27 Feb, 2010
Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa’ala alihi Muhammad
aku mulakan bicara
Kelmarin 26/02/2010 bersamaan 12 rabiul Awal 1431… Merupakan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W… Ayuh kita berselawat, sambil-sambil kita buat kerja, dengarkanlah MP3 selawat
. Pasti nya menitipkan rasa kerinduan walaupun tidak pernah bertemu.
Walaupun beberapa minggu sebelum sambutan Maulidur Rasul ini ada beberapa perkara yang menimbulkan sedikit ketegangan dan pertikaian (campur tangan politik ), namun roh dan semangat menghayati Maulidur rasul ini tetap berkobar-kobar.
Apa yang pasti, sambutan Maulidur Rasul ini tidak sama dengan meraikan tokoh2 dunia. Ia tidak sama dengan sambutan tahun baru atau sambutan apa2 majlis hiburan.
Mengapa ia begitu penting bagi umat islam sedangkan ia bukanlah perkara yang dianjurkan ( Bidaah hasanah) Â oleh Baginda junjungan mahupun sahabat baginda? Ia begitu sinonim dengan umat islam, ini pandangan aku..
click untuk baca seterusnya
Read the rest of this entry »
14 Feb, 2010

Â
Â
Hari kekasih atau lebih glem di panggil Valentine day… Jatuh pada tanggal 14 Februari setiap tahun.
Aku sendiri tak pernah tahu apa itu valentine day suatu ketika dahulu… haha, pada aku bukan penting sebab aku tak berminat nak celeb even masa zaman tu aku ada ’monkey love’ haha.
Â
Â
click link untuk baca seterusnya
Â
Read the rest of this entry »
18 Dec, 2009
Â

Salam Maal Hijrah 1431! Kali ini membawa tema :
 Memantap Ukuwah Memperkasa Ummah.
Pada pandangan daku yang serba kekurang ini… Perpaduan sesama umat islam haruslah di mantapkan semula.. bagi membentuk sebuah komuniti islam yang saling bergandingan dan saling melengkapi bagi menyegakkan syiar islam… Bukannya tujuan kita diciptakan sebagai sia-sia… Dilengkapi dengan Kebijaksanaan Akal… dan kesempurnaan anggota… namun ada       ‘ medium’ yang menjadikan ‘kucar-kacir’ dalam hal ini… Seperti khutbah Jumaat tadi… Jangan samapi satu tahap nanti status ‘islam’ hanya ada pada nama sahaja… namun hakikatnya adalah sebaliknya…
~~~~~~~~~~
1 Muharam detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman…
p/s teringat se join nasyid sekolah tadika… berbaju biru bersongkok lilit… ahahaha
17 Dec, 2009
Assalamulaikum.Tanggal 18 Disember 2009 bersamaan 30 DzullHijjah 1430. Hari ini kita akan melangkah ke Tahun baru islam. Oleh yang demikian di anjurkan untuk kita sama-sama, mengakhiri tahun ini dengan Doa Akhir Tahun, dan menyambut Kehadirannya denagan Doa Awal Tahun.
Sumber salinan doa dari :Â Â sini
Â
Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 Kali pada akhir waktu Asar.

Â
Doa Awal Tahun.
Dibaca 3 Kali pada selepas maghrib.

15 Dec, 2009
Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)
28 Nov, 2009

Dunia oh dunia…
Dunia ni ladang mengumpul amalan…
Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…
Untuk dijadikan sebagai teman…
agar bahagia dan aman…
Â
Dunia oh dunia…
Disini diuji dan dicoba…
sejauh mana kita menghadapinya…
Allah tahu kemampuan kita…
Kita memilih jalanya atau sebaliknya…
Â
Dunia oh dunia…
Banyak sungguh pancarobanya…
Dalam ujian dan nafsu sengketa…
telah di beri atau kita sengaja mencarinya…
Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…
kerana itulah diri kita…
Read the rest of this entry »
28 Nov, 2009
Assalmulaikum W.B.T… salam eidul-adha kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia… Selamat juga kepada para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji… semoga memperoleh haji yang mabrur… Syukur kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik… tidak seperti tahun sebelumnya… Alhamdulillah…
Sinonim dengan kisah Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya Ismail… maka sambutan eidul-adha kini di zahirkan dengan menyembelih haiwan qurban… ( Tak semua haiwan dikategorikan sebagai haiwan korban… terdapat syarat yang perlu di ikuti)…
Provokasi dari syaiton untuk menghalang niat Nabi Ibrahim ketika itu kini terzahir dengan lontaran Jamrah…Â syukurlah kini ibadah itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengan usaha kerajaan arab saudi yang membina kompleks 5 tingkat untuk melontar… amat wajar kerana setiap tahun bilangan jemaah semakin bertambah…. Insyallah insiden rempuhan tidak berulang lagi… Ditambah pengurusan LUTH dalam mengurus masa bg jemaah Malaysia untuk melontar dilakukan dalam waktu kurang sesak…
Kesah terdahulu memaparkan pengorbanan… pengorbanan terhadap agama.. bagaimana kita? sangup berkorban atau terkorban? bersama kita bermuhasabah (Terutama diri aku)… apa yang telah kita korbankan atau apakah kita telah terkorban? adakah kita masih mendewa2kan nafsu nafsi dalam kehidupan… Adakah roh pengorbanan terhadap keimanan dalam diri kita masih menghijau… jawapnnya ada pada diri kita…
Adakah kita berkorban untuk menunaikan solat atau mengorbankan solat kita untuk kemewahan dunia? MasyaAllah begitu rapuh iman kita… Definisi korban pada masa kini mungkin berbeza dengan zaman terdahulu… dahulu demi islam dan iman mereka sanggup berkorban waima terpaksa mengorbankan nyawa…. sungguh indah nikmat kekentalam iman mereka… mampukah kita memiliki kekentalan iman seperti itu…
Masa kini berkorban demi cinta… cinta pada Allah? tidak, cinta pada kekasih… sangup berkorban menyerahkan mahkota diri… sehingga membenihkan insan yang bakal dikorbankan… ya pembuangan bayi…Â
berkorban menjaga ibu bapa atau mengorbankan ibu bapa tersebut dengan meninggalkan mereka di rumah kebajikan.. itulah senario hari ini… memang tidak dapat dinafikan hari ini…
dan akhirnya kita tanya pada diri kita… berada pada tahap mana pengorbanan kita… pengorbanan terhadap Agama Islam, pengorbanan terhadap perintah Allah S.W.T, pengorbanan terhadap ibu bapa, pengorbanan terhadap diri sendiri, pengorbanan terhadap sesama umat Islam… hanya diri kita yang mempunyai jawapannya…
Sekian.
Â
Â
25 Oct, 2009

Syukur alhamdulilah, murah rezeki aku… Inilah nikmat Pemberian Allah… harapnya aku tak leka dengan harta dunia ni semata2 inshaAllah… Mohonya dimurahkan & dimewahkan lagi rezeki aku di masa2 akan datang… Amin Ya Rabbu Jalil… Enjoy2 jugak… Pemberi enjoy tu jangn dilupa…
8 Oct, 2009

Kesempatan aku merayap2 kat giant tanjung Agas hari tu, menemukan aku dengan CD Rabbani… tah tergerak nak beli, so on jelah… Sekali sekali bagi lah soul kita makanan yang sesuai… Bukan tu sahaja, boleh la ia jadi meneman aku dalam kereta masa aku drive, rega dia ok lah RM 24.90… Kot2 boleh menerbitkan rasa keinsafan… :D… Lagunya okay2 la, dulu aku ada dengar yang kumpulan asal nyanyi, tapi agak kabur2 la, sebab dalama, tu yg bila jumpa aku amik… Kalau di ikut telinga aku, semua muzik aku dengar, kecuali dangdut! Tak boleh belah.. haha… Dalam tu ada 10 Track..
 01. Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati
02. Rabbani - Ibu Mithali
03. Rabbani & Ustaz Amal - Al-Hijrah
04. Rabbani - Sunnah Berjuang
05. Rabbani - Sifat 20
06. Rabbani - Nun Di Sana
07. Rabbani - Indahnya Hidup Bersama Ilahi
08. Rabbani - Mana Milik Kita
09. Rabbani - Jasa Petani
10. Rabbani & Ustaz Amal - Ayyu Zikraa
Kalau sesiapa yang satu opis dengan aku nak cuba2 dengar silakan lah access network aku.( \\naqsyab-pc\rabbani  ) . Tapi yang online aku tak upload pun… hehe..
Sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri a.k.a Vokalis kumpulan ni…
11 Sep, 2009
TAMPOI, 9 SEPT . Ajaib! itulah kata-kata yang dapat diungkapkan terhadap seorang pemuda. Pemuda yang boleh ditemui di taman kemas itu menjelaskan perkara tersebut kepada wartawan bebas En.Majid (click ). Memang sesuatu yang agak menghairankan apabila beliau tidak pernah disaman oleh pihak berkuasa kerana tidak memiliki lesen memandu yang SAH. Beliau yang lebih selesa di panggil Abg JGP, mejelaskan bahawa beliau amat bersyukur walaupun kerapkali ditahan, dan dikenakan saman atas perkara yang tidak berkaitan dengan lesen!. Walaubagaimanpun setelah sekian lama menjadi “OTAI” jalanan, beliau mulai sedar akan kesilapan itu.Bak kata pepatah, ” BAGAIKAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI “, ini kerana beliau menyatakan bahawa tiap kali terlihat pekerja-pekerja membaiki jalan, beliau akan segera berasa seriau kerana khuatir itu adalah pihak berkuasa! waima ternampak kon! ( tau takot haha ) beliau juga sedar lambat laun tuah yang sering menyebelahi beliau mungkin akan membelakanginya di kemudian hari seperti  bak kata pepatah, SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TIDAK PANDAI MELOMPAT… Dengan kuasa Allah S.W.T akhirnya beliau dengan rela hati mendapatkan lesen yang sah. Dengan berkat doa ibu serta usaha yang berpanjangan akhirnya beliau telah berjaya memperolehi lesen. Namun dugaan datang sekali lagi apabila beliau Terpaksa menampal ” P  ” selama 2 tahun bagi menjadikan beliau sebagai pemegang lesen penuh. Dalam tempoh tersebut Beliau menerima banyak sokongan padu dari rakan-rakan sekerja walaupun terdapat kata-kata sinis dan kutukan dilemparkan terhadap beliau. Mungkin itulah berkat ” SABAR MEMBAWA BERKAT DAN KEJAYAAN “… Mungkin kata2 itulah yang mengentalkan hati beliau (yang sememangnya kental). Selain itu juga apa yang menghairankan adalah beliau dapat memiliki motorsikal dan kereta walaupun TIDAK mempunyai lesen!… Seharusnya pihak berkuasa lebih peka terhadap kes-kes terpencil seperti ini, bagi mengelakan statistik kecelakaan jalan raya. Selain itu terdapat usikan-usikan terhadap beliau atas perubahan fikzikal. Namun Saya mengambil tindakan tidak ambil port bagi mengelakkan sebarang tindakan oleh beliau diamana mungkin saya akan disaman atau dilemparkan dengan sebarang kutukan. Namun apa yang agak mengecewakan adalah pasukan kompang taman kemas tidak dapat menghadiri majlis penangalan ” P ” tersebut. Oleh kerana terlalu gembira makan beliau telah membuat lesen beliau bertahan sehingga 2014! wow!… tindakan bijak bagi warga emas kerana khuatir lupa. Sekian dari Berita Naqsyab.
——————————————————————————————————————————————————–
ATAS PERMINTAAN RAMAI SUATU PERTANDINGAN DIADAKAN!
PERTANDINGAN MENGESAN PERBEZAAN! CEPAT2! TAROKH TUTUP 1 SYAWAL! HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!
