Browsing Category: "memo"

Doa Akhir & Awwal Tahun…

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo December 17th, 2009

Assalamulaikum.Tanggal 18 Disember 2009 bersamaan 30 DzullHijjah 1430. Hari ini kita akan melangkah ke Tahun baru islam. Oleh yang demikian di anjurkan untuk kita sama-sama, mengakhiri tahun ini dengan Doa Akhir Tahun, dan menyambut Kehadirannya denagan Doa Awal Tahun.

Sumber salinan doa dari :  sini

 

Doa Akhir Tahun.

Dibaca 3 Kali pada akhir waktu Asar.

Doa Akhir Tahun

 

Doa Awal Tahun.

Dibaca 3 Kali pada selepas maghrib.

Doa Awal Tahun

Malaysia menang lagi…

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo December 15th, 2009

Alhamdulillah… mlm tadik Malaysia menang lawan Laos… Tahniah… walaupun mendahului 1-0 pada separuh masa pertama… namun minit kedua Laos menyamakan kedudukan dengan 1-1… agak mendebarkan… Apakah telahan atau perkara yang samaberulang kembali iaitu kekelahan? namun kekentalan semangat pemain2 Malaysia begitu mengujakan bagi menambah 2 gol lagi… dan akhirnya kemenangan milik kita… 3-1… Selepas ini lawan Viat6… Semoga menang.. Harap pengadil adil lah kali ni…

Hahaha dapat mengalahkan Thailand… gud job well done…

Huhu aku tengok sensorang… wawawa… kena keje luar… lau tak mau join member2 dok kumpul tengok reramai… sorak sorang2 tetap semangat… haha

~update theme… i like it… my taste…

gurindam dunia oh dunia…

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

2cf65a3a-f7c9-4ac4-922f-433975ad3f3b

Dunia oh dunia…

Dunia ni ladang mengumpul amalan…

Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…

Untuk dijadikan sebagai teman…

agar bahagia dan aman…

 

Dunia oh dunia…

Disini diuji dan dicoba…

sejauh mana kita menghadapinya…

Allah tahu kemampuan kita…

Kita memilih jalanya atau sebaliknya…

 

Dunia oh dunia…

Banyak sungguh pancarobanya…

Dalam ujian dan nafsu sengketa…

telah di beri atau kita sengaja mencarinya…

Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…

kerana itulah diri kita…

Read the rest of this entry »

salam eidul-adha….

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

Assalmulaikum W.B.T… salam eidul-adha kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia… Selamat juga kepada para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji… semoga memperoleh haji yang mabrur… Syukur kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik… tidak seperti tahun sebelumnya… Alhamdulillah…

Sinonim dengan kisah Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya Ismail… maka sambutan eidul-adha kini di zahirkan dengan menyembelih haiwan qurban… ( Tak semua haiwan dikategorikan sebagai haiwan korban… terdapat syarat yang perlu di ikuti)…

Provokasi dari syaiton untuk menghalang niat Nabi Ibrahim ketika itu kini terzahir dengan lontaran Jamrah…  syukurlah kini ibadah itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengan usaha kerajaan arab saudi yang membina kompleks 5 tingkat untuk melontar… amat wajar kerana setiap tahun bilangan jemaah semakin bertambah…. Insyallah insiden rempuhan tidak berulang lagi… Ditambah pengurusan LUTH dalam mengurus masa bg jemaah Malaysia untuk melontar dilakukan dalam waktu kurang sesak…

Kesah terdahulu memaparkan pengorbanan… pengorbanan terhadap agama.. bagaimana kita? sangup berkorban atau terkorban? bersama kita bermuhasabah (Terutama diri aku)… apa yang telah kita korbankan atau apakah kita telah terkorban? adakah kita masih mendewa2kan nafsu nafsi dalam kehidupan… Adakah roh pengorbanan terhadap keimanan dalam diri kita masih menghijau… jawapnnya ada pada diri kita…

