Al-Fatihah…
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo September 11th, 2009

Sedang aku, faris & Nabil ronda2 waktu lunch… tiba2 HP aku berdering… Terpapar nama makcik aku… segera aku jawab… di hujung talian terdengar esakan… ” Abg Hassan meninggal…”… aku terkedu… blur…. Sampai office jam 2 pm… aku duduk pandan skrin laptop… Dalam benak aku terlintas apakah itu benar?… Setelah 30 minit termenung aku segera balik… Abg Hassan sekeluarga bukanlah asing bagi aku dan mak cik aku… Mereka seumpama sebahagian dari Keluarga kami, susah senang saling membantu…
Sekalung Takziah untuk Kak Siti sekeluarga atas pemergian Tunjang keluarga. Al- Fatihah untuk Abg Hassan. Semoga Roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hambamu yang soleh. Semoga Allah S.W.t memberi kekuatan kepada keluarganya atas Pemergian beliau.
“Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi ”
Pastinya kita sedar bahawa kematian akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui rahsia yang telah termaktub sedari awal di Luh Mahfuz. Pastinya perjanjian itu telah dimetrai dan bilamana masanya telah tiba maka datanglah Izrail untuk mengambil hak yang perlu dipulangkan kepada-NYA…
Kita dicipta dengan kasih sayang, kita dijumput kerana DIA sayangkan kita, kita yang masih hidup harus meneruskan hidup. Kita masih berkesempatan untuk menggembur bejana amalan sebagai bekalan. Sekian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kematian…
Apakah yang anda ketahui berkenaan kematian?
Semestinya sesosok tubuh terbaring tanpa sebarang tindak balas hatta tindakan….
tanpa degupan jentera udara berdegupan…
Tanpa kerlingan sinis memantera penglihatan…
Pastikah kita akan temujanji pertarungan tanpa belas Malaikutul Maut Izrail…
Tiada guna tarikh berselingan ganti dinanti-nanti…
Kerana pastinya hadirnya di luar kemampuan penaksiraan minda kita…
Entahkan bila hadirnya membawa perkhabaran…
Mengembalikan kepada yang HAK dalam memiliki…
Percaturan Robbi…
Hadirnya tak tersangka…
Rahsia-Nya tetap rahsia…
perjanjian tetap berlangsung tanpa sebarang sorotan belas…
Gembira bagi mereka yang benar-benar berpejang pada JANJI-NYA…
Bagi kita bilakan pula?
Entah alpa sedetik meraggut ia dengan kehadiranya…
Apa yang kita galas atas gendongan bekalan?
Ringan bak kapas namun berbahagia….
berat bak permata namun berkongsi pula…
bukan sukar di jangka tetapi tak menyangka…
kita gendong milik kita masakan milik mereka…
itulah yang tak menyangka…
Kematian sentiasa memerhati ingin simpati pada amalan diri bukan kerana peribadi…
ada kita peduli?
Liuk lentok mudaku masakan goyah dek angin menggila…
Akarku berotot sasa bertenaga meranggut utuh….
Masakan aku akan tumbang…
Ah…
Lupakah kita Tatkala Tsunami menggila…
pastinya tidak bersiap siaga…
Jangan kau sangka…
Ku sambung lena tatkala mata ingin terbuka memandang syurga dunia…
