Selamat pengantin baru buat Aisyah & Hadi.
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati October 9th, 2009
Kesempatan pada hari ahad lepas ( 04.10.2009 ) untuk meraikan majlis perkahwinan Aisyah (mysys) & hadi (mysys). Sekalung tahniah di ucapkan kepada pasangan mempelai, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, juga semoga murah rezeki atas nikmat perkhwinan dengan kurniaan permata hati. SELAMAT PENGANTIN BARU…

Ambil seri pengantin, kami bujang lagi… hehe… Sempat dihadiri oleh (dari kiri) Fareez, Aziz, zam, Aisyah ( pengantin ), aku & zizan… ( bila pulak turn aku? lalala…)

Sempat bergambar dengan Pengantin lelaki… Alang-alang dah sampai, kami terjah ke rumah sebelah… Segak bergaya nampaknya dia….

Hadi agak gugup ketika ini, ngeh2… Ada soalan2 nakal & usikan yang membuatkan dai bertambah gugup…
Namun apa-apa pun thaniah diucapkan.. Semoga berbahagia & bersabar menghadapi sebarang dugaan berumahtangga…
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).
Gempa bumi di Indonesia…
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo October 8th, 2009

Takziah kepada Indonesia yang dilanda gempa bumi… Semoga rakyat2nya lebih tabah… Kepada pejunang2 yang ingin menyerang Malasysia itu adalah lebih baik kerhan tenaga anda dan sumber kewangan anda di salurkan untuk membantu saudara-saudara kamu, berbanding membuat demonstrasi menganyang Malaysia… Alangkah baiknya hati rakyat2 Malaysia dan Kerajaan Malaysia yang memberikan bantuan segera Waima anggota ATM di baling batu…
Psssttt : Dalam banyak2 hal semasa gempa tu, aku nak tergelak pasal S.B.Y, short untuk susilo banbang youdontknow… rakyat dia mengelarkan SBY sebagai ” SELALU BENCANA YA”. Muhahaha
lambat update…
Terbuka~suka hati October 8th, 2009
Haha kisah dah berlalu baru aku update… Agak lama aku tak update, dari sebelum raya samapailah la ni… Tah kenapa malas menjadi2 dengan kit-kat… muhahaha… Banyak kerja sejak dua menjak ni, tu yang rasa tak menyempat aja… haha…
Rabbani : Nostalgia Nada Murni 2008.
Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Lagu, Terbuka~suka hati, iman & amal October 8th, 2009

Kesempatan aku merayap2 kat giant tanjung Agas hari tu, menemukan aku dengan CD Rabbani… tah tergerak nak beli, so on jelah… Sekali sekali bagi lah soul kita makanan yang sesuai… Bukan tu sahaja, boleh la ia jadi meneman aku dalam kereta masa aku drive, rega dia ok lah RM 24.90… Kot2 boleh menerbitkan rasa keinsafan… :D… Lagunya okay2 la, dulu aku ada dengar yang kumpulan asal nyanyi, tapi agak kabur2 la, sebab dalama, tu yg bila jumpa aku amik… Kalau di ikut telinga aku, semua muzik aku dengar, kecuali dangdut! Tak boleh belah.. haha… Dalam tu ada 10 Track..
01. Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati
02. Rabbani - Ibu Mithali
03. Rabbani & Ustaz Amal - Al-Hijrah
04. Rabbani - Sunnah Berjuang
05. Rabbani - Sifat 20
06. Rabbani - Nun Di Sana
07. Rabbani - Indahnya Hidup Bersama Ilahi
08. Rabbani - Mana Milik Kita
09. Rabbani - Jasa Petani
10. Rabbani & Ustaz Amal - Ayyu Zikraa
Kalau sesiapa yang satu opis dengan aku nak cuba2 dengar silakan lah access network aku.( \\naqsyab-pc\rabbani ) . Tapi yang online aku tak upload pun… hehe..
Sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri a.k.a Vokalis kumpulan ni…
mini open house di Muar…
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, raya2009 October 8th, 2009
Sempena syawal ni, aku buat mini open house… bersama-sama satff data translation aku kat Muar… Apa salahnya kita berkongsi rezeki sambil ertkan persaudaraan, lagipun kalau aku buat open house kat Kmpung pun belum tentu dierang ni datang, so aku buat mini punya… Lokasi KFC giant Tanjung Agas… simple2 je… Lagipun aku tak sempat punya nak pergi beraya rumah diorang ni… Jauh beb…

Selamat datang, Jemput makan..