Adakah kita berkorban untuk menunaikan solat atau mengorbankan solat kita untuk kemewahan dunia? MasyaAllah begitu rapuh iman kita… Definisi korban pada masa kini mungkin berbeza dengan zaman terdahulu… dahulu demi islam dan iman mereka sanggup berkorban waima terpaksa mengorbankan nyawa…. sungguh indah nikmat kekentalam iman mereka… mampukah kita memiliki kekentalan iman seperti itu…

Masa kini berkorban demi cinta… cinta pada Allah? tidak, cinta pada kekasih… sangup berkorban menyerahkan mahkota diri… sehingga membenihkan insan yang bakal dikorbankan… ya pembuangan bayi… 

berkorban menjaga ibu bapa atau mengorbankan ibu bapa tersebut dengan meninggalkan mereka di rumah kebajikan.. itulah senario hari ini… memang tidak dapat dinafikan hari ini…

dan akhirnya kita tanya pada diri kita… berada pada tahap mana pengorbanan kita… pengorbanan terhadap Agama Islam, pengorbanan terhadap perintah Allah S.W.T, pengorbanan terhadap ibu bapa, pengorbanan terhadap diri sendiri, pengorbanan terhadap sesama umat Islam… hanya diri kita yang mempunyai jawapannya…

Sekian.

 

 

pandang belakang masa?

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo November 27th, 2009

Assalamulaikum & salam sejahtera… huish agak lama dah aku tak update rumah maya aku ni… Bukan malas, tapi kekangan masa… akhir2 ni aku agak terkejar-kejar… kesihatan pun di tahap minimum je…  Agaknya kerana tertekan tu yang senang sangat sakit… ahahaha spekulasi dari DR nan… muahahaha…

Baru2 ni dalam dua tiga minggu lepas fareez a.k.a bos blog (kak ecah) ada inform aku pasal dia nak tukar hosting… i follow je… hehe biasalah aku tumpang je ngeh2…

Kenapa tukar nama? erm kenapa erk aku tukar… biarlah ia menjadi kisah~~…
Kita ikuti wawancara berikut :
~! Q !~ : Kenapa tukar nama ye?
- aku - : hehehe *sengih2*… saje tukar…
~! Q !~ : baiklah2… kenapa pilih nama ni?
- aku - : aahaha perlu ke di jawab soklan ni? apesal tanya…
~! Q !~ : ahahaha sebab ko yg suruh tanya bengong…
- aku - : bila aku suruh? iskh2…
~! Q !~ : masalah betulah mamat ni…

muahahaha… pesanan jangan berbual dalam hati… *tengah bosan ni*

sebenarnya aku dapat ilham nama ni masa aku tengah duk rehat2 sambil surf… didodoi angin sepoi2 bahasa… aroma kopi yang fuhhh menyegarkan…. marka keselesaan & kedamaian itulah yang mencetuskan idea ini.. Dalam pada masa yg sama fareez ada tanyakan berkenaan hal ni alang2 dia tukar hosting… so sengaja ambil kesempatan pun tukarlah… tu lah kisahnya…

 

budget 2010 -.-

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo October 25th, 2009

MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

 