Alangkah bahagianya bertambah nikmatnya arakian menjadi alpa dan lupa…
Pentas mu sudah masa ditutup menanti hukuman terlaksana…
NANTI!!! Berikan aku sehelai untuk ku palit sorotan pahala….
biar ku putihkan tiap lembar kain hitam itu…
berikan ku masa untuk itu….
lupakah kau?
perjanjian dunia abadi menanti syarat yang dikau perlu patuhi….
Buku latihan kematian belum penuh terisi namun terpaksa di beri…
Berdiri menanti menghitung hari yang bergandanya seperti bumi dan hati…
Tetesan sesalan masih dapat berempang…
Sekecil zarah tetapi DIA hisab…
Biarlah sedikit asalkan diberkatinya,
daripada banyak yang memudharatkan yang menempah bencana… dan itulah keikhlasan kerana-NYA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Ikhlas dari bingkisan hati yang sedar akan ketipisan imanya-
Kematian yang berlaku umpama isyarat kepada kita bahawa setinggi mana hita berada, kematian tetap setia menunggu giliranya.
Selagi masih ada kesempatan…
Kenapa?
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, memo September 8th, 2009
Kenapa kita dijadikan oleh Tuhan?
Adakah untuk menjadi hamba-Nya
Atau
Kita merubah Untuk menjadi hamba dunia?
Atau
Keadaan dunia yang mendesak kita?
Atau
Kita lupa ‘tugas’ kita yang sebenar?
Jawapanya tanyalah diri anda sendiri…
—————————————
Kadangkala kita lupa, itu merupakan ketidak sempurnaan manusia… Namun seharusnya kita berterus-terusan lupa? lupa akan tangungjawab? YA tanggungjawan terhadap-Nya… Terhadap diri kita sendiri… Ahh persetankan itu semua… Namun sejauhmana kita dapat lari? Dengan keesan-Nya, DIA berhak merubah segalanya… waima hati yang memberontak menafikan segala anugerahnya… Dengan izin-Nya hati yang memberontak itu menjadi layu… Layu dan tidak berdaya bilamana hatinya mula dititipkan hidayah… Manusia oh manusia… Kemana jangkauan ilmu tika ditimpa musibah? Kmu tewas dalam amarahmu… tewas laksana nakhoda nafsu bermaharajalela… Usah dikau banggakan dirimu itu… Pastinya hatimu akan terusik oleh keagungan-Nya…Bilamana itu berlaku… Kakimu yang gagah melangkah laksana pahlawan akan mengigil kelesuan… Tanganmu gagah menongkah awan yang tidah tergapai menjadi longlai… Matamu yang galak menjadi sayu… Oh alangkah tika itu baru dikau sedar bahawa dikaulah selemah-lemah kejadian… Tika itu baru diakau sedar… Namun belum terlewat… Sesungguhnya DIA yang bersifat AR-Rahman dan AR-Rahimm sentiasa membuka pintu taubat dan peluang untuk menginsafi perlakuan kita yang penuh nista dan noda….
Sempena Ramadan Al-Mubarak ini… Sama-samalah kita menuju Kenikmatan mendampingi-Nya… DIA tidak menghalang kita untuk terus membajak dunia… Namun biarlah ia memberi simpulan ganjaran untuk bekalan kita disana… Waima kita bukanlah seorang yang sempurna… Namun DIA menilainya dengan amalanmu…
Berkata-kata semudah melampar bata… Melaksanakan sesukar melempar Permata… Tidak salah untuk mengajak bersama… Kerana ia menuju kejalan mulia….