Yang hujung tu terlentok kekenyangan agaknya… haha

lepas makan mengantuk pulak…

Wah tersengih bakal pengantin tu… haha
~~~~
Ajiem balik Penang!
Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, raya2009 October 8th, 2009
Hoho Raya ke-5 ajim dah balik Penang… Mula-mula samapi kampung punyalah sombong, aku agah2 nak dokong dia tak mahu, dah nak balik baru mengendeng2 dengan aku… haha, nasib abik ko sorang je anak sedara aku, kalau tak memg aku bolayan la… haha sungguh kejam… Tapi aku tak boleh blah dengan perangai dia, mula2 samapi kampung relaks je cm tak ada apa2… masuk hari kedua dia dok usha2 tangga nak panjat… Masa raya lagi la, dia kemas rumah atok dia… kuih2 pantang di tingalkan, confirm dia terbalikkan… lepas tu buat muka seposen… Berat dia boleh tahan la… 15 Kilo…huh beras sekampit lagi ringan, abis sendi2 aku sakit lepas dokong dia… Dia skang suka gigit2 & cakar2… haha asal boleh je… meja tu nasib baik keras… kalau setakat calar balar badan aku tu stended la… kuku dia bak rimau muda… Nasib baik ko budak lagi, kalau tak aku cakr ko jugak… hahaha, kejam sungguh…

Badi je pandang aku… memula sampai sombong giler mamat ni… haha dia msih ingat akumarah dia sebab koyakan majalah aku la tu…hahaha kejam sungguh…

Punyalah erat dia peluk aku, memula sampai jangan harap la nak dekat dengan aku… haha

Sedang cuba untuk berdiri.. haha jalan terkedek2 cam orang mabuk todi..

Dengan automatik dia naik kat pangku aku… pastu buat muka seposen tak bersalah… haha

Kalau nampak gambar baby atau gambar dia sendiri dia akan ” ummmah “… cium ler..

NI tengah tunggu bas kat Larkin, aku dah penat dokong dia pusing terminal tu, tak moh lepas… perghh lenguh siot.. Tu buat muka tak puas hati lah tu… haha

Dapat snapp time dia senyum…

Bijak… kalau dengar azan atau zikir dia diam sambil goyang2, looklike cm berzikir jugak… Bgus, bijak2…

Amik nih ummmah dr pakcik ko… erm rasa seronok sangat bila ajim balik, rasa best layan budak2 kecik ni… Ahaha nak tunggu aku ada anak sendiri lama lagi, aku tumpangkan kasih sayang aku kat kolah ye jiem…
~~~~
Raya Disana Sini : Kawan on9
Terbuka~suka hati October 8th, 2009
Raya ke-4 kawan-kawan aku plan nak datang rumah aku, so aku sipkanlah apa-apa yang patut tuk dimakan… Tunggu punya tunggu apesal la lambat sangat!… Aku ingat dalam 15 minit aje dari Rejo Sari tu… Lepas tu aku call, rupa-rupanya si Pecel sebagai pemandu arah sudah ilang arah tujuan walaupun sebelum tu dia pernah pegi rumah aku 3-4 kali. huh tak guna punya budak… haha…

Kalau mamat baju belang hijau tu confirm korang kenal Itulah Mr topakun… tengah kojang ( short name untuk kon… panjang… muhaha, jangan marah jang) yang mamat cine tu acong @apek @amir dak mysys kat T.Park.

ha mamat baju putih tulah Pechal yang jadi pemandu pelancong tapi sesat! memg sesuai la nick kat univ dulu “server down”.. Baju biru si najir, si poyo… skunk dah pandai pakai Jeans.. muhaha… MPP UiTM S.Alam yang amat busuk ati terhadap aku..haha…

Sempat jugak pekena seframe dua…

Yang huruf N tu aku.. hebat tak..muhahah ni frame 1st.

Second frame aku banyak melongkangkan diri akibat gelakkan orang… muhahaha

Ni lokasi selepas membolingkan diri…umah pakcik topak..

