Blog mempersenda sultan aku?
memo January 25th, 2010
Cakap banyak tak guna la… Berani buat berani tanggung la… Rasa-rasanya ada telo ke idak makhluk ni… lol entah2 jantan entah2 betina…
Punyalah semangat aku nak tengok betapa hebatnya dia mengutuk Kemangkatan Sultan aku. Sekali dia dah remove la pulak entry dia.. wakakaka pengecut!

Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak tulis dalam blog leh remove!
Kenapa remove posting tu?… Kononnya sebagai tanda sesalan? Haram J betullah.. goyang ke? wakakaka… Kalau dulu terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata? jangan terasa… namun up sikit sebab moden so ubah jadi macam ni Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak tulis dalam blog leh remove!… Walau macam mana sekalipun… kesan dan akibatnya tetap sama bak kerana pulut badan binasa…
Dan dia meminta maaf atas ketelanjurannya… sesuatu yang amat baik dan dituntut oleh Agama, biarlah apa yang dia janjikan untuk berubah itu menjadi kenyataan…


Belajar Untuk Hormati Orang…
Aku tak paham dan aku pelik kenapa ada makhluk2 spisis macam ni. Even kalaupun bukan sultan engko, Blajarlah hormat ye.
Macam mana panjang majlis pemakaman tu, susah macam mana pun sekalipun, aku percaya bahawa si pengecut ni tak ada kaitan dan tak menitiskan setitik peluh pun untuk bersusah payah. Ye tak?
Penasihat MAIJ Dato’ Nooh Gadut pun siap berjaga malam untuk menyumbangkan bakti Kepada Al Marhum buat kali terakhir. Walau pada hakikatnya ada Dato Tahrir sebagai Mufti. Semasa pembacaan talkin juga Dato’ Nooh Gadut mengetuai majlis, Dato’ Tahrir tetapi ada disamping. Mungkin inilah Peluang Dato Nooh Gadut untuk berkhidmat, dan semestinya ada sentimental value antara beliau dan Almarhum…
Nampak perbezaan antara mereka yang jahil ilmu agama… Seorang mufti dan sorang blogger yang pengecut. Dalam islam pun ada ajar menghormati Jenazah. Cakap banyak tak guna, kecualilah si pengecut ni ponteng kelas pendidikan islam… opsss mungkin juga dia ni non muslim so mungkin dia skip kelas sivik peralihan…
Kalau dilihat dari blog makhluk ni menunjukkan identiti politik dalam negara ni… kenapa tak selari yek dengan identiti politik tu? … Maaf aku tak berminat pasal politik korang pilah tengok ye… sini si takde telo…
Jika Sebaliknya Di Pihak Anda…
Mungkin ada yang masih mempertikaikan perihal penghormatan yang berlangsung…contohnya seperti ni -
” Ah boleh la, dia Sultan, kerabat… Memanglah banyak protokol… Nak itu ini…” -
Okay kita keluar sedikit pemikiran sebagai rakyat jelata… Mungkin ada yang dungu dan tidak dapat menerima perkara sedemikian, maka saya bawakan contoh yang mudah…
Pada suatu hari Ibu anda meninggal dunia. Sampailah masa untuk proses2 pemandian, kaffan, solat dan kebumi. Kalau diikutkan hendak dikebumi jam 10 pagi, memandangkan adik beradik anda belum balik kerana masing2 tinggal jauh. Maka berpinda masa kebumi kepada selepas Asar.
Dalam pada menunggu itu, terdengar suara2 sinis dan sindiran dari orang keliling. contohnya spt :
- ” Aduh lambat betullah anak2 dia ni nak balik. leceh”
- ” Aduhai aku banyak kerja ni, ni dah kena standby kat rumah mayat ni la pulak “
- ” Hidup susah, dah mati pun susah.. Dalah dulu kat kampun belagak makcik ni ”
Sekarang bayangkan ia di tempat anda… Si mati tidak akan mendengar… Tetapi Waris yang mendengar akan terasa hati… Rasa2 ape perasaan yang dirasai oleh si waris? gembirakah? ha fikir lah..
Begitulah juga dalam halnya kisah yang berlaku… Seorang Blogger pengecut yang mungkin sebatang kara tidak mempunyi ahli keluarga mahupun waris… sebab tu dia menulis sedemikian rupa… Jagalah perasaan si waris, mungkin kamu2 akan sedar bilamana ia berlaku pada diri anda sendiri…
So, belajarlah menghormati orang lain…
January 25th, 2010 at 2:35 am
aku vote artikel nie 5 bintang..sebab menyentuh jiwa..penulisan yang baik..tidak sepeti selalu..:))
January 25th, 2010 at 2:43 am
TQ… Ada perkara boleh consider dan ada perkara yang aku tak… lebih la nak hina2 ni…
January 27th, 2010 at 9:51 am
Aku pon tak puas ati dengan tindakan AT tu.. Klu aku mmg susah dimaafkan sebab aku dilahirkan di Johor. Kite tak perlu bangkitkan keburukan orang yang tiada.
January 27th, 2010 at 11:59 pm
Tulisan yang bagus
April 10th, 2010 at 2:28 pm
This is a very intriguing post, I was looking for this information. Just so you know I located your website when I was searching for blogs like mine, so please check out my site sometime and leave me a comment to let me know what you think.