14 Feb, 2010

Â
Â
Hari kekasih atau lebih glem di panggil Valentine day… Jatuh pada tanggal 14 Februari setiap tahun.
Aku sendiri tak pernah tahu apa itu valentine day suatu ketika dahulu… haha, pada aku bukan penting sebab aku tak berminat nak celeb even masa zaman tu aku ada ’monkey love’ haha.
Â
Â
click link untuk baca seterusnya
Â
Read the rest of this entry »
18 Dec, 2009
Â

Salam Maal Hijrah 1431! Kali ini membawa tema :
 Memantap Ukuwah Memperkasa Ummah.
Pada pandangan daku yang serba kekurang ini… Perpaduan sesama umat islam haruslah di mantapkan semula.. bagi membentuk sebuah komuniti islam yang saling bergandingan dan saling melengkapi bagi menyegakkan syiar islam… Bukannya tujuan kita diciptakan sebagai sia-sia… Dilengkapi dengan Kebijaksanaan Akal… dan kesempurnaan anggota… namun ada       ‘ medium’ yang menjadikan ‘kucar-kacir’ dalam hal ini… Seperti khutbah Jumaat tadi… Jangan samapi satu tahap nanti status ‘islam’ hanya ada pada nama sahaja… namun hakikatnya adalah sebaliknya…
~~~~~~~~~~
1 Muharam detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…
p/s teringat se join nasyid sekolah tadika… berbaju biru bersongkok lilit… ahahaha
17 Dec, 2009
Assalamulaikum.Tanggal 18 Disember 2009 bersamaan 30 DzullHijjah 1430. Hari ini kita akan melangkah ke Tahun baru islam. Oleh yang demikian di anjurkan untuk kita sama-sama, mengakhiri tahun ini dengan Doa Akhir Tahun, dan menyambut Kehadirannya denagan Doa Awal Tahun.
Sumber salinan doa dari :Â Â sini
Â
Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 Kali pada akhir waktu Asar.

Â
Doa Awal Tahun.
Dibaca 3 Kali pada selepas maghrib.

15 Dec, 2009
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
28 Nov, 2009

Dunia oh dunia…
Dunia ni ladang mengumpul amalan…
Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…
Untuk dijadikan sebagai teman…
agar bahagia dan aman…
Â
Dunia oh dunia…
Disini diuji dan dicoba…
sejauh mana kita menghadapinya…
Allah tahu kemampuan kita…
Kita memilih jalanya atau sebaliknya…
Â
Dunia oh dunia…
Banyak sungguh pancarobanya…
Dalam ujian dan nafsu sengketa…
telah di beri atau kita sengaja mencarinya…
Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…
kerana itulah diri kita…
Read the rest of this entry »
28 Nov, 2009
Assalmulaikum W.B.T… salam eidul-adha kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia… Selamat juga kepada para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji… semoga memperoleh haji yang mabrur… Syukur kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik… tidak seperti tahun sebelumnya… Alhamdulillah…
Sinonim dengan kisah Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya Ismail… maka sambutan eidul-adha kini di zahirkan dengan menyembelih haiwan qurban… ( Tak semua haiwan dikategorikan sebagai haiwan korban… terdapat syarat yang perlu di ikuti)…
Provokasi dari syaiton untuk menghalang niat Nabi Ibrahim ketika itu kini terzahir dengan lontaran Jamrah…Â syukurlah kini ibadah itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengan usaha kerajaan arab saudi yang membina kompleks 5 tingkat untuk melontar… amat wajar kerana setiap tahun bilangan jemaah semakin bertambah…. Insyallah insiden rempuhan tidak berulang lagi… Ditambah pengurusan LUTH dalam mengurus masa bg jemaah Malaysia untuk melontar dilakukan dalam waktu kurang sesak…
