BROTHER BEAR!
Aktiviti sehat!, Lawak Sempal, Terbuka~suka hati, memo September 11th, 2009
Korang pernah tengok cerita brother bear tak? ala animasi kartun beruang tu… tak tahu? ha pi google… Nak tahu siapa suara di sebalik animasi tersebut? Tadaaaaaa!!!!!!!!!!

selama ni ia dirahsiakan… namun akhirnya terbongkar!
pemuda kategori warga emas perolehi lesen penuh setelah “terselamat” dari pihak berkuasa!
Ilmiah~, Lawak Sempal, Terbuka~suka hati, memo September 11th, 2009
TAMPOI, 9 SEPT . Ajaib! itulah kata-kata yang dapat diungkapkan terhadap seorang pemuda. Pemuda yang boleh ditemui di taman kemas itu menjelaskan perkara tersebut kepada wartawan bebas En.Majid (click ). Memang sesuatu yang agak menghairankan apabila beliau tidak pernah disaman oleh pihak berkuasa kerana tidak memiliki lesen memandu yang SAH. Beliau yang lebih selesa di panggil Abg JGP, mejelaskan bahawa beliau amat bersyukur walaupun kerapkali ditahan, dan dikenakan saman atas perkara yang tidak berkaitan dengan lesen!. Walaubagaimanpun setelah sekian lama menjadi “OTAI” jalanan, beliau mulai sedar akan kesilapan itu.Bak kata pepatah, ” BAGAIKAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI “, ini kerana beliau menyatakan bahawa tiap kali terlihat pekerja-pekerja membaiki jalan, beliau akan segera berasa seriau kerana khuatir itu adalah pihak berkuasa! waima ternampak kon! ( tau takot haha ) beliau juga sedar lambat laun tuah yang sering menyebelahi beliau mungkin akan membelakanginya di kemudian hari seperti bak kata pepatah, SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TIDAK PANDAI MELOMPAT… Dengan kuasa Allah S.W.T akhirnya beliau dengan rela hati mendapatkan lesen yang sah. Dengan berkat doa ibu serta usaha yang berpanjangan akhirnya beliau telah berjaya memperolehi lesen. Namun dugaan datang sekali lagi apabila beliau Terpaksa menampal ” P ” selama 2 tahun bagi menjadikan beliau sebagai pemegang lesen penuh. Dalam tempoh tersebut Beliau menerima banyak sokongan padu dari rakan-rakan sekerja walaupun terdapat kata-kata sinis dan kutukan dilemparkan terhadap beliau. Mungkin itulah berkat ” SABAR MEMBAWA BERKAT DAN KEJAYAAN “… Mungkin kata2 itulah yang mengentalkan hati beliau (yang sememangnya kental). Selain itu juga apa yang menghairankan adalah beliau dapat memiliki motorsikal dan kereta walaupun TIDAK mempunyai lesen!… Seharusnya pihak berkuasa lebih peka terhadap kes-kes terpencil seperti ini, bagi mengelakan statistik kecelakaan jalan raya. Selain itu terdapat usikan-usikan terhadap beliau atas perubahan fikzikal. Namun Saya mengambil tindakan tidak ambil port bagi mengelakkan sebarang tindakan oleh beliau diamana mungkin saya akan disaman atau dilemparkan dengan sebarang kutukan. Namun apa yang agak mengecewakan adalah pasukan kompang taman kemas tidak dapat menghadiri majlis penangalan ” P ” tersebut. Oleh kerana terlalu gembira makan beliau telah membuat lesen beliau bertahan sehingga 2014! wow!… tindakan bijak bagi warga emas kerana khuatir lupa. Sekian dari Berita Naqsyab.
——————————————————————————————————————————————————–
ATAS PERMINTAAN RAMAI SUATU PERTANDINGAN DIADAKAN!
PERTANDINGAN MENGESAN PERBEZAAN! CEPAT2! TAROKH TUTUP 1 SYAWAL! HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!
Al-Fatihah…
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo September 11th, 2009

