test

Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa’ala alihi Muhammad

aku mulakan bicara

Kelmarin 26/02/2010 bersamaan 12 rabiul Awal 1431… Merupakan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W… Ayuh kita berselawat,  sambil-sambil kita buat kerja, dengarkanlah MP3 selawat :D . Pasti nya menitipkan rasa kerinduan walaupun tidak pernah bertemu.

Walaupun beberapa minggu sebelum sambutan Maulidur Rasul ini ada beberapa perkara yang menimbulkan sedikit ketegangan dan pertikaian (campur tangan politik ), namun roh dan semangat menghayati Maulidur rasul ini tetap berkobar-kobar.

Apa yang pasti, sambutan Maulidur Rasul ini tidak sama dengan meraikan tokoh2 dunia.  Ia tidak sama dengan sambutan tahun baru atau sambutan apa2 majlis hiburan.

Mengapa ia begitu penting bagi umat islam sedangkan ia bukanlah perkara yang dianjurkan ( Bidaah hasanah)  oleh Baginda junjungan mahupun sahabat baginda? Ia begitu sinonim dengan umat islam, ini pandangan aku..

click untuk baca seterusnya :D

1. Contohi peribadi Baginda..
Seorang yang patut dicontohi dari pelbagai segi dan aspek, Bagindalah seorang Nabi, Rasul, Pemimpin, Suami, Rakan, Sahabat yang mempunyai keperibadian yang amat mulia… Mengapa kita tidak contohi Baginda ( Pastinya ada suara sini yang menyatakan spt ini :
“Boleh la, Baginda Rasul yang terpilih,mestilah baik serba serbinya”
jawapan aku : ” Kalaupun kita tahu kita tak dapat nak contohi semua, ambilah sedikit.. yang sedikit itulah akan memberi sinar, insyallah.. “…
juga ada yang berkata begini :
” Perangai kau tu dah la buruk, ada hati nak ikut macam nabi”..
jawapan aku ” Sekurang-kurangnya ada usaha untuk merubah diri dari kegelapan kepada sinar, adalah lebih baik berubah dari tidak… itu sememangnya agak malang.”.

Namun itulah mentaliti kita. Kepada yang ingin merubah, Tahniah diucapkan, dan abaikan sahaja mereka yang mencemuh… cemuhan dari mereka tidak bermakna, namun alangkah malang bilamana dicemuh di akhirt kelak.

2. Melaksana syriat..
Kita sebagai umatnya seharusnya meneruskan perjuangan baginda dalam berdakwah, sekarang zaman moden… pelbagai cara boleh kita lakukan… ” sampaikan walau sepatah ayat”..

3.Tanda kesyukurang dan menghargai…
Bersyukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kita sesorang yang cukup cekal dalam membawa syariatNya. Bukan mudah perjalanan yang Baginda lalui, maka kita yang hidup dalam penuh kenikmata ini seharusnya bersyukur dengan nikmat kehidupan yang melimpah ruah ini. Hanya ISLAM yang Allah iktiraf di akhirat kelak!. Suatu penghargaan yang seharusnya kita ingati dan ketahui ( Ini baiknya ada sambutan MAulidur Rasul walau ada yang kata tak payah buat…).

4. Kesepakatan dan perpaduan..
Sepertimana tema tahun ini Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah… Bukan tema yang menjadi utama, namun kesepakatan dalam menelusuri perjuangan baginda membawa kepada kerjasama dan kesepakatan sesama islam.. Bila umat brsatu maka islam menjadi utuh.. bagaimanakah kesepakatan itu? paling mudah adalah saling ingat mengingati sesama kita tentang haq dan yang batil..

Rukun Iman yang Enam.

Rukun iman ada enam dan salah satunya adalah Beriman Kepada Rasul.  Sudah semestinya kita adalah umat akhir zaman juga umat terakhir, dan pastinya  Rasul kita adalah Muhammad S.A.W.. Rasulullah merupakan seorang nabi dan rasul… Penerima Wahyu Al-Quran… Terakhir dan tidak ada nabi selepasnya, ( Behati-hati sekiranya ada yang mengaku dirinya nabi dan rasul, confirm ajaran sesat!)

Tanya pada diri.
Kita tanya pada diri kita (terutama aku ler), berapa kali kita berselawat keatas Nabi Junjungan kita?
Apa yang pasti ada 10 kali kita berselawat pada Rasulullah dalam sehari, itu pun dalam solat tatkala kita membaca tahyat awal & akhir juga doa Qunut.
Itu yang aku rasa ada part2 untuk berselawat ( Sila perbetulkan aku kalo ada jumlah itu lebih ).
10 je? cukup ke? kata nak syafaat Nabi… so dengan kemajuan dan kemodenan hari ini, juga adanya internet, apa kata kita pi download selawat, perdengarkanlah
di corong gegendang cuping kita… sambil mendengar sambil tu kita ikut dalam hati, insyallah akan lembut hati kita :D .

