Browsing Category: "ibadah"

ukuwah ramadhan al-mubarak

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah August 20th, 2009

Subhanallah…Alhamdulillah…Berjumpa lagi kita dengan bulan kemuliaan iaitu Ramadhan…Bulan yang penuh barokah, bulan ibadah…Semoga kita sama-sama menambahkan ibadah…Sama-sama kita lawan tadarus…InshaAllah…

selamat_berpuasa-copy

4 PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA

Ilmiah~, ibadah, memo July 26th, 2009

- Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman “Hiduplah dengan apa yang engkau suka”

komen akue : Ada yang degil, tak faham ke tu wajib. Ada gak yang jahil tapi nak pertikai. Adohayyy..

- Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim

komen akue : gulpppp… Guano ni, abis dah terpandang, tenok la sekarang.. keliling pakai macam tu.public place dah macam tepi pantai…

-Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka ia tidak akan mencium bau syurga

komen akue : gulpppp… Guano ni, abis dah terpandang, tenok la sekarang.. keliling pakai macam tu.public place dah macam tepi pantai…

-Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat

komen aku : tapi lau zaman sekarang nisbah perempuan ngn lelaki 10 nisbah 1… kalau macam tu 10K lah lau di calculation..

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Ilmiah~, ibadah, memo July 26th, 2009

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg.menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg.seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah dirisendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja
kita. Nanti som bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika
masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.

Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam

p/s : Yelah kita ni sempurna mana je, even tak dapat semua dapat sikit pon bagus. Try to the best.

Fadhilat beristighfar

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah July 17th, 2009

Sumber : email

 

a. Sabda Rasulullah SAW :

 ”Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari,
dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari… Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita..

b.  Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya” .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Tak habis-habis dengan mr influanza… ap kes?

Ilmiah~, Lawak Sempal, Terbuka~suka hati, ibadah, memo July 8th, 2009

oit2.. korang.. taw tak apesal sesema BABI ni seh berpanjangan.. ala aku cakpa banyak t ada yg kata aku usik sentimen perkauman plak.. sebelum ni dah ada JE short kepada japanese enchepailetis…asal plak ngn jepun?… haha manalah aku tau… korang google2 sikit nak taw perkataan sebenar..pas tu virus nipah.. bukan disebabkan oleh pokok  nipah yer.. tapi masih tak sedar2 lagik.. bau BABI ni busuk glez.. kalo jarak 500 meter kompom leh bau punya.. e yarksss…uwekkkk… tu satu hal.. kali ni paham2 la.. kasi panchong sama sume BABI2… kasi clear… makin lama virus tu makin upgrade.. takot2 Transformers terpaksa mewujudkan bumi menentang reksasa BABI… oltromen tak boleh, dia pon makan PORK… BABI & Anjing diketogerikan sebagai najis MUGHALAZAH.. najis berat…

cara menyucikanya adalah dengan 7 kali cucian… Cucian PERTAMA dengan AIR BERCAMPUR TANAH.. kemudian di ikuti basuhan sebanyak 6 kali dengan air MUTLAQ.. jelas? k…

walaupun BABI dan Anjing sama2 dalam Kolej yang sama, tetapi mereka lain aliran.. BABI aliran Kimia.. tu yang pandai generate Virus H1N1(tepaksa guna, ada yg x bagi sebut B**I)huhuhu…sib si BABI xda surat beranak…

Okay antara anjing dan BABI..  bilamana kita TERsentuh (BUKAN SENGAJA) anjing, keadaan kita kering dan anjing tu kering maka TIDAK JATUH STATUS NAJIS, bila kita kering dan anjing basah JATUH STATUS NAJIS dan sebaliknya… jelas? okay… TETAPI kalau BABI.. korang kering dan BABI juga kerig TERsentuh..maka NAJIS lah! WAJIB D SERTU ( SAMAK ).. caranya ada kat atas…

okaylah nak balik dah…

info ni ustaz Haji Zainie yang bagi.. yg lain2 tu aku menyempal jer.. bg cukup rasa… meggi yeh bukan B**i..

PENYEBAB PENYEBARAN SESEMA BABI ( H1N1)

selsema babi tersebar

al-hajj_1

Ilmiah~, ibadah June 16th, 2009

sesi pembelajaran saya yang lalu, berkisar berkenaan situasi atau suasana semasa menunikan haji… para bakal haji seharusnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Malasia atau Arab Saudi… terutama semasa berada di balai berlepas lapangan terbang… contohnya : cecair yang melebihi 500 ml tidak dibenarkan di bawa bersama, kecuali diletakkan di dalam beg besar.. barangan tajam seperti gunting dan pisau cukur hendaklah d letakkan atau disimpan didalam beg utama… jangan sepahkan air semasa di dalam bilik air pesawat…

cara balingan jamrah… sebolehnya jarak kita adalah sedepa agar sah ibadah kita itu… cara balingan bagi lelaki danperempuan juga berbeza… perempuan d larang mengangkat tangan tinggi seperti lelaki…

semasa mabit@bermalam d muhdzalifah sunat mengutip batu untuk balingan…

banyakkan bersabar dan berzikir…

jaga kesihatan agar ibadah yang dilaksanakan dengan selesa…

bertimbang rasa dan berjimat semasa berkongsi kemudahan awam..

segera mendapatkan nasihat atau pandangan dari guru2 agama yang berada di situ sekiranya terdapat masalah… samaada dr segi ibadah atau kaunseling… dam dan sebagainya…

okay ni secra general sahaja… sebab masa tu tayangan video, so explaination menyeluruh sahaja… tetapi apa yang penting adalah input..

al-hajj

Ilmiah~, ibadah June 12th, 2009

urm… mungkin tu rezeki akue!… aku kena temankan mak akue!pegi haji… so every week aku ada class… waa besh tol, dalah lama abis blaja… yang syiok nyer Ustaz tu buat lawak dalam loghat jawa… kompom tak ngantuk..

Okay ni mukadimahnya dulu… slow2, jangan gopoh…

Definisi Haji:

Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.

dari sudut syarak pekerjaan2 tertentu itu membawa maksud, perkara2 wajib haji serta rukun yang perlu d laksanakan… ia juga dilakukan pada masa2 yang telah ditetapkan mengikut cra atau perlakuan yang telah ditetapkan dalam kata lain adalah garis panduan…  ini semua akan sy terangkan pada edisi seterusnya…

Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.

p/s : uih mesti ramai orang kan time tue… tak jame ker… har mulut jangan celupar kat sana… on the spot dpat!

saya masih lagi blajar, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sila lah tunjuk ajar… saya menerima segala teguran dengan hati terbuka…

blank