Budget 2010 baru lepas dibentangkan… apakah pandangan anda? apakah ia memberi “rasa” kepada anda? tidak kira sama ada secara langsung atau tidak, secara nyata atau tidah waima secara jelas atau tidak… saya bukanlah ahli ekonomi yang berakal lincah untuk memikirkannya waima menjelaskan apa2… Namun secara jelas atau tidak, saya tidak merasakan apa2 keuntungan, mungkin juga dari sudut lain ada kebaikan untuk saya ( bersangka baik sahajalah )… lain padang lain belalang, lain pandangan lain penjelasan… terpuang pada anda menilainya… Tetapi bagi saya, jawapan ikhlas adalah TAK rasa apa2 pun.. mungkin pandangan septikal kasar sahaja.. Bagi ceupacs bonus 2 bulan tak terlaksana nampaknya… maaf, selagi kualiti kakitangan kerajaan masih di takuk lama, memg saya tak akan menyokong… bukan dengki atau pun cemburu… bagi sesiapa yang kerap berurusan dengan Jabatan kerajaan sama ada sekali sekala, dua kali kala mahupun kerap, mungkin akan faham, Di jelaskan disini TIDAK semua yang bersikap acuh tidak acuh semasa bekerja..Kepada yang berkomitmen Syukur & tahniah… itu berkenaan BONUS.. Bagi pertanian… Padi & sawit  felda merupakan tatangan minyak yang penuh… oh ya ternakan juga tidak dilupa… mungkin petani yang mempunyai tanah lot tidak terlibat atau saya yang Terlepas pandang… pendidikan, Amat bagus cadangan berkenaan Broadbang dapat special price… namun perlaksanaan & kegunaan menyeluruh bagai mana ya? tidak usah pergi jauh, lihat sahaja cadangan yang sebelum ini… Bagi kakitangan untuk membeli komputer diberikan pluang pinjaman mudah… Bagaimana pembelian komputer yang bertrade mark ” ODA SAJA ” dulu tu?… ah entahla… banyak yang boleh dibaicarakan… tetapi buat apa saya nak merungkai sedangkan terdapat “mereka2″ yang telah dipertangungjawabkan…. jangan tanya saya… saya tak tahu.. tanya “mereka”… namun sebarang pandangan dan pendapat amat dialu2kan..

p/s malas nak baca intipati hasil budget…

terpaksa berhenti menunggu 12 mlm untuk menikmati potongan tol.. huhu… ( post lepas kat bawah )

bersyukur dengan nikmat…

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo October 25th, 2009

sujud-syukur

Syukur alhamdulilah, murah rezeki aku… Inilah nikmat Pemberian Allah… harapnya aku tak leka dengan harta dunia ni semata2 inshaAllah… Mohonya dimurahkan & dimewahkan lagi rezeki aku di masa2 akan datang… Amin Ya Rabbu Jalil… Enjoy2 jugak… Pemberi enjoy tu jangn dilupa…

pulang dengan tangan kosong -.-

Aktiviti sehat!, Automatif~, memo October 25th, 2009

Hari ahad kali ni aku ber galandangan kat Jb je… sebab aku penat sangat, last week dr daerah & hanto mak aku atas satu urusan ( senyum simpul  :D)… so dapatlah rehat2 tanpa mengadap hway tu huhuh… so tengahari aku dok mandang sitam aku dari atas.. hehe agak berpuas hati lah aku deang solekan terbaru yang kau buat… ahhh bialah janji hati aku puas… tapi aku masih tak puas jugak, nampak gap antara tayar & fender besar sangat… so aku Ym man.. dia bizi keje petang, so aku lincah dengan Fareez g taman U cari port spring sport… Agak mengecewakan sebab rega buleh aku beli cincin belah rotan tuk bertunang ( opss ahaks )… so untuk menghilangkan kekecewaan, kepiluan, kekejaman, kebengangan & meriangkan hati…maka akumelayan cendol M-Line… dekap depan SPACE UTM… layan… sedap gak denga perot aku yg lapo… hehe…

dsc01619_e_1

Keta sapa lah tu hehe.. em ok plak aku tengok.. cuma perlu kerendahan seperti tunnya… hehe… ahhhh biolah..

—————————————————-

lepas aku bawak jenjalan, aku berpuas hati dengan handling, kalau amik korner tu ummph… sememangnya kau sukakan lapping… cengkaman okay.. tinggal FC je aku kena test lepas ni…

