test

19576_104840419539967_100000420294995_123948_5974660_n

 

 

Hari kekasih atau lebih glem di panggil Valentine day… Jatuh pada tanggal 14 Februari setiap tahun.

Aku sendiri tak pernah tahu apa itu valentine day suatu ketika dahulu… haha, pada aku bukan penting sebab aku tak berminat nak celeb even masa zaman tu aku ada ’monkey love’ haha.

 

 

click link untuk baca seterusnya :D

 

 

 

Apa itu hari kekasih @ valentine…

Kepada muda mudi yang hangat dilamun cinta mabuk asmara cinta berahi,bukalah mata dari buaian cinta yang membutakan… bukalah hati kembalilah pada yg hakiki..

 

Iislam tidak menghalang cinta, malah membenarkan seterusnya menggalakknya…

Cinta itu luas definisinya… bukalah minda, usah definisikan cinta itu hanya untuk berkasih mesra sahaja… cinta kepada pencipta, Rasulullah, ibu bapa, keluarga adalah yang utama…

Usah kita biaskan definisi demi kepuasan diri…

Tidak salah bilamana uda mencintai dara, namun biarlah ia bergerak selari dengan apa yang telah digariskan… bilamana gerakan yang selari itu kita pesongkan, makan kermukaan Allah akan berlaku…

 

Sebelum kita menyambut sesuatu itu adalah lebih baik mengetahui asal usulnya.. “VALENTINE” adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari ‘kasih sayang’ kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

 

Nah itulah dia sambutan yang dinantikan oleh pasangan belangkas berdarah panas…

 

Pastinya ada yang membantah dengan berkata begini :

” apa salahnya nak meraikan kekasih? ”

” bukan kami buat apa2 pun”

Dan macam2 lagi alasan…

( pengalaman aku semasa di sebuah organisasi agama )

 

Jawapannya adalah mudah…

 

1)     Sambutan agama kristian.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Aidilfitri dan Aidiladha) adalah perayaan kita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

* Sekiranya perayaan bukan atas asas keagamaan… maka hukumnya harus dengan syarat tiada unsur maksiat atau syirik…

 

Kalau ada yang menyoal : habis kalau kita sambut tahun baru cina? Depavali?

Jawapannya : apakah kamu pergi ke tokong untuk sama2 menyembah? Adakah kamu turut serta menyembah patung buddha? Setahu aku bukan nak sambut. Tapi ambil kesempatan hari cutinya. haha

 

Kalau ada yang menyoal : habis kalau sambut rumah terbuka mereka?

Jawapannya : Hadir atas dasar kemasyarkataan dan menghormati jemputan mereka. Pastinya dalam majlis tersebut hanya majlis makan2. tiada unsur2 syirik dan maksiat.

Tak tahulah kalau ada rumah terbuka sambutan kena sembah tepekong kalo nak makan huhuhu.

 

2)     Sambutan yang menjurus kepada zina.

 Bilamana dua anak adam yg halal baginya bersunyi-sunyian maka adanya yang ketiga iaitu syaithon.

Ha kenal kan amenda tu setan? Tahu ape misi dan visi dia?

Confirm kalau celeb valentine semestinya berdua. Meluahkan isihati, berlokasikan tempat yang sunyi. Seterusnya ‘aktiviti’ mempamerkan kasih sayang.lepas tu? Haha lu pk la sendiri…

 

Ya bukan semua yang berkasih seperti itu. Tetapi apa yang aku ingin perkatakan lebih fokus kepada contra menyambutnya. Harap maklum.

 

Kalau ada yang menyoal : habis kalau keluar pegi makan masa tu pon salah ke?

Jawapannya : haha… ina amalubin’niat… ( bukak buku hadith 40, paling utama sekali ).. kalau nak pergi makan masatu, silakanlah, tak ada masalah… niat nak pergi makan, kenyangkan perut… borak2 lepastu sila lah pulang ke rumah… tak elok merayap dengan bukan muhrim tengah malam… kang penguatkuasa cekup kalo silap tempat, dah susah… haha..

 

Kalau ada yang menyoal : aik? Nak bagi bunga & teddy bear pun salah ke? Saja nak bagi kebetulan ada sale…

Jawapannya : kalau nak beri tu berilah. Sebagai hadiah. Tak jadi isu pun. Tapi biarlah pemberian itu atas tiket pemberian penghargaan dan bukan untuk sama2 meraiknnya.

 

Kalau masih banyak nak pertikaikan lagi tak tahulah aku. ( biasalah yang kena tangkap kebanyakkanya pelajar IPT… tu  yang nak menjawab je..pandai la katakan… )

 

 

 

 

3)  Tidak di iktiraf.

Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang@valentine day…. kerana kasih sayang dalam Islam bersifat universal… tidak dibatasi waktu dan tempat… serta tidak dibatasi oleh objek dan motif…

 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’ ( yang ni ada dibacakan dalam khutbah jumaat 12/02/2010 )

 

Dalam islam, setiap hari adalah hari kasih sayang, kasih kepada ibu bapa, kasih kepada suami, kasih kepada masyarakat dan sebagainya. Maka tidak perlulah tunggu sehingga 14 feb nak celeb, dah la kena tunggu setahun sekali. haha

 

3)    Lebih kepada agenda mejatuhkan dan meruntuhkan islam.