Daku bukanlah sempurna, maafkan daku… Daku juga sama… Penuh kesilapan dan kelalaian… Namun bilamana tersedar dari lena… mengapa peluang itu tidak ku terus bangkitkan bersama-sama…
chinta yang terhalang oleh keadaan…
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, memo September 7th, 2009

( Hadirnya umpama sepohon rendang tempat berteduh tatakala terik mentari, disulami hembusan angin dingin disertai renyai-renyai gerimis…)
Arakian kisah hidup masakini berhubung tentang soal komunikasi dan perhubungan tanpa sempadan… dengan adanya site2 perhubungan sosial, seperti fecebook, friendster, multyply, Instant messanging dan sebagainya melenyapkan era surat menyurat, isyarat botol dan siulan serta pelabagai lagi cara untuk berhubung… Namun apa yang hendak diperkatakan adalah kisah kehidupan yang membabitkan antara dua hati… namun persoalan ini berkisar tentang chinta yang terhalang oleh keadaan…!!!… difokuskan kepada mereka-mereka yang telah berumahtangga… Desakan hidup dari segi hati dan perasaan dan bukannya material telah menyebabkan kelangsungan perkara ini untuk berlaku…
Kisah yang ingin aku bawakan kali ini adalah berkenaan kawan sekolah ku dahulu… Lebih mudah memanggilnya Q ( nama samaran ). Seorang yang telah berjaya dalam dunia perniagaan dan memiliki apa yang di inginkan… Kemewahan telah tergengam, keluarga telah terdamping bersama… Namun hatinya seolah-olah kosong yang menginginkan sesorang yang memahami dirinya… waima dia telah dikurniakan oleh seorang isteri yang cantik, betangungjawab dan sempurna serba serbinya… lumrah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki walaupun kehidupanya telah sempurna ditambah oleh penyeri hati sebanyak lima orang…
Kisah bermula apabila Q mula menjalankan projek baru di luar kawasan… Beliau telah dibantu oleh seorang pembantu yang cukup jelita, aku kenalkan dia sebagai Catriona ( samaran sahaja )… pada awalnya mereka saling berhubung atas urusan kerja… namun oleh kerana acapkali berurusan dan berdampingan, bibit-bibit cinta mula berputik di sanubarinya… Tautan dua hati tidak siapa yang dapat menafikannya… Bermula dari deti itu hubungan mereka semakin intim… Namun mereka sedar bahawa hubungan mereka tidak seharusnya melebihi sebagai seorang kawan.. ini kerana Catriona merupakan isteri kedua kepada Datuk Azhar ( bukan nama sebenar ). Datuk Azhar mempunyai 4 orang isteri, manakala Catriona merupakan isteri kedua. Kesibukan kerja menyebabkan Catriona mengambil keputusan untuk berkerja walaupun hidupnya telah disaluti kemewahan…
Dari sehari demi sehari, hubungan mereka semakin intim… Datuk Azhar mengetahui hubungan mereka sebagi kawan, ditambah pula Q merupakan pembekal utama bahan mentah untuk projek pembinaan syarikatnya. Oleh yang demikian Datuk Azhar meganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan dan rakan kerja sahaja, namun sebaliknya bagi mereka berdua…
Apakah kesudahan hubungan cinta mereka yang terhalang oleh keadaan?
Cinta yang seolah-olah tergantung tiada kesudahan.
Mampukah mereka menolak perasaan tersebut kerana cinta yang tidak dapat dimiliki.
Andai ini berlaku terhadap sahabat anda… apakah usaha dan tindakan anda?
mari belajar : movie maker…
Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Komputer, Terbuka~suka hati August 26th, 2009
wokeyh atas permintaan akak ak… so ak buat ni… ak pasti ramai yang dah expert guna mmaker ni… sayo jekan.. ok tu U all yang dah tahu, pada yang belum meh belajar… simple je..
1. Bukak aplikasi movie maker… pi start -> All Program -> cari ler.. muhaha…

pada bahagian bawah tu untuk section storyboard ada placed item :
-video
-audio/music
-title_overlay
ruangan tu untuk masukam material mengikut susunan timeline…
2. Import material ( import video, audio & picha )
Okay, untuk section ni, U all gunakan untuk import material… click sajo…

Ni bila U all import picture, so keluar tetingkap ini… so pilih la gambar yang dikehendaki..

Gambar pilihan anda akan terletak di bahagian collection…

Ni audio yang hendak dipilih… caranya seperti nak import picture juga tadi… hasilnya nanti, audio akan berada di bahagian collection seperti picture..

Okay sekarang proses penghasilan di storyboard… U all drag sahaja, seperti anak panah tu… simple…

Setelah material berada di storyboard… kaini tibalah masa untuk make up… haha… right click pada gambar tu -> video effect… click dan akan keluar pop up spt berikut :

so u all pilih la effect2 yang digemari… effect doggy style tiada yeh… limited untuk JLG ( jangan marah ye fareez :p )… okay, ni U all godeh2 sampai terhasil satu karya agung mangalahkan potret monalisa yeh… simple principe Try & Error…
untuk save sebagai video : pergi -> File -> Save Movie File & click samapi keluar satu popup windows… pilih my computer & click button next.. selepas itu akan keluar bahagian untuk rename & locate file… U all pilih la… jangan pilih nak letak kat almari pulak yeh!
Tekan butang Next sampai processing untuk save file korang tuh… last sekali click finish! siap….
P/S : Sorry kalau carca marba susunan tutorial ni… hehe… Jot ak dah aja ni! nak pow RM $$$$$… haha
selamat berjumpa lagi… TQ…
Terkezutttt….
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, memo August 22nd, 2009

