudahnya kamu tidak perlu mengunjungi blog tersebut… Itu adalah jalan terbaik berbanding menghamburkan kata2 comment yang mungkin melukai hati dan perasaan.
11.Sebab aku nak bersuka ria.
12.Sebab aku nak sama-sama merentasi anjakan masa dan zaman dan keadaan. Masekan anda ingin berkongsi pandangan dengan menampal poster sedangkan dengan berBlog adalah jalan yang amat mudah dan berkesan… ( Ali bin Abi Thalib( kalau tak silap, kalau silap tolong betulkan ) pernah berkata : Didiklah anakmu sesuai dengan zaman kehidupannyaya dan bukan dengan zaman kehidupanmu ).
Tah itu je yang dapat aku munttahkan dari lahar minda aku… ANDA BAGAI MANA? BLOG ANDA…ANDA YANG TENTUKAN….KALAU DAH ITU YANG ANDA SUKA…
sebab dia best!!!
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo September 3rd, 2009

Pernah tengok iklan kenapa saya suka rumah saya? mesti pernahkan? sebab dia best…
Sekarang ni jiwa aku kacau ( loan ayat majid )… Aku nak balik kampung weyhhh… sebab dia best… Ada yang tanya, kenapa aku kerap balik kampung… Aku pun tak tahu nak jawab macam mana… biasalalah aku ni seorang yang pemalu untuk berkata-kata.
( Hendaklah kamu berhenti berkata-kata tatkala khatib membaca khutbah, maka sia-sialah pahala jumaat mu walah berkata diam! sahaja pun kepada sahabatmu… maka dengarlah dengan diam dan taat, moga-moga kita mendapat rahmat )
Namun didalam ini, aku suka berkata-kata… narn nakkk!..
1. Sebab tu rumah aku. Bapak aku bagi kat aku. hahaha… ( kalau ikut faraidh, anak lelaki conqer banyak ) haha…
2.Sebab tak akan mengadap jam@kesesakan jalan.
3.Sebab aku rasa bebas sangat. Nak pusing-pusing ke, guling-guling kat laman ke, suka hati aku.
4.Sebab ada mak bapak aku.
5.Sebab aku selesa.
6.Sebab aku boleh merayap naik motor tanpa guna helmet! haha…
7.Sebab tak bising suasananya.
8.Sebab aku dapat makan masakan mak aku!
9.Sebab musabab.
10.Aku tak dapat show feel expression la. tak tahu nak kata macam mana. atenye…
11.Sebab aku dapat lepak2 dekat simpang dengan kengkawan.
12.Sebab buleh tengok mat rempit berembat dengan bebas.
13.Sebab aku dah 8 tahun duduk luar. Jemu dah menengok dunia luar. kalau dapat pi obersee tu aku nak.muahahah..
14.Sebab apa yek?
15.Sebab ada lagi sebab yang aku tak nak bagi tahu.
16.Sebab ada sebab aku tak dapat nak bagi tahu sebab aku pun taktau sebabnya.
Itulah sebab-sebabnya…Harapnya terjawablah pertanyaan-pertanyaan yang ada sebelum ni.aha bukan sebab ada aweks kat kampung yer.no no no.TQ
dan akhirnya…
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo September 3rd, 2009

Aha… Alhamdullilah, akhirnya hilanglah masalah yang menghantui diriku dua tiga hari ini… mengapa dan kenapa? Ya, aku dah siap format laptop aku… semua ini adalah kerana sifat cemburu dan iri hati dan juga ura-ura untuk condamn! kan aku… angkara si Virus yang memulakan konfrontasi menggangu aku… Namun kecekalan aku dan kengkawan dapatlah mengatasi kemelut ini… Ahahaha… yeszza… Ucapan terima kasih didedikasikan kepada Paris… bukan Paris Hilton… ni Paris baiek punya… hehe… kerana sudi membantu… Almaklum aku belum mencapai tahap dewa dalam mengexplorasi windows 7 ni… beliau berkesudian menDownoladkan material-material untuk kegunaan aku… Aku sungguh terharu atas kesudian beliau… Terima kaseyyyy…
p/s : Aku blur2 nie… mengapa entah… lol rupa-rupanya kaca mataku tertinggal di bilik air….