Selamat pengantin baru buat Aisyah & Hadi.
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati October 9th, 2009
Kesempatan pada hari ahad lepas ( 04.10.2009 ) untuk meraikan majlis perkahwinan Aisyah (mysys) & hadi (mysys). Sekalung tahniah di ucapkan kepada pasangan mempelai, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, juga semoga murah rezeki atas nikmat perkhwinan dengan kurniaan permata hati. SELAMAT PENGANTIN BARU…

Ambil seri pengantin, kami bujang lagi… hehe… Sempat dihadiri oleh (dari kiri) Fareez, Aziz, zam, Aisyah ( pengantin ), aku & zizan… ( bila pulak turn aku? lalala…)

Sempat bergambar dengan Pengantin lelaki… Alang-alang dah sampai, kami terjah ke rumah sebelah… Segak bergaya nampaknya dia….

Hadi agak gugup ketika ini, ngeh2… Ada soalan2 nakal & usikan yang membuatkan dai bertambah gugup…
Namun apa-apa pun thaniah diucapkan.. Semoga berbahagia & bersabar menghadapi sebarang dugaan berumahtangga…
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).