Sedang aku, faris & Nabil ronda2 waktu lunch… tiba2 HP aku berdering… Terpapar nama makcik aku… segera aku jawab… di hujung talian terdengar esakan… ” Abg Hassan meninggal…”… aku terkedu… blur…. Sampai office jam 2 pm… aku duduk pandan skrin laptop… Dalam benak aku terlintas apakah itu benar?… Setelah 30 minit termenung aku segera balik… Abg Hassan sekeluarga bukanlah asing bagi aku dan mak cik aku… Mereka seumpama sebahagian dari Keluarga kami, susah senang saling membantu…
Sekalung Takziah untuk Kak Siti sekeluarga atas pemergian Tunjang keluarga. Al- Fatihah untuk Abg Hassan. Semoga Roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hambamu yang soleh. Semoga Allah S.W.t memberi kekuatan kepada keluarganya atas Pemergian beliau.
“Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi ”
Pastinya kita sedar bahawa kematian akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui rahsia yang telah termaktub sedari awal di Luh Mahfuz. Pastinya perjanjian itu telah dimetrai dan bilamana masanya telah tiba maka datanglah Izrail untuk mengambil hak yang perlu dipulangkan kepada-NYA…
Kita dicipta dengan kasih sayang, kita dijumput kerana DIA sayangkan kita, kita yang masih hidup harus meneruskan hidup. Kita masih berkesempatan untuk menggembur bejana amalan sebagai bekalan. Sekian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kematian…
Apakah yang anda ketahui berkenaan kematian?
Semestinya sesosok tubuh terbaring tanpa sebarang tindak balas hatta tindakan….
tanpa degupan jentera udara berdegupan…
Tanpa kerlingan sinis memantera penglihatan…
Pastikah kita akan temujanji pertarungan tanpa belas Malaikutul Maut Izrail…
Tiada guna tarikh berselingan ganti dinanti-nanti…
Kerana pastinya hadirnya di luar kemampuan penaksiraan minda kita…
Entahkan bila hadirnya membawa perkhabaran…
Mengembalikan kepada yang HAK dalam memiliki…
Percaturan Robbi…
Hadirnya tak tersangka…
Rahsia-Nya tetap rahsia…
perjanjian tetap berlangsung tanpa sebarang sorotan belas…
Gembira bagi mereka yang benar-benar berpejang pada JANJI-NYA…
Bagi kita bilakan pula?
Entah alpa sedetik meraggut ia dengan kehadiranya…
Apa yang kita galas atas gendongan bekalan?
Ringan bak kapas namun berbahagia….
berat bak permata namun berkongsi pula…
bukan sukar di jangka tetapi tak menyangka…
kita gendong milik kita masakan milik mereka…
itulah yang tak menyangka…
Kematian sentiasa memerhati ingin simpati pada amalan diri bukan kerana peribadi…
ada kita peduli?
Liuk lentok mudaku masakan goyah dek angin menggila…
Akarku berotot sasa bertenaga meranggut utuh….
Masakan aku akan tumbang…
Ah…
Lupakah kita Tatkala Tsunami menggila…
pastinya tidak bersiap siaga…
Jangan kau sangka…
Ku sambung lena tatkala mata ingin terbuka memandang syurga dunia…
Alangkah bahagianya bertambah nikmatnya arakian menjadi alpa dan lupa…
Pentas mu sudah masa ditutup menanti hukuman terlaksana…
NANTI!!! Berikan aku sehelai untuk ku palit sorotan pahala….
biar ku putihkan tiap lembar kain hitam itu…
berikan ku masa untuk itu….
lupakah kau?
perjanjian dunia abadi menanti syarat yang dikau perlu patuhi….
Buku latihan kematian belum penuh terisi namun terpaksa di beri…
Berdiri menanti menghitung hari yang bergandanya seperti bumi dan hati…
Tetesan sesalan masih dapat berempang…
Sekecil zarah tetapi DIA hisab…
Biarlah sedikit asalkan diberkatinya,
daripada banyak yang memudharatkan yang menempah bencana… dan itulah keikhlasan kerana-NYA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Ikhlas dari bingkisan hati yang sedar akan ketipisan imanya-
Kematian yang berlaku umpama isyarat kepada kita bahawa setinggi mana hita berada, kematian tetap setia menunggu giliranya.
Selagi masih ada kesempatan…
Premis makanan 1 malaysia!
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo September 11th, 2009
Aha bukan manusia sahaja yang perlu di 1-Malaysiakan. Malahan premis makanan juga seharusnya dijadikan sedemikian. Lihatlah kami sebagai pelopornya. muhahaha…
Picha-picha ni aku snap masa nak bebuka puasa. Kenap entah tetiba mengidam makan spagetti pizza la pulak… so decide last minutes, terus lincah walaupun terpaksa berbalah sesama kami… sebab nak pi booking… last2 semua gi sama… Namun agak mengecewakan apabila port-port dalam pizza semua dah penuh! plan ingat nak berbuka kat office.. open kat meja meeting… tapi malas la pulak, so usha2 Abang Zam yang kerja kat KFC, last2 dapat. Zam ada abang rupanya…kantoi dah, walaupun Zam berpura2 tidak mengenalinya namun paras rupanya tetapi menyamai… Jangan marah zam puasa2 ni!…
So mengePort la kat KFC walau makanannya pizza… oleh kerana tak nak mengecilkan hati pengusaha KFC tu, maka kami membeli air penghilang dahaga agar dapat menambat hati selain menghidarkan dari berlaku kekecilan hati mereka…muhahaha..

Majid kekenyangan melantak & En Kamil menikmati setiap inci sedutan fun float KFC

Keletihan selepas berjuang menyumbat perot dengan pizza dan semua makanan… nafus oh nafsu…

Inilah Makanan 1 Malaysia… dibawah sayu bumbung ( dok terpaksa sebab tak ada port nak duduk! Nasib baik ada abg zam kerja situ… boleh kaw team!)

Tang ni waktu menunggu waktu berbuka… Ya Allah kenapa hari ini lambat sangat masuk berbuka erk… Makan… Makan… ( Pelangan KFC dok memandang sebab kami membawa pizza dalam premis KFC… mereka khuatir berlaku perbalahan antara kedua-dua pengusaha tersebut….)

Azizan memerhatikan aweks2 cun kat luar… dia habaq stok pahala dia ri tu penuh lagi…. qeh2…

Aku, paris & zam ( Abg zam kerja kat situ )
