Berilah sedikit ruang di hati kita untuknya.

Hari berganti hari. Masa menjarakkan usia. Tahun bersilih ganti. Itulah natijah kehidupan ini. Antara sedar dalam kehidupan nyata mahupun fantasi kehidupan ciptaan sendiri. Usah menuding jari telunjuk menyatakan kesalahan, yang pastinya ia kembali menyalhkan diri kita sendiri bilamana satu tudingan dibalas dengan empat tudingan kesalahan. Itulah yang berlaku kepada diri kita tidak terkecuali aku.

 

Kesibukan melayan kerenah dunia membuatkan aku alpa. Ya alpa mengejar kehendak dan keperluan hidup waima tuntutan pengabdian terhadap yang Esa tetap terlaksana. Termanggu seketika, berapa banyak bejana amalan sudah di kumpul? Cukupkah menjadi pemberat timbangan di ’sana’ kelak?

 

 

Aku tersedar yang kini telah memasuki Tahun 2010, ya tahun seterusnya selepas 2009. Ini bermula pada pagi kelamarin setelah selesai solat subuh. Untuk bersiap ke tempat kerja masih ada 2 jam. Ah lama lagi ni. Sempat untuk aku menikmati secawan kopi panas beserta jemput-jemput ( cekodok ) yang di siapkan mak cik ku. Melirik mataku kearah jam dinding sekali lagi. 6.35 pagi.

 

Siaran tv9 menarik perhatian aku. Sementelaah itu aku tukar-tukar siaran, tiada yang menarik perhatian aku selain rancangan ceramah di TV9. Ustaz yang menyampaikan tidak aku kenali. Namun tajuk cermahnya menarik perhatian aku… TAUBAT.

 

6 patah perkataan, mudah, ringkas namun berat untuk diungkpkan oleh hati nurani. Butir bicaranya cukup jelas, menyedarkan aku yang kini telah memasuki tahun 2010, bermaksud bertambah lagi usia secara tidak langsung memendekkan hayat hidup. Kini hampir ke penghujung Januari. Banyak yang dah dilalui dalam kehidupan. Perubahan tahun seolah-olah tidak terkesan dihati.

 

Sedangkan blog bicara kosong ini pun sukar untuk aku kemaskini, sedangkan ia mudah dan cepat. Agak lama aku tinggalkan disebabkan kesibukan kerja dan masa yang hilang entah kemana. Di sebabkan itu terlintas di hati untuk mengingatkan diri dan rakan. Entah bila kita bakal di panggil untuk mengadapnya. Yang pastinya hati ini tersentuh, bagaimana nanti untuk menghadap bagi mempersembahkan hasil ’kutipan’ didunia? Cukupkah? Mudahkah urusan kelak? … Aduh gusarnya hati. Biar setipis mana iman di hati, biarkan ia diseliputi kegerunan untuk menghadapNYA.

 

Rentetan hati pastinya hanya untuk melapangkan dengan kata-kata ” Ala aku bukan baik macam dia”.. ” Ala dia boleh la nak itu ini, masa banyak dan hidup mudah” dan banyak lagi lencongan kata-kata untuk menyedapakan hati. Namun apa yang pasti semua itu telah diberi kemudahan olehNYA.

 

Perbandingan amalan tidak seharusnya di ukur dengan mereka yang kurang amalanya. Tetapi bandingkan dengan mereka yang kuat amalanya. Maka akan timbullah keinsafan. Jika tidak, maka kita akan berada di zon selesa sedangkan ’disana’ kelak terseksa. Jadi tidak salah untuk menjadikan seorang ustaz itu sebagai idola. Namun usah terlalu taksub, sebaliknya jadikan kegigihan mereka dalam beramal menjadi contoh dan perangsang bagi mendekatkan diri kepadaNYA.

 

Sebaliknya dalam menikmati kemewahan kehidupan pula, seharusnya kita membandingkan diri kita dengan mereka yang kurang berkemampuan. Disini akan tibul keinsafan dan nikmat kesyukuran. Bahawasanya walupun kita kurang mewah namun dapat hidup selesa dan dapat memenuhi kehendak kehidupan jika dibandingkan dengan yang kurang berkemampuan. Sementelaah itu sekiranya kita membandingan kemewahan yang melangit maka yang pastinya ia tidak akan memuaskan hati kita dan dikhuatiri kita kufur nikmat dimana tidak mensyukuri dengan apa yang ada.

 

Suatu konsep yang mudah namun kita sering leka dan alpa, termasuklah diri aku. Maka dari itu sama-samalah kita meningkatkan amalan dan panjatkan kesyukuran atas nikmat hidup ini.

 

Hayatilah lirik ini :

 

” Biarlah sedikit asalkan diberkatinya, daripada banyak yang memudaratkan…”

 

Sekian…

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: