sehari selembar benang…

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal December 15th, 2009

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

jiwa kacau | kacau jiwa….

Terbuka~suka hati December 1st, 2009

  pehal             

                   Tekanan semakin memuncak. Enth arus trafik apa yang berlumba-luma dalam benak fikiran aku. Macam-macam ada… Malah arus perjalanan trafik juga membuatkan Jiwa aku kacau. Bosan mengadap trafik yang sentiasa penuh menjalar. Huh. Pagi tadi hampir kemalangan kerana berkejaran untuk urusan kerja. Kenapalah golongan hawa ni ada yang sebahagian… Ya SEBAHAGIAN sahaja, yang memandu di tahap umpama menaiki kereta lembu. Lembap! Halooo kalau nak menikmati panorama keindahan alam sila pandu ke zoo… Entah apa aku tulis… Jiwa sedang kacau.. usah disebut urusan kerja, semestin kacau jiwa… Abaikanlah pastinya jatuh bangun terlungkup teap mengadap… Ah no tel sapela yg naik ni? hoi sila perkenalkan diri, jangan ingat aku yello pages.. sungguh kacau…  banyak kacau bilau dalam jiwa kacau…

gurindam dunia oh dunia…

Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

2cf65a3a-f7c9-4ac4-922f-433975ad3f3b

Dunia oh dunia…

Dunia ni ladang mengumpul amalan…

Untuk bekalan perhitungan di akhir zaman…

Untuk dijadikan sebagai teman…

agar bahagia dan aman…

 

Dunia oh dunia…

Disini diuji dan dicoba…

sejauh mana kita menghadapinya…

Allah tahu kemampuan kita…

Kita memilih jalanya atau sebaliknya…

 

Dunia oh dunia…

Banyak sungguh pancarobanya…

Dalam ujian dan nafsu sengketa…

telah di beri atau kita sengaja mencarinya…

Penuhi bejana pahala atau sebaliknya…

kerana itulah diri kita…

Read the rest of this entry »

salam eidul-adha….

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo November 28th, 2009

Assalmulaikum W.B.T… salam eidul-adha kepada semua muslimin muslimat seluruh dunia… Selamat juga kepada para jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji… semoga memperoleh haji yang mabrur… Syukur kali ini aku dikurniakan kesihatan yang baik… tidak seperti tahun sebelumnya… Alhamdulillah…

Sinonim dengan kisah Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya Ismail… maka sambutan eidul-adha kini di zahirkan dengan menyembelih haiwan qurban… ( Tak semua haiwan dikategorikan sebagai haiwan korban… terdapat syarat yang perlu di ikuti)…

Provokasi dari syaiton untuk menghalang niat Nabi Ibrahim ketika itu kini terzahir dengan lontaran Jamrah…  syukurlah kini ibadah itu dapat dilaksanakan dengan mudah dengan usaha kerajaan arab saudi yang membina kompleks 5 tingkat untuk melontar… amat wajar kerana setiap tahun bilangan jemaah semakin bertambah…. Insyallah insiden rempuhan tidak berulang lagi… Ditambah pengurusan LUTH dalam mengurus masa bg jemaah Malaysia untuk melontar dilakukan dalam waktu kurang sesak…

Kesah terdahulu memaparkan pengorbanan… pengorbanan terhadap agama.. bagaimana kita? sangup berkorban atau terkorban? bersama kita bermuhasabah (Terutama diri aku)… apa yang telah kita korbankan atau apakah kita telah terkorban? adakah kita masih mendewa2kan nafsu nafsi dalam kehidupan… Adakah roh pengorbanan terhadap keimanan dalam diri kita masih menghijau… jawapnnya ada pada diri kita…

Adakah kita berkorban untuk menunaikan solat atau mengorbankan solat kita untuk kemewahan dunia? MasyaAllah begitu rapuh iman kita… Definisi korban pada masa kini mungkin berbeza dengan zaman terdahulu… dahulu demi islam dan iman mereka sanggup berkorban waima terpaksa mengorbankan nyawa…. sungguh indah nikmat kekentalam iman mereka… mampukah kita memiliki kekentalan iman seperti itu…

