Archive for November 28th, 2009

gurindam dunia oh dunia…

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

2cf65a3a-f7c9-4ac4-922f-433975ad3f3b

Dunia oh dunia…

Dunia ni ladang mengumpul amalan…

Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…

Untuk dijadikan sebagai teman…

agar bahagia dan aman…

 

Dunia oh dunia…

Disini diuji dan dicoba…

sejauh mana kita menghadapinya…

Allah tahu kemampuan kita…

Kita memilih jalanya atau sebaliknya…

 

Dunia oh dunia…

Banyak sungguh pancarobanya…

Dalam ujian dan nafsu sengketa…

telah di beri atau kita sengaja mencarinya…

Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…

kerana itulah diri kita…

Read the rest of this entry »

salam eidul-adha….

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

Assalmulaikum W.B.T… salam eidul-adha kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia… Selamat juga kepada para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji… semoga memperoleh haji yang mabrur… Syukur kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik… tidak seperti tahun sebelumnya… Alhamdulillah…

Sinonim dengan kisah Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya Ismail… maka sambutan eidul-adha kini di zahirkan dengan menyembelih haiwan qurban… ( Tak semua haiwan dikategorikan sebagai haiwan korban… terdapat syarat yang perlu di ikuti)…

Provokasi dari syaiton untuk menghalang niat Nabi Ibrahim ketika itu kini terzahir dengan lontaran Jamrah…  syukurlah kini ibadah itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengan usaha kerajaan arab saudi yang membina kompleks 5 tingkat untuk melontar… amat wajar kerana setiap tahun bilangan jemaah semakin bertambah…. Insyallah insiden rempuhan tidak berulang lagi… Ditambah pengurusan LUTH dalam mengurus masa bg jemaah Malaysia untuk melontar dilakukan dalam waktu kurang sesak…

Kesah terdahulu memaparkan pengorbanan… pengorbanan terhadap agama.. bagaimana kita? sangup berkorban atau terkorban? bersama kita bermuhasabah (Terutama diri aku)… apa yang telah kita korbankan atau apakah kita telah terkorban? adakah kita masih mendewa2kan nafsu nafsi dalam kehidupan… Adakah roh pengorbanan terhadap keimanan dalam diri kita masih menghijau… jawapnnya ada pada diri kita…

Adakah kita berkorban untuk menunaikan solat atau mengorbankan solat kita untuk kemewahan dunia? MasyaAllah begitu rapuh iman kita… Definisi korban pada masa kini mungkin berbeza dengan zaman terdahulu… dahulu demi islam dan iman mereka sanggup berkorban waima terpaksa mengorbankan nyawa…. sungguh indah nikmat kekentalam iman mereka… mampukah kita memiliki kekentalan iman seperti itu…

Masa kini berkorban demi cinta… cinta pada Allah? tidak, cinta pada kekasih… sangup berkorban menyerahkan mahkota diri… sehingga membenihkan insan yang bakal dikorbankan… ya pembuangan bayi… 

berkorban menjaga ibu bapa atau mengorbankan ibu bapa tersebut dengan meninggalkan mereka di rumah kebajikan.. itulah senario hari ini… memang tidak dapat dinafikan hari ini…

dan akhirnya kita tanya pada diri kita… berada pada tahap mana pengorbanan kita… pengorbanan terhadap Agama Islam, pengorbanan terhadap perintah Allah S.W.T, pengorbanan terhadap ibu bapa, pengorbanan terhadap diri sendiri, pengorbanan terhadap sesama umat Islam… hanya diri kita yang mempunyai jawapannya…

Sekian.

 

 

blank