————————————————–

sedih dalam gembira… suka dalam duka… bersyukur atas nikmat…

Aktiviti sehat!, Automatif~, Terbuka~suka hati, memo October 25th, 2009

Memang aku dah ada plan a.k.a niat nak bagi solek aweks sitam aku… tapi masih tak terlaksana lagi, tah ada saja kekangan dan keberatan hati untuk melakukanya… tapi bilamana “seru” tu sampai, dengan senang hati aku bersetuju dan melkukannya walupun masih memerlukan pandangan dari sahabat2 yang lain.. Entah, kalau di ikutkan hati malas aku nak buat… tapi tulah agaknya rezeki aku.. Ye Alhamdulilah toa, syukur… nikmate wes di ngek ie kok, yo sukuri aiea toa… ahaha ingat lagi kata2 cikgu aku tu… Kalau di ikutkan plan asal, ingat nak cari kat BP… tapi masalah masa & kekangan waktu selain dealer yg bizi.. so aku plan nak jalan2 je.. usha2 orang kata… tulah kalau orang kata dah jodoh, cinta pandang pertama… hehe… so lincah jelah… cost memang aku dah sediakan dari awal… sedari mula kelahirnnya… so tak timbul masalah lah, cuma kalau dapat reduce cost kira savelah duit aku tuk yang lain2 hal.. sebelum tu sempat lagi nak menjamu selera di McD angsana.. biasalah bujang fast furious food jelah… hehe… so trus menjalankan kelincahan kesana… jeng2 jeng… gambar dapat menceritakan segalanya… hehe… syukur Alhamdulillah..

24102009

Turun kereta, Zizan deal.. masuk dalam, pilih ala kadar, cuba2… trus park n then barai… tu ha… :(

24102009002

Bersama tayar… huhu agak sedih sebab aku sukar menerima hakikat perpisahan ini, aku tak bersedia… yang selalu aku gosok dan belai tatkala aku kat kg… huhu… berat hati jugak lah…huhu :((

24102009005

Woi2!!!! apa lu buat kat kereta gua… bran lu pasang2? apa lu pasang tokey? iskh2… seh sedey…

24102009006

 24102009009

setelah jack diturunkan.. depan dah siap belakang belom… hati seh sedey… ermm space fende ngn tayar masih tinggi la, ni nak kene loweredkan laagi ni… usha2 spring spot lah pas ni…huhu

 24102009011

Tang belakang siap pasang.. ok lah tinggi dia antara rayar, tapi kalau bawak penuh penumpang kompom tengelam… ada rezeki sikit2 nanti aku tambah lah…

24102009012

depan belakang siap pasang… erm okaylah… kaler aku ingat nak amik itam+croom.. tapi xda.. so amik gold black croom… pasal design aku ok jelah.. nak pilih2 nanti rambang mata…huhu.. ahhhhhhhh

24102009018

proses membalancing & meg alligment bukan allign(ni microsoft words)…

24102009021

Pose terakhir sebelum berpisah bersama ke 4 4 tayar dan rim.. muhahahaha.. sedih sikit je… dah dapat barang baru.. hehe biasalah… kan ku kenag mu dalam gambar2 mu yang lalu.. hehe..

24102009015

perghhhh!!! topak dengan selambe duduk atas rim taya aku… pergh2… ahahah

24102009022

lepas di test oleh tokey.. time ni jijan sempat pow percent hehe…

24102009024

Ha tu dia tokey kedai yg sempo & enjoy.. ko paham2 lah aku.. aku sakat sikit2… hehe.. time ni dorang tengah berdebat piala diraja chulang lonkorn berkenaan ” SPOT RIM MENJANA KESELESAAN”… time ni banyak benda yang tak tahu boleh jadi tau… bak kata Fareez consultancy Tokey ni best!…

———————————————————–

Tayar : Falken xies ( model ape tah) 195/50/15.. tayar aku type V ( kelajuan maksimum 240kmj)… apa kebaiak? tahan di hejnut oleh aku sehingga 180kmj… tahan meletop, kepanasan & pengembangan tahap kepanas adalah baik… ha korang chek type ape korang punya taya… karang bawak laju meletop… Kesalamatan diutamakan…

Sepotrim : ICE ( tah apa lagi ujungnya tu ) 15′… niat awal nak 16′… memandangkan aku belum beli kereta lagi satu so aku pakai 15′ je… minyak larung dok… dalah aku selau OS..

Skru : alikey ( allen key @ skru allen - aku balaja mekanikal dulu pelik nape di bagi skru allen, kalau skrunan? wahaha).. 17 bijik + kepala tuk buka =70.

