gurindam dunia oh dunia…

2cf65a3a-f7c9-4ac4-922f-433975ad3f3b

Dunia oh dunia…

Dunia ni ladang mengumpul amalan…

Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…

Untuk dijadikan sebagai teman…

agar bahagia dan aman…

 

Dunia oh dunia…

Disini diuji dan dicoba…

sejauh mana kita menghadapinya…

Allah tahu kemampuan kita…

Kita memilih jalanya atau sebaliknya…

 

Dunia oh dunia…

Banyak sungguh pancarobanya…

Dalam ujian dan nafsu sengketa…

telah di beri atau kita sengaja mencarinya…

Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…

kerana itulah diri kita…

 

Dunia oh dunia…

Semakin hari semakin tua…

Semakin hari semakin binasa…

angkara manusia yang kononya saksama…

habis semua ternoda olehnya…

 

Dunia oh dunia…

Daku dah penat menghadapinya…

Aku lemah menghadapinya…

Aku bukanlah insan Istimewa bak Rasulullah tercinta…

Ingin aku bertemumu Disana…

tapi aku selalu terleka kerana dunia…

layakkah aku diakui umatnya…

Sekadar mengaku dibibir sahaja…

Tingkah sunnahmu aku bersahaja…

Teruknya daku sebagai umatmu…

 

Dunia oh dunia…

aku diam dikata berbicara…

aku berkata dihukum durjana…

aku tunduk tertanya-tanya…

aku lupa dikata sengaja…

aku memuji dikata menginaya..

aku berdiri dikata menari…

aku berusaha dikata berpura-pura…

aku bertanya dikata menggoda…

aku tunduk lagi tertanya-tanya…

apakah aku hilang rasa empunya?

 

dunia oh dunia…

duniakah kejam atau penghuninya…

tiada kuasa selalu dihina…

gembira dikata sudah lupa…

seronok dikata melupa…

kita diluka pura-pura lupa…

kita diburuk sangka sangatlah suka…

jatuh tersungkur kita dihukumnya…

bukan di ingat apa dilakukannya…

 

dunia oh dunia…

bukan niat mencaci menghina…

tapi itulah natijahnya…

diam merana berkata pula sebaliknya…

bukan aku penghukum dunia…

 

dunia oh dunia…

aku sedih menyaksikannya…

kerana aku telah jadi mangsa…

kerna kutahu aku bukan sempurna…

kena tabah menghadapinya…

 

dunia oh dunia…

jangan aku diasyikan terpesona…

dengan dosa yang menggila…

luntur imanku akan tergoda…

aku taku sengsara di akhirat sana…

 

dunia oh dunia…

penghunianya lancang berbicara…

menuding jari aku tempias mengeninya…

bukan buruk dan salah sangka…

itu jelas mengenainya…

 

dunia oh dunia…

ada hati yang terluka…

oleh mereka yang sengaja…

tapi aku tetap padaNYA…

kerna dia memiliki segalanya…

 

dunia oh dunia…

Bilakah akan dijemput kedunia sana…

Takut menggunung dosa didunia…

Apakah mungkin mudah bagiku Disana…

Aku sering tertanya-tanya apakah amalan ku diterima…

 

Dunia oh dunia…

Cukuplah aku tidak mahu lagi terleka…

Abaikan kata-kata pekakkan telinga…

Tiada manusia yang sempurna…

Pastinya ada yang merana…

Bukan niatku untuk  pangkat dan harta…

Kerana aku hanya berusaha…

Salahkah aku menikmatinya…

Kerna kutahu hanya sementara…

Janganlah aku sampai terleka…

Dampingilah daku dengan iman bercahaya…

Aku takut seksaan disana…

Kerana aku bukan sempurna…

Melaksanakan segala dengan sempurna…

Pastinya ada cacat dan cela…

Maafkan aku pada yang terluka…

Kerana aku hanya berusaha…

 

Dunia oh dunia…

Akan ku tingalkan untuk selamanya…

Jangan kerna dunia aku terseksa disana…

Maafkan aku halalkan semuanya…

Khuatir dipersoal diakhirat sana…

 

Dunia oh dunia…

 

 

ahad 0159am… dari hati yang dimiliki oleh Empunya (Allah S.W.T)

 

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: