Rempit V3 : samseng jalanan…
Terbuka~suka hati March 1st, 2010

Bulan 3 ni ada cerita melayu kat wayang… rempit V3 samseng jalanan… Kalau tengok trailer nya macam best… aku memg suka kalau action movie ni.. baru rasa bersemangat…lagi2 pasal gaduh2, pukul2, n race2 ni… best je rasanya.. tapi tataulah kalaw kawan2 tak mahu tengok, ni cerita melayu… tak ramai minat… aku bukan pasal cerita ni melayu aku tengok, tapi kisahnya yang aku suka.. kalau cerita orang putih tapi cerita tak best pon aku malas nak tengok… so tak timbuk aku pilih bulu dalam melayan cerita ni…
dengar2 nya banyak scene yang di potong sebab tak memaparkan budaya ketimuran dan melanggar etika penapisan filem oleh finas.. pasal weekang (up taya blakang) ngn wheeley (up taya depan)… denagn adegan2 yg menggairahkan… aduh kecoh la finas ni.. sibuk nak kembangkan cerita tempatan tapi kreativiti di halang… pasal poster pun sibuk la… adohai… dah di ubah banyak kali… ok la kalau itu dah di suruh buat jelah… nanti katanya tak peka budaya… tapi potong stim la kalau scene yang ganas2 di buang… tapi cerita luar relex je masuk.. siap x potong lagi tu….
alasanya takot budaya ni ditiru mat2 rempit… erk ele.. cetek punya fikiran la… kalau nak cakap pasal mat rempit, dah wujud dari dulu lagi… sebelum ada cerita2 macam ni pon dah ada mat rempit tu… aku dulu mula2 dapat motor yamaha cup80 pun aku dah start berembat… aku pernah jadi juara… haha… tapi sekejap je sebab ada yang tak puas hati ajak aku return… memg aku kalah la sebab mesin (enjin) dia dah sarung motor YB, kabereta korek, ekzos belah.. memglah pergi kuat… aku pakai blok n kabreta korek je… ekzos stended… ala tak kesah la, at least JAS 1027 penah bikin line panas… last aku berembat dengan honda apek… dia lepas overhault.. pastu pakai ekzos epok2… aku kalah 1 tiang…
start dari tu aku pakai chamber… ekzos tembak bulan.. blok FR, kabreta RXking… pegi leh tahan.. 140kmj… tapi aku tak buat race, sebab aku dah malas… aku pakai buat gi sekolah je… lepas PMR aku g sekolah teknik… kalau balik cuti kadang aku main motor gak… tapi lama2 malas.. barang2 akubaraikan n bagi kawan2… kira dah pencen la… zaman main motor dah berlalu…. tapi masa zaman aku tu dulu, tak di panggil mat rempit… just main2 motor je… tak liar… tak main pompuan, tak ragut… kira ma motor baik la.. siap kalau magrib n isya g surau sembahyang berjemaa lagi…g reramai… sebab tu pak imam ok je… kira masih ada kawalan lagi la… just aktiviti masa lapang je.. yak macam skang.. macam harem… teruk sangat dah tu…
lepas tu aku dah tak race motor lagi, sebab dah malas… lagipon buang masa je… haha… lepas abis SPM aku masuk UNIV… masa praktikal aku beli honda wave one ten… so aku pakai macam biasa je… buruk la umo dah meningkat nak berembat atas moto… kalau berkumpul pun cuma lepak2 berbual, kalau tak pon g ngeteh je…
so sebab tu aku suka sangat cerita ni, harapnya hasil tontonan tak mengecewakan… kalau ada rezeki aku tengok lah, kalau tak… ye biar je… dah tak kesah sangat… zaman tu dah berlalu.. bagilah adik2 naik pulak… abg2 dok tengok bg nasihat je…
ok
sekian..
Leave a Comment