EX-UiTM Pahang…
Sesi beraya diteruskan ke parit Yaani, tapi si ajir ngn Pechal salah jalan terus je dia balik rumah.. huh Ikut kepala si Pechal memg habis.. haha… So samapi rumah Aza agak lewat…
Apa-apa pun TQ kepada kaengkawan yang sudi datang rumah aku…
Raya Disana Sini : Baraan…
Terbuka~suka hati October 8th, 2009
Apa itu bara’an? bara’an tu adalah Marhaban… Aktiviti yang sangat murni semasa syawal… Biasanya aktiviti ini dijalankan pada hari raya kedua… Namun sejak beberapa tahun yang lepas… aktiviti ini terpaksa dilanjutkan selama dua hari, iaitu raya kedua & ketiga… Ini kerana kuantiti rumah di Kampung aku semakin bertambah… anggaran 60-70 buah… fuhhh boroi perut kalau lenjan satu hari… Maka kata sepakat telah di ambil maka, ia dijalankan selama dua hari… macam biasa lah, Kalau bara’an ni tidak ada por-poran ( ekzos tembak bulan ) memg tak sah… memang berseri lah.. walaupun bunyinya memecah kebingitan dan boleh mendatangkan marah… Alah lex la pakcik macik semua… raya sekali je setahun…. lepas memekak barulah minta maaf :p…. Namun yang paling best sekali adalah, semua umat2 kampung aku akan berkumpul… maka ramailah kelihatan walaupun sekali setahun… So yang menyertai dalam anggaran 40 ++ orang… Termasuk tua muda muda mudi, anak2 kecil besar…. muafakat namanya… apa2 pun memang best… ok picha time!

Plat edisi raya… jangan tiru ye adik2… ni sempena raya sahaja… WELCOME TO KAMPUNG SUNGAI BAGAN…. Raya tahun lepas Polis rengit siap cari… Tak pelah ni edisi raya… ok what…

Ni pose selepas bara’an raya kedua… Melepakkan diri di simpang jalan sambil beramah mesra… :p

Sesi bakar membakar… sempat lagi nak bermbat dak2 ni… hoho lepaskan gian ker… hehe

Tengah panaskan line….

haha.. dia ni muslim ye, jangan salah faham…. dia ske sangat se tu pas menang fight dengan RXZ kampung sebelah…

Nilah yang menang… giler raya2 berembat… dalah jalan busy…

Ni tengah kat rumah Cik Pandi… Kat sini kena sekolahkan sikit la… tapi ok lah nasihat dia tu.. ingat tu ye adik2… haha kitorang dah lepas….

Bersembang-sembang dengan bakal Ustaz.. Ustaz Elias…

Makan jangan tak makan…Rasanya banyak berborak dari makan…

Ni lepas ber marhabanan kat rumah aku…
Haha raya tahun ni aku dapat RM 8.00 hengget je… oK what… ingat tak dapat langsung… muhahaha
Raya Disana Sini : 1 Syawal!
Terbuka~suka hati October 7th, 2009
SELAMAT HARI RAYA!!!
Aha aktiviti pagi raya adalah sembahyang rayalah! kendian pi kuboq sedekhkan Fatehah kepada Atoq2 aku, pakcik n makcik yang dah kembali kerhmatullah…
Lepas tu barulah berrenuion kat umah nenek aku… Kali ni semua balik kg, Ajim sampai kampung pagi raya! aha dah beso ko skunk yeh! ahaha kena jajanlah dengan aku!
Cakap banyak tak best…aku bubuh picha sajo…

Orang sibuk nak raya, si Ajim sibuk pelok Gapil ni la pulak…

Aha Ajeem dah siap pakai baju raya!

my beloved pamili!

Jalan terkedek-kedek… baju lagi besho dari orang… haha ajiemm

Dalam banyak2 aksi dia ni… nilah yang aku tak boleh tahan… haha… ” ibu2″

Adeish apa pose la yang ko buat ni jiem… berlatih nak pow duet raya aku la tu…

Sesi maaf bermaafan… ” Pak iea jalu nglapuro, salah silape.. halakea pangan minumea……” itu yang aku dengo…

Terkedek2.. masuk gear berapa ni jiem! punyalah sia seronok kasut dia bunyi tot2.. haha

senyum jiem!… iskh2 punyalah kuat dia gengam duet raya tu… saba bro… haha

me & muhammad hazim fauzan…

me wift my sista & ajiem..

ampunkan aku mak…

maafkan aku pak….