Ak balik kampung nak sambut puasa bersama Family, mesti best la kan… malam gi lepak kat surau terwih, time2 canilah dapat jumpa kawan2 kg… Harap je kerja kat JB tapi tak pernah nak terserempak… haha… Tapi yang tak menyedapkan ak adalah, ak dapat berita yang member ak kena tangkap pasal DADAH! damn!… Ape kes ni Bro! sius ak tak percaya… Tapi tadi ak saje bual2 ngan member lain… Dia pun dah sahkanya! member ak ni pun tak percaya dia buat macam tu sekali… Alahai ape kes ni bro!… Skang dia kat penjara simpang renggam tunggu bukak kes… untung nasib la lepas ni, katanya tali gantung!… Member ak cakap dia kene masa bawak 36 KG! dadah…. ak tak sure jenis apa, sama ada ganja, pil, what ever lah, yang ak di beritahu dadah, umum…
Apa yang ak harapkan dan doakan, semoga dia bebas dari tuduhan itu… Jauhkanlah dari Tali gantung! MasyaAllah… Cukuplah sekadar penjara, semoga itu dapat memberi kesedaran dan keinsafan pada dia… Dia terlalu muda, peluang masih terbuka untuk dia perbaiki diri… Serius ak kata, dia memg seorang yang baik, dan aku terhutang budia pada dia.. dia pernah sanggup bersusah untuk ak satu masa dahulu… sebab tu aku macam tak percaya… Semoga apa yang berlaku ni, jadi pengajaran pada kawan2 aku yang lain… Tapi aku juga harap pada muda mudi yang baru nak ‘naik’ kelam dewasa, cubalah fikir sebelum berbuat sesuatu… Tak ingat orang lain tak apa, tapi ingatlah diri di masa akan datang… Apa yang bakal kita jawab kelak bila DIA tanya ‘disana’ kelak…
ukuwah ramadhan al-mubarak
Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah August 20th, 2009
Subhanallah…Alhamdulillah…Berjumpa lagi kita dengan bulan kemuliaan iaitu Ramadhan…Bulan yang penuh barokah, bulan ibadah…Semoga kita sama-sama menambahkan ibadah…Sama-sama kita lawan tadarus…InshaAllah…

mana milik kita?
Ilmiah~ August 19th, 2009
siapa kita?
apa yang kita miliki?
tiada apa yang kita miliki… sedarlah…
Klik sini untuk mendengar -> sini ler.. yes disini… bijak2
Antara bait2 lagunya…
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Mana milik kita
Tidak milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya…
Komen aku!
Ilmiah~, Terbuka~suka hati August 11th, 2009
Okay untuk posting aku tu berkenaan tajuk HIV untuk bakal pengantin. Aku tahu benda ni dah lama di bincangkan dan tak semua negeri setuju. Up to them la. Kalau di tanya baik buruk ujian tu pada aku, aku akan kata aku SANGAT-SANGAT SETUJU!!! kenapa dan mengapa?
Aku ada pengalaman kat Pejabat Agama dalam 6 bulan. Walaupun aku bukan praktikal bahagian Undang-Undang Keluarga (UUS), tapi aku develope mini sistem untuk department ni. Secara tidak langsung aku terbabit, secara langsung atau tidak. kerana aku kena tahu flow proses kerja bagi memudahkan penghasilan sistem tu. selain tu aku turut jadi budak kaunter. hehe. So keluar masuk masalah aku tahu sikit-sikit la. Tempias aku kena juga! hehe.
So bagi isu berkenaan Ujian HIV tu, memang sangat wajar!… Pihak Jabatan Agama Negeri tidak pernah menghalang pasangan untuk meneruskan perkahwinan kerana itu hak mereka. Namun mereka tetap diberikan Kunseling berkenaan Pro dan Kontra nya. Maka tidak timbul isu bahawa Pejabat Agama Menghalang perkahwinan mereka!…
Antara kebaikan ujian itu adalah. Kita sebagai pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga sememangnya mengimpikan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga! Namun sejauh mana kita mengenali pasangan kita? adakah kita mengetaui latarbelakangnya? siapa dia sebelum ini? dan sebagainya. Persoalan ini seharusnya terungkai dengan jawapan yang memuaskan hati kita dan bukan sebaliknya. Dari ujian tersebut kita dapat mengetahui status kesihatan pasangan kita! sama ada hasil ujian tersebut positif atau negatif.
Langkah melaksanakan ujian ini juga dapat mengelakan pasangan rasa tertipu atau terinaya pada amsa akan datang. Tidak terasa bahangnya sekiranya pasangan menghidpai penyakit biasa, namun HIV adalah sebaliknya.
Sepengalaman saya, terdapat pasangan yang meneruskan perkahwinan dan ada juga tidak. Terpulang kepada individu. Kita dikurniakan akal yang sempurna dan tujuan hidup yang jelas. Di sini bukanlah saya hendak mengasingkan si penghidap, namun tidakkah kita terfikir akan kesannya dimasa akan datang?. YA! ada yang menyatakan bahawa mereka akan mengambil langkah keselamatan sebelum melakukan persetubuhan dengan menggunakan Kondom. Namun sejauhmana kerbekesanannya? adakah kita dapat beringat semasa nafsu menguasai diri? fikir-fikirkanlah.
Tidakkah perkahwinan itu diserikan dengan hadirnya cahaya mata? bagaimana kiranya pasangan pembawa HIV dapat memberikan benih kepada pasanganya? bukankah satu bentuk penyebaran telah berlaku? Adakah hasil anak itu nanti bebas dari HIV?. Sanggupkah kita meningalkan waris kita sendirian di pandang serong kerana menghidapi penyakit yang di warisi dari anda?
Nah sedikit sebanyak kesanya yang mungkin tidak kelihatan kerana dilindungi oleh asmara cinta. Cinta hanya sementara namun kebahagiaan itu yang didambakan!… Yang pastinya terdapat juga pasangan yang menyesali perkhwinan mereka yang lalu kerana mengikutkan perasaan sahaja. Kerana akibatnya pasangan pembawa dan anaknya menderita untuk selamanya!
p/s : Pandangan dan apa juga tindakah dalam penulisan ini adalah pandangan persendirian, Saya tidak akan bertangunjawab terhadap kesan dan akibat
sumber imej : disini . TQ
Wajib uji HIV untuk nikah
Ilmiah~, Terbuka~suka hati August 11th, 2009
sumber : sini
KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, semua semua pasangan Islam di negara ini yang mahu berkahwin, diwajibkan menjalani ujian saringan HIV sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata dasar itu dapat dilaksanakan tahun depan selepas semua majlis agama negeri memberi persetujuan untuk menguatkuasakan peraturan berkenaan pada Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama anjuran Jakim, Julai lalu.
Walaupun bakal pengantin yang ingin berkahwin didapati positif HIV melalui ujian itu, mereka tidak akan dihalang bernikah jika tetap mahu meneruskan perkahwinan.
“Sebaliknya pihak berkuasa agama negeri masing-masing akan berperanan membantu pasangan terbabit dengan memberi kaunseling dan khidmat nasihat supaya langkah pencegahan serta persediaan lengkap dari sudut fizikal dan mental dapat diambil,” katanya kepada Berita Harian.
Pada 2006, Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Datuk Mustapa Abdul Rahman mengumumkan bakal pengantin di seluruh negara akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV/Aids mengikut modul Jabatan Agama Johor (JAJ), yang mewajibkan semua bakal pengantin Islam mendapatkan sijil kesihatan sebelum bernikah.
Bagaimanapun, dasar yang dipelopori Johor sejak 2001 itu tidak dapat dilaksanakan kerana Jakim tidak boleh mengeluarkan arahan kepada semua kerajaan negeri bagi mewajibkan ujian berkenaan berikutan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa mereka.
Setakat ini, Selangor, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan mewajibkan ujian saringan itu bagi bakal pengantin, manakala Sarawak belum melaksanakannya.
Pahang dan Sabah pula tidak mewajibkan ujian itu sebaliknya memberi pilihan kepada bakal pengantin sama ada untuk melakukannya atau tidak.
Wan Mohamad berkata, ujian saringan yang akan dijalankan ke atas pasangan yang bakal berkahwin itu juga akan ditawarkan secara percuma.