Total cost RM 1100.

asal rm 1580 .. 100 skru+balancing+alligment… so dia angkat tayar lama aku tu dalam 600.00. em kaylah tu.. sedey2 taya lama aku tak bawak balik… huhu…

——————-

So korang yang nakpasang aku promote pi sana… kalau korang nak, kalu tak nak aku tak kesah…. aku suggest tempat yg pada aku best la… aku kan cerewet..  ahhhh janji puas ati… yg paling best dia siap ty aku baper budegt, aku kabar 1000 je.. dia yg offer kat aku baper bukan dia yg letak… sempoi ma…

So kalau nak, boleh bawak aku atau jijan… ok roger

——————–

jauh berjalan tinggi bacaan meter…

Aktiviti sehat!, Automatif~, memo October 25th, 2009

haha luas perjalanan jauh pemandangan… sesuatu yang harus diubah… ngeh2… baru setahun lebih, mileage kereta ku dah cecah 40K… huhu so bila 40K aku dah kena buat major servis… biasanya setahun baru 20K je milage… namum memandangkan kerja akubanyak p kelua.. so tidak mustahil itu semua… dah namanya kerja… oklah jugak dapat pi jalan 1 johor… anak jati johorlah cm ni… ayeahhhhhh… ahaha tapi banyak juga jalan aku seh tatau… layan….

so rabu yang lepas aku sengaja ambil cuti tahu atas urusan keluarga… dan sememangnya ada urusan keluarga yg aku nak uruskan, mak & adik aku…  so sengaja kau aku ambil kesmpatan untuk menserbis kereta aku sekali… so layankanlah… lama jugaklah… sebab buat major servis, banyak juga part2 yang di bukak & di periksa.. so macam biasalah aku.. dok menyibuk kat bay servis proton edar tu, dok nengok apa yang diorang buat kat kereta ku… sambil tu aku tanyalah itu ini… aha menambahkan pengetahuan bila bertanya… lagipon aku puas sebab aku dapat melihat sendiri apa yang di buat selain aku boleh mengarahkan mereka untuk memeriksa bahagia yang aku kurang berpuas hati.. ala customer always right kan… apa ada hal.. mekanik tu lagi expert so banyak lah yang boleh ditanyakan dan di bincangkan… kali ni aku malas nak ambil gambar.. hehe.. tapia ku ambil gambar gift2 yang aku pow… hehe.. ahhhh

21102009001

Aku guna minyak ni… 10K akan datang baru servis semula… banyak brand minyak kat pasaran, aku malas komen, mana yang aku rasa ok, lincah terus.. payah nak pilih2 ni.. Rm 170…

21102009002

Dapat scaff world cup… ni aku pow hehe… mak aku ingat sejadah! haha sebab se tu aku kurkan memula nampak rambu2 cm sejadah… hehe

21102009003

 

21102009004

Dapat T-shirt jersey.. em kain dia sedap n fitting ok… ahehe layann…

211020090051

Ahaha box proton ni yang aku tanya lepas siap bayar… Aku cakap nak jugak!… kenapa aku nak? sebab aku boleh letak barang2 kat bonet aku… ahaha kau kan ske berkhemah dalam kereta… huhu… actually box ni aku minat se member aku si majid servis sebelum raya hari tu… hehe…

————————————————————————

saga BLM SE nampak shewit la pulak kan… ahaha boleh la… tahniah pada yang dapat membeli SE… xtak payah nak mikir nak soleh, tingal sarung sepotrim je…

——————————————————————————

Ahaks market jualan BLM meningkat…. banyak betul tempahan ngah di siapkan masa tu… tahniah la proton…

sekarang ni kalau aku memandu, selang 3 bijik kereta kompom nampak BLM… iskh dah setahun kereta aku… takkan kosong je? insyallah kalau ada rezeki…

Kos? RM500++… mahalnya lah… lain2 tu aku tukar barang sparepat… huhu…

blank