 

 Nabi dan Rasul.
Mari kita refresh semula minda kita yang telah lama diasak kesibukan mengejar dunia.
Nabi adalah mereka yang terpilih untuk menerima wahyu dari Allah untuk dirinya sahaja dan bukan untuk disampaikan. Jumlah mereka adalah Ramai.

Rasul adalah mereka yang terpilih untuk menerima wahyu dari Allah untuk dirinya dan disampaikan kepada umat manusia pada zamanya. Jumlah mereka adalah 25 orang. Siapa mereka? Merekalah Nabi dan merka jugalah Rasul yang wjib kita percayai… ( Kalau susah nak ingat, cari lagu raihan tajuknya 25 nabi )

1. Nabi Adam AS
2. Nabi Idris AS
3. Nabi Nuh AS
4. Nabi Hud AS
5. Nabi Saleh AS
6. Nabi Ibrahim AS
7. Nabi Ismail AS
8. Nabi Luth AS
9. Nabi Ishaq AS
10.Nabi Yakub AS
11.Nabi Yusuf AS
12.Nabi Syu’aib AS
13.Nabi Ayub AS
14.Nabi Zulkifli AS
15.Nabi Musa AS
16.Nabi Harun AS
17.Nabi Daud AS
18.Nabi Sulaiman AS
19.Nabi Ilyas AS
20.Nabi Ilyasa AS
21.Nabi Yunus AS
22.Nabi Zakaria AS
23.Nabi Yahya AS
24.Nabi Isa AS
25.Nabi Muhamad SAW

Bila dilihat dari susunan itu, Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terakhir. Sudah pastinya tiada yang selepasnya.

Dari 25 menjadi 4.
Apakah ia? Dari 25 Nabi hanya 4 yang terpilih sebagai penerima kitab suci iaitu :

1. Nabi Daud AS (Zabur),
2. Nabi Musa AS (Taurat),
3. Nabi Isa AS (Injil),
4. Nabi Muhammad SAW (Al Quran).

Ya Al-Quranlah sebagai panduan dan pedoman kita dalam kehidupan.

Nabi ada berpesan :
Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat buat selama – lamanya jika kamu berpegang teguh dengan kitab Allah (al quran) dan sunnahku.

Mari Kita berselawat, sangat mudah :D

Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa’ala alihi Muhammad

Tidak akan rugi lah… Kalau tinggi sangat ego tu, sebutlah dalam hati :D.

Bilamana dengar Nama Nabi di sebut  segeralah menajwab Shallah alai’ wasalam

blogzv21

 

Malam tadi aku menukilkan dari gerak jemari sehinggalah menghasilkan… Terus terang aku nyatakan, hati aku agak sayu dan tersentuh tatkala mendengar alunan Selawat…

 - Apa kiranya, andai berlaku kesilapan dan kesalahan tatkala aku mencetuskan buah fikiran ini, silalah tegur dan bimbinglah aku.. Aku adalah insan yang lemah yang mencari nilai sebuah  kehidupan juga aku bukanlah sempurna kerana didada ini belum cukup ilmu… 

Cuma aku agak terkilan ada yang berfikiran tah macam ape bila kita nak cuba sampaikan sesuatu yang baik (nasihat)..
Pada mereka, kalau nak sampaikan sesuatu tu perlulah sempurna dan diri itu baik yang teramat sangat.. Hello camonlah, aku ni pon bukan baik n cukup ilmu pun… aku pun hwa hwa gak.. kepala masuk air (gegila).. Tapi tak salah rasanya kalau nak sampaikan… Cth nya : ” ada penagih dadah nasihkat si Q… penagih tu nasihatkan Q jangan lalu jalan hutan tu sebab situ bahya dengan binatang Buas… tetapi Q tak peduli nasiat penagih tu, seraya berkata ” kau penagih apa kau tahu! kau tu dah la bangkai hidup”… Q tak percaya nasihat si penagih atas alasan dia adalah seorang penagih dan tidak baik orgnya… Q Teruskan perjalanan melalui hutan itu dan akhirnya dibaham harimau..”

Moralnya : apa yang kita fikir tak semestinya sempurna, jangan hanya sesorang itu kurang dari kita, maka dia tidak layak untuk menasihati kita… dalam hal ini, penagih itu lebih ‘pakar’ dalam selok belok hutan kerana dia penagih dikawasan situ, semestinya pernah explore hutan.. sedangkan Q tidak tahu apa2… pada aku tak salah nak dengar nasihat jangan lalu tu… (aku dedikasikan kepada sesorang yang berfikiran Jumud )

Sekian.



Leave a Comment

blank