Kesah terdahulu memaparkan pengorbanan… pengorbanan terhadap agama.. bagaimana kita? sangup berkorban atau terkorban? bersama kita bermuhasabah (Terutama diri aku)… apa yang telah kita korbankan atau apakah kita telah terkorban? adakah kita masih mendewa2kan nafsu nafsi dalam kehidupan… Adakah roh pengorbanan terhadap keimanan dalam diri kita masih menghijau… jawapnnya ada pada diri kita…
Adakah kita berkorban untuk menunaikan solat atau mengorbankan solat kita untuk kemewahan dunia? MasyaAllah begitu rapuh iman kita… Definisi korban pada masa kini mungkin berbeza dengan zaman terdahulu… dahulu demi islam dan iman mereka sanggup berkorban waima terpaksa mengorbankan nyawa…. sungguh indah nikmat kekentalam iman mereka… mampukah kita memiliki kekentalan iman seperti itu…
Masa kini berkorban demi cinta… cinta pada Allah? tidak, cinta pada kekasih… sangup berkorban menyerahkan mahkota diri… sehingga membenihkan insan yang bakal dikorbankan… ya pembuangan bayi…Â
berkorban menjaga ibu bapa atau mengorbankan ibu bapa tersebut dengan meninggalkan mereka di rumah kebajikan.. itulah senario hari ini… memang tidak dapat dinafikan hari ini…
dan akhirnya kita tanya pada diri kita… berada pada tahap mana pengorbanan kita… pengorbanan terhadap Agama Islam, pengorbanan terhadap perintah Allah S.W.T, pengorbanan terhadap ibu bapa, pengorbanan terhadap diri sendiri, pengorbanan terhadap sesama umat Islam… hanya diri kita yang mempunyai jawapannya…
Sekian.
Â
Â
25 Oct, 2009

Syukur alhamdulilah, murah rezeki aku… Inilah nikmat Pemberian Allah… harapnya aku tak leka dengan harta dunia ni semata2 inshaAllah… Mohonya dimurahkan & dimewahkan lagi rezeki aku di masa2 akan datang… Amin Ya Rabbu Jalil… Enjoy2 jugak… Pemberi enjoy tu jangn dilupa…
11 Sep, 2009

Â
Sedang aku, faris & Nabil ronda2 waktu lunch… tiba2 HP aku berdering… Terpapar nama makcik aku… segera aku jawab… di hujung talian terdengar esakan… ” Abg Hassan meninggal…”… aku terkedu… blur…. Sampai office jam 2 pm… aku duduk pandan skrin laptop… Dalam benak aku terlintas apakah itu benar?… Setelah 30 minit termenung aku segera balik… Abg Hassan sekeluarga bukanlah asing bagi aku dan mak cik aku… Mereka seumpama sebahagian dari Keluarga kami, susah senang saling membantu…
Sekalung Takziah untuk Kak Siti sekeluarga atas pemergian Tunjang keluarga. Al- Fatihah untuk Abg Hassan. Semoga Roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hambamu yang soleh. Semoga Allah S.W.t memberi kekuatan kepada keluarganya atas Pemergian beliau.
Â
“Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi ”
Â
Pastinya kita sedar bahawa kematian akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui rahsia yang telah termaktub sedari awal di Luh Mahfuz. Pastinya perjanjian itu telah dimetrai dan bilamana masanya telah tiba maka datanglah Izrail untuk mengambil hak yang perlu dipulangkan kepada-NYA…
Â
Kita dicipta dengan kasih sayang, kita dijumput kerana DIA sayangkan kita, kita yang masih hidup harus meneruskan hidup. Kita masih berkesempatan untuk menggembur bejana amalan sebagai bekalan. Sekian.
Â
Â
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Â
Kematian…
Apakah yang anda ketahui berkenaan kematian?
