test

Kenapa?

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, memo September 8th, 2009

Kenapa kita dijadikan oleh Tuhan?

 

Adakah untuk menjadi hamba-Nya

 

Atau

 

Kita merubah Untuk menjadi hamba dunia?

 

Atau

 

Keadaan dunia yang mendesak kita?

 

Atau

 

Kita lupa ‘tugas’ kita yang sebenar?

 

 

Jawapanya tanyalah diri anda sendiri…

—————————————

Kadangkala kita lupa, itu merupakan ketidak sempurnaan manusia… Namun seharusnya kita berterus-terusan lupa? lupa akan tangungjawab? YA tanggungjawan terhadap-Nya… Terhadap diri kita sendiri… Ahh persetankan itu semua… Namun sejauhmana kita dapat lari? Dengan keesan-Nya, DIA berhak merubah segalanya… waima hati yang memberontak menafikan segala anugerahnya… Dengan izin-Nya hati yang memberontak itu menjadi layu… Layu dan tidak berdaya bilamana hatinya mula dititipkan hidayah… Manusia oh manusia… Kemana jangkauan ilmu tika ditimpa musibah? Kmu tewas dalam amarahmu… tewas laksana nakhoda nafsu bermaharajalela… Usah dikau banggakan dirimu itu… Pastinya hatimu akan terusik oleh keagungan-Nya…Bilamana itu berlaku… Kakimu yang gagah melangkah laksana pahlawan akan mengigil kelesuan… Tanganmu gagah menongkah awan yang tidah tergapai menjadi longlai… Matamu yang galak menjadi sayu… Oh alangkah tika itu baru dikau sedar bahawa dikaulah selemah-lemah kejadian… Tika itu baru diakau sedar… Namun belum terlewat… Sesungguhnya DIA yang bersifat AR-Rahman dan AR-Rahimm sentiasa membuka pintu taubat dan peluang untuk menginsafi perlakuan kita yang penuh nista dan noda….

Sempena Ramadan Al-Mubarak ini…  Sama-samalah kita menuju Kenikmatan mendampingi-Nya… DIA tidak menghalang kita untuk terus membajak dunia… Namun biarlah ia memberi simpulan ganjaran untuk bekalan kita disana… Waima kita bukanlah seorang yang sempurna… Namun DIA menilainya dengan amalanmu…

Berkata-kata semudah melampar bata… Melaksanakan sesukar melempar Permata… Tidak salah untuk mengajak bersama… Kerana ia menuju kejalan mulia….

 

munajat

 

Daku bukanlah sempurna, maafkan daku… Daku juga sama… Penuh kesilapan dan kelalaian… Namun bilamana tersedar dari lena… mengapa peluang itu tidak ku terus bangkitkan bersama-sama…



Comments

  1. 1
    fara
    September 11th, 2009 at 2:16 pm

    alhamdulillah.. insaf bace entri nie..
    sob..sob..

  2. 2
    admin
    September 11th, 2009 at 2:54 pm

    syukur… dalam gembira jangan dilupa akhirat di sana yang sedang menanti… entahkan esok atau lusa giliran kita…

Leave a Comment

blank