Masa kini berkorban demi cinta… cinta pada Allah? tidak, cinta pada kekasih… sangup berkorban menyerahkan mahkota diri… sehingga membenihkan insan yang bakal dikorbankan… ya pembuangan bayi… 

berkorban menjaga ibu bapa atau mengorbankan ibu bapa tersebut dengan meninggalkan mereka di rumah kebajikan.. itulah senario hari ini… memang tidak dapat dinafikan hari ini…

dan akhirnya kita tanya pada diri kita… berada pada tahap mana pengorbanan kita… pengorbanan terhadap Agama Islam, pengorbanan terhadap perintah Allah S.W.T, pengorbanan terhadap ibu bapa, pengorbanan terhadap diri sendiri, pengorbanan terhadap sesama umat Islam… hanya diri kita yang mempunyai jawapannya…

Sekian.

 

 

pandang belakang masa?

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo November 27th, 2009

Assalamulaikum & salam sejahtera… huish agak lama dah aku tak update rumah maya aku ni… Bukan malas, tapi kekangan masa… akhir2 ni aku agak terkejar-kejar… kesihatan pun di tahap minimum je…  Agaknya kerana tertekan tu yang senang sangat sakit… ahahaha spekulasi dari DR nan… muahahaha…

Baru2 ni dalam dua tiga minggu lepas fareez a.k.a bos blog (kak ecah) ada inform aku pasal dia nak tukar hosting… i follow je… hehe biasalah aku tumpang je ngeh2…

Kenapa tukar nama? erm kenapa erk aku tukar… biarlah ia menjadi kisah~~…
Kita ikuti wawancara berikut :
~! Q !~ : Kenapa tukar nama ye?
- aku - : hehehe *sengih2*… saje tukar…
~! Q !~ : baiklah2… kenapa pilih nama ni?
- aku - : aahaha perlu ke di jawab soklan ni? apesal tanya…
~! Q !~ : ahahaha sebab ko yg suruh tanya bengong…
- aku - : bila aku suruh? iskh2…
~! Q !~ : masalah betulah mamat ni…

muahahaha… pesanan jangan berbual dalam hati… *tengah bosan ni*

sebenarnya aku dapat ilham nama ni masa aku tengah duk rehat2 sambil surf… didodoi angin sepoi2 bahasa… aroma kopi yang fuhhh menyegarkan…. marka keselesaan & kedamaian itulah yang mencetuskan idea ini.. Dalam pada masa yg sama fareez ada tanyakan berkenaan hal ni alang2 dia tukar hosting… so sengaja ambil kesempatan pun tukarlah… tu lah kisahnya…

 

Apa ada dengan kehidupan masa kecik kita?

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati October 30th, 2009

nan_baby1

 

 

Aha… tengah aku duk ngadap pc aku ni, sambil menghirup bayu keheningan malam… di tepi tingkap yang ku ngangakan luas2… Jangan ada hantu belelek dok singah udah.. hahaha… teringat dulu2 masa kecik, kalau di kenangkan memg akan tersenyum sendiri ( time ni hembusan angin malam sedap tol la )… Ahaha aku tanya korang… siapa yang tak nakal masa kecik? What The Fish la kalau korang tak nakal… stended la kan…

 

Kecik2 dulu bapak & mak aku memang garang, tapi bapak aku la yg extremely garang… haha… Kalau setakat rotan & tali pinggang tu dah macam denda kalau main ooo som… haha… yang paling best aku pernah skodeng kat mana bapak aku simpan rotan tu… haha… susun strategy… dan akhirnya berjayalah aku jadik spiderman… panjat almari & merembat rotan puaka tu.. haha… punyalah nakal, aku buang rotan tu kat kebun sebelah rumah… haha… ( Tahun lepas 2008, bapak aku terjumpa rotan tu semula masa nak bakar2 sampah… haha )… aku ingat bila rotan tu dah tak ada boleh lah aku menjadi diktator.. huh silap percaturan aku, sekali tali pinggang kulit coklat ada gambar kangaroo tu jadi api dalam sekam… huhu lagi pedih beb… sejak tu aku dah kurang sikit nakal… gile apa kalau aku nak buang tali pinggang bapak aku se tu… Tapi gerakan bawah tanah tetap berjalan, aku tetap nakal… haha…

 

Aku paling bingit masa adik aku dulu lahir… haha… berebut kasih sayang la kononya… kiki… Dalah memekak nangis… huih bikin line panas je… Dulu aku paling suka kalau mak & bapak aku pergi kebun… haha time nilah aku dera adik aku… Aku jadik boss… aku suruh dia buat apa2 je lah.. aku baring tengok TB… suh ambil kerepek kat dapo, suh ambikan bantal, suh ape2 jelah.. korang bayangkan, dalah dia amsik kecik, terkedek2 amikkan barang tu aku… best giler aku gelak… ( Sekarang dah tak ler, banyak bunyi ada lah.. iskhh ringgan je.. ).. Ada satu hari tu, main basikal kecik kat depan rumah… ala basikal tayar merah biru hijau kuning tu… berebut nak naik, dia guna senjata nangis.. ah sudahh… Aku tak mahu mengalah, kebetulan dulu ada kolam kat depan tu… aku dengan selamba tolak dia dengan basikal tu… HAHAHAHA… pas tu aku jerit panggil bapak aku ” Pak, Siti masuk kolam, di lemas… “… hahah… pantas bapak aku pi masuk kolam naikkan dia… aku buat  muka seposen je… sebab aku dah rancang strategi… haha takkan kena marah punya… bila semua tanya macam mana leh masuk kolam, aku cakap dia tak pandai naik basikal tapi nak naik, tu yang meluncur masuk kolam… haha….rahsia ni cuma aku ngn akak aku yang kedua je yang tahu… ( untung dia tak peras ugut mintak duit perlindungan dr aku.. haha)… sejak dari hari tu dia tak boleh naik beskal kecik tu… haha.. lepas aku dapat absikal chopper barulah dia naik beskal kecik tu… yesss…

 

Rumah aku kebetulan dekat dengan sepupu aku, dia tua setahun… Ada satu hari tu aku lepak2 kat amben ( pangkin@kerusi )… sepupu aku bediri tepi rumah dia sambil tengok kat aku… haha masa tu aku mana tau apa2… dengan selamba aku jerit “ hoi babi”… hahaha… dengan sepantas kilat tangan mak aku tapuk ( tampar ) mulut aku… perghhh sakit siot… sambil tu mak aku membebel sekolahkan aku… haha.. sepupu aku gelak bagai nak rak… cheh… sejak dari tu aku tak sebut perkataan babi tu… ( aku pun tatau masa tu babi tu apa… aku baca kat buku kot) hahaha…

 

Cakap pasal babi, even aku duduk kampong, aku tak kenal babi tu apa… kalau ada pun babi pink… tak mencabar… ada suatu petang, dah nak maghrib… aku Tanya mak aku… “ mak, babi tu macam mana? Apa tu…”. Mak aku tak jawab, dia sengeh je… huh… tapi dengan kebetulan, selang 10 minit la agaknya, sekumpulan babi telah lalu kat kebun sebelah… beratur, hitam.. hahaha dengan jiwa tenang aku cakap “ ohh itulah babi ye? “… semua gelak.. sampai sekarang aku kadang jadik bahan… huhu…

 

Korang buat salah? Mestilah pernah kan?… mesti takut… so sembunyi… hehe aku ada port baiek punya… bawah katil… hehe mestilah muat sebab aku dulu kecik comel.. wawawa… siap aku bersihkan bawah katil tu & gunakan kotak/kahzanah kat bawah tu sbg dinding pelindung… so tak ada sesiapa Nampak… hehe.. kalau aku kena marah & tahu nak kena pukul, confirm aku masuk bawah tu… baring & kadang2 samapi tertidur… time tulah diorang sibuk mencari… hehe… bila keadaan dah reda, aku keluar la… buat muka sedih kononya… haha selamat… port lain kat loteng… tu tak best sebab kalau aku p nyorok siang2 panas, bahang zink.. huhu… janji selamat.. hahaha…

 

Extreme aktiviti aku buat main panjat2… panajt segala benda yang boleh di panajat… pokok ke ape ke, janji panjat… bapak aku marah aku buat bodoh je, duk je kat atas pokok… siap buat perjanjian damai lagi tu beb…

“ ko turun sekarang” jerkah bapak aku suruh aku turun…

 “ tak nak…” jawab aku sambil pelok pokok pulasan…

 “ nak kena sebat ko ni” ugut bapak aku… haha

“ alah, kalau aku turun, nanti bapak sebat..” bincang aku…

: dah2 turun.. nanti jatuh…” balas bapak aku trus pegi..

Hahah yesss…

 

Kes panjat pokok yang ni lagi tragik… Ada satu malam tu, akak aku ajak temankan dia pi berak.. dulu jamaban kat luar.. dia takot, so ajak aku, aku nak tunggu kat pintu dapur tak abgi, so dia suh tunggu dekat sikit… aku lepak bawah pokok mangga… tah aku tak takot pon masa tu.. lama giler sampai aku bosan.. last2 aku pi panjat pokok tu… tengah duk betengek & bergayut tu aku dapat ilham tu buat ala2 kelawar… kaki kat atas, kepala kat bawah.. sekali silap langkah… aku jatuh telentang… hahaha… piaw siot pale… bukan rendah beb… siap aku cakap kat akak aku.. “ jot aku jatuh..” … mesti boleh agak apa yang aku kena bila masuk rumah…

 

Kecik2 dulu aku memg suka pi surau… sebab ramai kawan.. main nyorok2.. ngaco orang sembahyang… ala masa tu bukan aku tahu apa pun.. yang best buat BBQ time malam… ada bro2 yg handle.. layan…. Lepas makan main nyorok2… malm memg best sebab gelap… nyorok kat atas bumbung surau… kat kubah & stor… Tapi aku nak bestkan malam tu, aku pi main kain penutup mayat… alah yg kaler hitam atasnya ada tulisan ayat kursi warna emas tu.. bawu kapur barus memg kuat… aku matikan lampu & kejar member2 aku… perghh best giler diorang takut… hahaha.. kebetulan bilal surau dating mlm tu saje nak tengok kitorang.. bila dia Nampak aku pakai kain mayat tu dia suruh aku bukak, haha… dia takot gak… tapi selang 2 hari aku trus demam… kah2… tapi tak serik sebab aku buat lagi… sampailah bilal tu simpan dalm stor berkunci… iskh2 potong betullah…

 

 

Tu sebahagian kenakalan aku.. banyak lagi sebenarnya.. tapi tu yang aku ingat selalu.. haha… Bila dah besar sikit aku dah penat nak jadi nakal… haha insaf la sikit…

Best jugak zaman kecik2 aku… Kalau di ikutkan skang ni, nak je kembali semula ke zaman tu… relaks & enjoy… compare ngn skang ni banyak kerja perlu di fikirkan, ada komitmen lagi… ahhh letih… apa2 pun life aku kecik2 memg heaven…

 

 

 

 

budget 2010 -.-

Aktiviti sehat!, Terbuka~suka hati, memo October 25th, 2009

MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

 

Budget 2010 baru lepas dibentangkan… apakah pandangan anda? apakah ia memberi “rasa” kepada anda? tidak kira sama ada secara langsung atau tidak, secara nyata atau tidah waima secara jelas atau tidak… saya bukanlah ahli ekonomi yang berakal lincah untuk memikirkannya waima menjelaskan apa2… Namun secara jelas atau tidak, saya tidak merasakan apa2 keuntungan, mungkin juga dari sudut lain ada kebaikan untuk saya ( bersangka baik sahajalah )… lain padang lain belalang, lain pandangan lain penjelasan… terpuang pada anda menilainya… Tetapi bagi saya, jawapan ikhlas adalah TAK rasa apa2 pun.. mungkin pandangan septikal kasar sahaja.. Bagi ceupacs bonus 2 bulan tak terlaksana nampaknya… maaf, selagi kualiti kakitangan kerajaan masih di takuk lama, memg saya tak akan menyokong… bukan dengki atau pun cemburu… bagi sesiapa yang kerap berurusan dengan Jabatan kerajaan sama ada sekali sekala, dua kali kala mahupun kerap, mungkin akan faham, Di jelaskan disini TIDAK semua yang bersikap acuh tidak acuh semasa bekerja..Kepada yang berkomitmen Syukur & tahniah… itu berkenaan BONUS.. Bagi pertanian… Padi & sawit  felda merupakan tatangan minyak yang penuh… oh ya ternakan juga tidak dilupa… mungkin petani yang mempunyai tanah lot tidak terlibat atau saya yang Terlepas pandang… pendidikan, Amat bagus cadangan berkenaan Broadbang dapat special price… namun perlaksanaan & kegunaan menyeluruh bagai mana ya? tidak usah pergi jauh, lihat sahaja cadangan yang sebelum ini… Bagi kakitangan untuk membeli komputer diberikan pluang pinjaman mudah… Bagaimana pembelian komputer yang bertrade mark ” ODA SAJA ” dulu tu?… ah entahla… banyak yang boleh dibaicarakan… tetapi buat apa saya nak merungkai sedangkan terdapat “mereka2″ yang telah dipertangungjawabkan…. jangan tanya saya… saya tak tahu.. tanya “mereka”… namun sebarang pandangan dan pendapat amat dialu2kan..

p/s malas nak baca intipati hasil budget…

terpaksa berhenti menunggu 12 mlm untuk menikmati potongan tol.. huhu… ( post lepas kat bawah )

bersyukur dengan nikmat…

Aktiviti sehat!, Ilmiah~, Terbuka~suka hati, ibadah, iman & amal, memo October 25th, 2009

sujud-syukur

Syukur alhamdulilah, murah rezeki aku… Inilah nikmat Pemberian Allah… harapnya aku tak leka dengan harta dunia ni semata2 inshaAllah… Mohonya dimurahkan & dimewahkan lagi rezeki aku di masa2 akan datang… Amin Ya Rabbu Jalil… Enjoy2 jugak… Pemberi enjoy tu jangn dilupa…

pulang dengan tangan kosong -.-

Aktiviti sehat!, Automatif~, memo October 25th, 2009

Hari ahad kali ni aku ber galandangan kat Jb je… sebab aku penat sangat, last week dr daerah & hanto mak aku atas satu urusan ( senyum simpul  :D)… so dapatlah rehat2 tanpa mengadap hway tu huhuh… so tengahari aku dok mandang sitam aku dari atas.. hehe agak berpuas hati lah aku deang solekan terbaru yang kau buat… ahhh bialah janji hati aku puas… tapi aku masih tak puas jugak, nampak gap antara tayar & fender besar sangat… so aku Ym man.. dia bizi keje petang, so aku lincah dengan Fareez g taman U cari port spring sport… Agak mengecewakan sebab rega buleh aku beli cincin belah rotan tuk bertunang ( opss ahaks )… so untuk menghilangkan kekecewaan, kepiluan, kekejaman, kebengangan & meriangkan hati…maka akumelayan cendol M-Line… dekap depan SPACE UTM… layan… sedap gak denga perot aku yg lapo… hehe…

dsc01619_e_1

Keta sapa lah tu hehe.. em ok plak aku tengok.. cuma perlu kerendahan seperti tunnya… hehe… ahhhh biolah..

—————————————————-

lepas aku bawak jenjalan, aku berpuas hati dengan handling, kalau amik korner tu ummph… sememangnya kau sukakan lapping… cengkaman okay.. tinggal FC je aku kena test lepas ni…

————————————————–

sedih dalam gembira… suka dalam duka… bersyukur atas nikmat…

Aktiviti sehat!, Automatif~, Terbuka~suka hati, memo October 25th, 2009

Memang aku dah ada plan a.k.a niat nak bagi solek aweks sitam aku… tapi masih tak terlaksana lagi, tah ada saja kekangan dan keberatan hati untuk melakukanya… tapi bilamana “seru” tu sampai, dengan senang hati aku bersetuju dan melkukannya walupun masih memerlukan pandangan dari sahabat2 yang lain.. Entah, kalau di ikutkan hati malas aku nak buat… tapi tulah agaknya rezeki aku.. Ye Alhamdulilah toa, syukur… nikmate wes di ngek ie kok, yo sukuri aiea toa… ahaha ingat lagi kata2 cikgu aku tu… Kalau di ikutkan plan asal, ingat nak cari kat BP… tapi masalah masa & kekangan waktu selain dealer yg bizi.. so aku plan nak jalan2 je.. usha2 orang kata… tulah kalau orang kata dah jodoh, cinta pandang pertama… hehe… so lincah jelah… cost memang aku dah sediakan dari awal… sedari mula kelahirnnya… so tak timbul masalah lah, cuma kalau dapat reduce cost kira savelah duit aku tuk yang lain2 hal.. sebelum tu sempat lagi nak menjamu selera di McD angsana.. biasalah bujang fast furious food jelah… hehe… so trus menjalankan kelincahan kesana… jeng2 jeng… gambar dapat menceritakan segalanya… hehe… syukur Alhamdulillah..

24102009

Turun kereta, Zizan deal.. masuk dalam, pilih ala kadar, cuba2… trus park n then barai… tu ha… :(

24102009002

Bersama tayar… huhu agak sedih sebab aku sukar menerima hakikat perpisahan ini, aku tak bersedia… yang selalu aku gosok dan belai tatkala aku kat kg… huhu… berat hati jugak lah…huhu :((

24102009005

Woi2!!!! apa lu buat kat kereta gua… bran lu pasang2? apa lu pasang tokey? iskh2… seh sedey…

24102009006

 24102009009

setelah jack diturunkan.. depan dah siap belakang belom… hati seh sedey… ermm space fende ngn tayar masih tinggi la, ni nak kene loweredkan laagi ni… usha2 spring spot lah pas ni…huhu

 24102009011

Tang belakang siap pasang.. ok lah tinggi dia antara rayar, tapi kalau bawak penuh penumpang kompom tengelam… ada rezeki sikit2 nanti aku tambah lah…

24102009012

depan belakang siap pasang… erm okaylah… kaler aku ingat nak amik itam+croom.. tapi xda.. so amik gold black croom… pasal design aku ok jelah.. nak pilih2 nanti rambang mata…huhu.. ahhhhhhhh

24102009018

proses membalancing & meg alligment bukan allign(ni microsoft words)…

24102009021

Pose terakhir sebelum berpisah bersama ke 4 4 tayar dan rim.. muhahahaha.. sedih sikit je… dah dapat barang baru.. hehe biasalah… kan ku kenag mu dalam gambar2 mu yang lalu.. hehe..

24102009015

perghhhh!!! topak dengan selambe duduk atas rim taya aku… pergh2… ahahah

24102009022

lepas di test oleh tokey.. time ni jijan sempat pow percent hehe…

24102009024

Ha tu dia tokey kedai yg sempo & enjoy.. ko paham2 lah aku.. aku sakat sikit2… hehe.. time ni dorang tengah berdebat piala diraja chulang lonkorn berkenaan ” SPOT RIM MENJANA KESELESAAN”… time ni banyak benda yang tak tahu boleh jadi tau… bak kata Fareez consultancy Tokey ni best!…

———————————————————–

Tayar : Falken xies ( model ape tah) 195/50/15.. tayar aku type V ( kelajuan maksimum 240kmj)… apa kebaiak? tahan di hejnut oleh aku sehingga 180kmj… tahan meletop, kepanasan & pengembangan tahap kepanas adalah baik… ha korang chek type ape korang punya taya… karang bawak laju meletop… Kesalamatan diutamakan…

Sepotrim : ICE ( tah apa lagi ujungnya tu ) 15′… niat awal nak 16′… memandangkan aku belum beli kereta lagi satu so aku pakai 15′ je… minyak larung dok… dalah aku selau OS..

Skru : alikey ( allen key @ skru allen - aku balaja mekanikal dulu pelik nape di bagi skru allen, kalau skrunan? wahaha).. 17 bijik + kepala tuk buka =70.

Total cost RM 1100.

asal rm 1580 .. 100 skru+balancing+alligment… so dia angkat tayar lama aku tu dalam 600.00. em kaylah tu.. sedey2 taya lama aku tak bawak balik… huhu…

——————-

So korang yang nakpasang aku promote pi sana… kalau korang nak, kalu tak nak aku tak kesah…. aku suggest tempat yg pada aku best la… aku kan cerewet..  ahhhh janji puas ati… yg paling best dia siap ty aku baper budegt, aku kabar 1000 je.. dia yg offer kat aku baper bukan dia yg letak… sempoi ma…

So kalau nak, boleh bawak aku atau jijan… ok roger

——————–

blank