Semestinya sesosok tubuh terbaring tanpa sebarang tindak balas hatta tindakan….
tanpa degupan jentera udara berdegupan…
Tanpa kerlingan sinis memantera penglihatan…
Pastikah kita akan temujanji pertarungan tanpa belas Malaikutul Maut Izrail…
Tiada guna tarikh berselingan ganti dinanti-nanti…
Kerana pastinya hadirnya di luar kemampuan penaksiraan minda kita…
Entahkan bila hadirnya membawa perkhabaran…
Mengembalikan kepada yang HAK dalam memiliki…
Percaturan Robbi…
Hadirnya tak tersangka…
Rahsia-Nya tetap rahsia…
perjanjian tetap berlangsung tanpa sebarang sorotan belas…
Gembira bagi mereka yang benar-benar berpejang pada JANJI-NYA…
Bagi kita bilakan pula?
Entah alpa sedetik meraggut ia dengan kehadiranya…
Apa yang kita galas atas gendongan bekalan?
Ringan bak kapas namun berbahagia….
berat bak permata namun berkongsi pula…
bukan sukar di jangka tetapi tak menyangka…
kita gendong milik kita masakan milik mereka…
itulah yang tak menyangka…
Kematian sentiasa memerhati ingin simpati pada amalan diri bukan kerana peribadi…
ada kita peduli?
Liuk lentok mudaku masakan goyah dek angin menggila…
Akarku berotot sasa bertenaga meranggut utuh….
Masakan aku akan tumbang…
Ah…
Lupakah kita Tatkala Tsunami menggila…
pastinya tidak bersiap siaga…
Jangan kau sangka…
Ku sambung lena tatkala mata ingin terbuka memandang syurga dunia…
Alangkah bahagianya bertambah nikmatnya arakian menjadi alpa dan lupa…
Pentas mu sudah masa ditutup menanti hukuman terlaksana…
NANTI!!! Berikan aku sehelai untuk ku palit sorotan pahala….
biar ku putihkan tiap lembar kain hitam itu…
berikan ku masa untuk itu….
lupakah kau?
perjanjian dunia abadi menanti syarat yang dikau perlu patuhi….
Buku latihan kematian belum penuh terisi namun terpaksa di beri…
Berdiri menanti menghitung hari yang bergandanya seperti bumi dan hati…
Tetesan sesalan masih dapat berempang…
Sekecil zarah tetapi DIA hisab…
Biarlah sedikit asalkan diberkatinya,
daripada banyak yang memudharatkan yang menempah bencana… dan itulah keikhlasan kerana-NYA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Ikhlas dari bingkisan hati yang sedar akan ketipisan imanya-
Kematian yang berlaku umpama isyarat kepada kita bahawa setinggi mana hita berada, kematian tetap setia menunggu giliranya.
Selagi masih ada kesempatan…
Â
Â
8 Sep, 2009
Kenapa kita dijadikan oleh Tuhan?
Â
Adakah untuk menjadi hamba-Nya
Â
Atau
Â
Kita merubah Untuk menjadi hamba dunia?
Â
Atau
Â
Keadaan dunia yang mendesak kita?
Â
Atau
Â
Kita lupa ‘tugas’ kita yang sebenar?
Â
Â
Jawapanya tanyalah diri anda sendiri…
—————————————
Kadangkala kita lupa, itu merupakan ketidak sempurnaan manusia… Namun seharusnya kita berterus-terusan lupa? lupa akan tangungjawab? YA tanggungjawan terhadap-Nya… Terhadap diri kita sendiri… Ahh persetankan itu semua… Namun sejauhmana kita dapat lari? Dengan keesan-Nya, DIA berhak merubah segalanya… waima hati yang memberontak menafikan segala anugerahnya… Dengan izin-Nya hati yang memberontak itu menjadi layu… Layu dan tidak berdaya bilamana hatinya mula dititipkan hidayah… Manusia oh manusia… Kemana jangkauan ilmu tika ditimpa musibah? Kmu tewas dalam amarahmu… tewas laksana nakhoda nafsu bermaharajalela… Usah dikau banggakan dirimu itu… Pastinya hatimu akan terusik oleh keagungan-Nya…Bilamana itu berlaku… Kakimu yang gagah melangkah laksana pahlawan akan mengigil kelesuan… Tanganmu gagah menongkah awan yang tidah tergapai menjadi longlai… Matamu yang galak menjadi sayu… Oh alangkah tika itu baru dikau sedar bahawa dikaulah selemah-lemah kejadian… Tika itu baru diakau sedar… Namun belum terlewat… Sesungguhnya DIA yang bersifat AR-Rahman dan AR-Rahimm sentiasa membuka pintu taubat dan peluang untuk menginsafi perlakuan kita yang penuh nista dan noda….