Mereka amat suka bilamana islam tumbang.

Mereka amat suka bilamana generasi pewaris islam itu lemah dan kehilangan akidah keimanan dalam diri.

 

Tang kalau nak nafikan juga… silalah bukak kitab sirah…

 

 

Pihak berwajib sedar.

Khutbah jumaat lepas juga fokus kepada amalan sambutan Valentine. Dijelaskan mengapa dan kenapa kita sebagai umat islam dilarang menyambutnya. Bertitik tolak dari masalah sosial yang berlaku.

 

Kenapa bila sambutan ini sahaja mahu bertegas?

Pada dasarnya pihak berwajib sentiasa mengekangnya, namun ia tetap menelusup secara halus dan kemas tanpa di sedari.

Dalam konteks ini, ia lebih jelas, lebih besar kesan dan akibat. Maka peringatan di zahirkan secara menyeluruh, kerana pastinya ada yang masih tidak tahu atau jahil tentang hal ini.

Adalah lebih baik mencegah dari mengubati.

 

 

Ubah sambutan hari valentine cara islam.

Kita orang timur kaya dengan adab budaya dan kesopanan. Sudah cantik teratur, di tunjangi pula dengan ajaran islam yang berteraskan Al-quran dan sunnah. Asas yang telah dibina dengan pendidikan seharusnya kita corakkan dengan sesuatu yang lebih kreatif dan bersempadan.

 

Sekiranya ingin juga menyambut hari kekasih apa kata kita olah ia menjadi seperti ini :

 

1.      Beristigfar dan bermuhasabah diri bersama kekasih ( bukan berdua-duaan, tak boleh fokus nanti haha… sms kekasih katakan malam ni kita berdating di atas sejadah  di rumah masing2 ). Buat Qiamulail ke..

a.     beristigfar dan bertaubat. Manalah kita tahu kiat ada terlanjur perlakuan. Kita tak sempurna dan lemah, tak mustahil berbuat dosa ( aku pon sama ).

b.    Beristigfar dan bertaubat kiranya kita pernah celeb masa dulu. Yelah masa tu kita tak tahu kan. Allah tu maha pengampun.

2.     Sambut dengan doa mohon pertunjuk dari Allah S.W.T ( Berdating dengan Allah ditengah malam )

a.     doa mintak dipertemukan jodoh (bagi yg masih mencari pasangan cm aku.. haha)

b.    dia mintak dipercepatkan jodoh (bagi yg dah ada kekasey dan takmo terjebak kelembah berduri ). Psttt mintak murah rezeki sekali la, mahal whoaa hantaran skang.. hehe.

3.     Bermuhasabah diri atas cinta yang sedang dibina. Fikirkan tentang tanggungjawab, peranan, kesediaan menyunting kekasih sebagai isteri, anak2 yang dilahirkan kelak apa cara mendidiknya dan sebagainya.

a.     korang duduk termenunglah fikirkan apa yang korang buat ni betul ke idak.

b.    Pk perancangan akan datang, bila nak berkahwinnya… hoho ingat ye, kawin bukan semata mata cinta, sex dan suka suki… tapi lebih kepada tanggungjawab… huhu tak kenyang perot dengan bercinta… tak terbina sebuah rumah dengan cinta ( simin beli dengan duit ).

c.     Rancang bila nak ada anak.. maksud disini bersediakah? Jangan dah ada anak tapi nanti dilayan anak tu cm menatang…huhu.. pendidikan dia… kewangan cukup ke tak…

 

 

Warghhhh aku dah ngantuk… makn aku kembangkan ayat… makin banyak pulak yang menerjah minda aku ni…  aku Cuma samapikan sahaja… aku pun bukan sape2 pun… Cuma hati aku terusik bila tengok berita tadi.. baby dibuang dan di bakar! Buruk beno perangai!

Lepas tu nengok pula operasi menangkap belangkas… haha ada yang buat2 pengsan! Deim… anggota tentera plak tu… dalam lokap yang permpuan bertudung plak tu… adeishhh ape kes… 

Kenapa aku berani cakap? Sebab aku tak terjebak.. insyAllah & mintak dijauhkan… ye aku bukan baik… tapi sampaikanlah walau sepatah ayat…

“ wal ash… “ tahu surah tu? Berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan…

 

Sekian.

 

 

 



Comments

  1. 1
    icham SMT
    February 14th, 2010 at 7:52 pm

    kau kalau suruh tulis panjang lebar suka… sebab tu mama jem sayang kat ko! hahaha

  2. 2
    haznarn shahzarn
    February 14th, 2010 at 7:55 pm

    oit sipet… haha… mama jem? cikgu jamilah ea.. rindu sey… haha inilah hasil berkat menuntut ilmu… miahaha

Leave a Comment

blank