Sempena Ramadan Al-Mubarak ini…Â Sama-samalah kita menuju Kenikmatan mendampingi-Nya… DIA tidak menghalang kita untuk terus membajak dunia… Namun biarlah ia memberi simpulan ganjaran untuk bekalan kita disana… Waima kita bukanlah seorang yang sempurna… Namun DIA menilainya dengan amalanmu…
Berkata-kata semudah melampar bata… Melaksanakan sesukar melempar Permata… Tidak salah untuk mengajak bersama… Kerana ia menuju kejalan mulia….
Â

Â
Daku bukanlah sempurna, maafkan daku… Daku juga sama… Penuh kesilapan dan kelalaian… Namun bilamana tersedar dari lena… mengapa peluang itu tidak ku terus bangkitkan bersama-sama…
23 Aug, 2009

siang tadi pi Pontian, alang2 hantar sepupu nak balik JB, ak & my moma pi lah pusing2 kedai kain… cam biasalah dah kerja kena beli sendiri kain untuk baju Moloyu… huhu… macam biasa ak lebey suka mak buatkan, hand made… Rasa-rasanya ak tak pernah lagi beli baju siap… Maybe sebab selesa kot, lagi pon aku cerewet sikit… haha… so kalau mak ak buat so senang la aku nak request apa2…
best2…Bukan apa, kalau beli siap kadang2 tak ikot selera kita, fitting dia pon tak sedap… Biasalah mak2 mesti tahu taste anak2 dia.. haha… LOve u moma… Tapi tadi punyalah ak susah nak cari kain yang sesuai… especially colour… kalau di ikutkan banyak colour yang dah ada… erm… Baju2 Moloyu ak yang lepas pun masih ada lagi dalam almari… dalam 3 4 pasang… masih cantik & masih elok… pakai buat pi surau & mesjid je… cuma seluar je yang dah tak muat… lolz… biasalah spare tyer aku bertambah tambah sejak dua menjak ni… hehe… payah2… So aku terjah je mana2 kedai kain yang ada… aiks? dah putar lagu raya? baru puasa ke-2… iskh2 tak menyabar tol.. relaks2 la tokey… masih belum ada feel lagi la, meluat adalah… Ah lantak ko la tokey, ak nak cari kain.. untung masa tu ujan… tak la rasa penat & letih sangat… Last2 ak jumpa kain yang okey, amik satin… berkilat ala2 pengantin.. chewahhh… bukan ak yang cakap, ada member mak ak yang cakap… chaitt… calon tak ada lagi la macik oi… ushakan la sorang :p… So pas tu ak pusing2 usha pants… dapatlah yang okay, tapi poyot aku naik 32 dah skang… iskh2… sebelum ni 29-30 je… nak kena masuk gym ni… tak pun sapu losyen pati hali mustajab… haha… mak ak pon ak cari kasut, so layan… Last port ak masuk Billion… ada sale… tapi tang size tu yang ak kalah…tak da stock! cheh!… ada satu kedai pakaian tu putarkan lagu raya… aku skodeng kedai tu, bukan jual baju raya pun… kedai pakaian pompuan.. jual tube & dll yg sexy… lol… ada ke time pagi raya yg nak pakai tube? haha… ape2 jelah… macam2 kerenah… especially peniaga yang nak menarik pelanggan… ak wish selamat berniaga n berkeuntungan… so puasa tetap puasa, dok usah di kejar raya tu… Berkat ramadhan tu yang nak di kejar…
ngantuk dah… apa yang aku type har? lantak la… dah itu yang nak kuar… lolz…
ha niat jangan lupa!
Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala. ….Â
Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala..
